Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka dipasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.
Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".
"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.
Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-TBERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.
Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Setiausahanya Jayachandran ditahan di balai polis Sg Kapar Indah kerana memiliki sembilan helai t-shirt Bersih dalam kereta.
Bercakap kepada KeadilanDaily, beliau berkata, penahanan itu dibuat sekumpulan anggota polis kira-kira jam 1 petang di tapak Pasar Besar Meru walaupun tidak mengedar apa-apa risalah dan t-shirt Bersih.
“T-shirt Bersih hanya ada dalam kereta saya, saya ke pasar untuk bertemu Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tapi sekumpulan polis datang dan terus menahan saya.
“Kereta saya dipandu Setiausaha saya, Jayachandran. Dia pun kena tahan. Polis sedang mengambil keterangan sekarang ini,” katanya ketika dihubungi.
Kata beliau, lawatannya ke tapak pasar itu tiada kaitan langsung dengan pengedaran t-shirt mahupun risalah Bersih tetapi polis berkeras menahannya.
“Saya beritahu polis. saya datang berjumpa dengan persatuan itu, tetapi mereka menggeledah kereta dan menjumpai sembilan helai baju t Bersih.
“Ketika berjumpa dengan persatuan itu, saya bersama enam pengikut. Saya dibawa oleh trak polis ke sini,” kata beliau.
Bakri MP, 5 others held over yellow gotong-royong T-shirts
cheers.
No comments:
Post a Comment