21 July 2011

Video Bersih, video PDRM yang mana satu yang ori....

Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis. Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu. Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.

Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.
- Demikianlah tajuk berita utama daripada Utusan Meloya

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengatakan ada video yang disiarkan dalam portal atau blog pro pembangkang diubahsuai dan ada pertindihan suara. Ketua Polis Negara, Ismail Omar kata ia sengaja dibuat untuk menunjukkan kekejaman polis terhadap para peserta Bersih.

Mungkin ada benar juga kata-kata ketua polis negara itu. Zaman ini semua manusia kreatif dan inovatif. Orang ramai boleh menggunakan segala peralatan canggih itu untuk melakukan apa saja. Banyak program-program atau sistem mengubah suai apa saja yang boleh didapat secara percuma. Sebab itulah ada setengah orang sukar untuk mempercayai sesuatu itu walaupun benar.

Misalnya video lucah mengenai Anwar Ibrahim, pihak tertentu mengatakan ianya 99.099 peratus ianya adalah benar Anwar Ibrahim. Tetapi kerana kecanggihan segala macam peralatan yang boleh dimanipulasikan menyebabkan ada yang tidak percaya.

Ada yang menganggap video berkenaan palsu dan ia dihasil dari kemampuan manusia berbuat begitu.- Mohd. Sayuti Omar. Baca seterusnya di sini.

Cuba aku nak pesan kalau pihak PDRM boleh katakan video2 daripada para blogger dan portal boleh dimanipulasi, apa kurangnya video daripada PDRM sendiri, ianya juga boleh dimanipulasi dan diedit....

cheers.

No comments: