Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
(Deep is our worry – as democracy’s wounds
long is our sadness – as democracy’s woes
at arrogant democracy we scorn
for a strong free voice we dream)
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
(Deep is our worry – as democracy’s wounds
long is our sadness – as democracy’s woes
at arrogant democracy we scorn
for a strong free voice we dream)
(Unggun-Bersih - a.samad said)
Meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.
Seniman berusia 76 tahun ini menjadi perhatian selepas melahirkan puisi berjudul “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu , sekali gus membawa kepada soal siasat oleh pihak polis. Puisi itu disusuli dengan “Peludah Warna” dan dua lagi bakal menyusul.
Melihat pada perkembangan sejak sebulan lalu, Ibrahim melihat Samad sebagai “ikon kepada mereka yang mencintai dan mereka yang melihat tentang kesedaran bru tuntutan semasa.” “Datuk Samad Said dilihat sebagai seorang seniman yang dikenali ramai, seorang yang rendah diri dan boleh diterima ramai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ibrahim juga melihat kemunculan Samad akan membawa kelainan kepada penonjolan khususnya di kalangan orang Melayu. Malah beliau juga telah mengetepikan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh pihak pembangkang.
“Samad Said telah membuktikan bahawa Bersih 2.0 tidak ada agenda politik, yang didakwa bertujuan memecahbelahkan orang Melayu,” katanya sambil menambah, kemunculan Samad menggambarkan keperluan pengisian semangat kemerdekaan dan membebaskan minda rakyat dihidupkan semula.
“Malah Samad Said juga telah menunjukkan bahawa mewujudkan perpaduan, kita tidak memerlukan faktor politik semata-mata, tidak semestinya pendekatan politik tetapi kreativiti sudah pun cukup,” katanya.
Selepas lima dekad Samad dilihat mengembalikan peranan seniman dalam mengartikulasikan tentang keperluan kebebasan.
“Saya lihat ini gelombang baru selepas era sebelum merdeka. Pada akhir 1990-an, misalnya 1998, kita pernah menyaksikan Datuk Shahnon Ahmad, tetapi beliau terlibat dalam politik secara langsung dan mengkritik kepimpinan Dr Mahathir (Mohamad, perdana menteri ketika itu).
“Tetapi Datuk Samad menggunakan pendekatan berbeza, yang telah diterima semua pihak dan kaum,” kata Ibrahim lagi yang turut mengakui bahawa Samad boleh menjadi “pesaing” kepada gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Gagasan 1 Malaysia cuba mengetengahkan aspek perpaduan dan integrasi kaum.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula melihat kemunculan Samad menunjukkan pihak berkuasa mengetepikan suara-suara bukan politik dalam pembangunan negara.
“Apa yang kita lihat hari ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan meraihkan suara wakil masyarakat madani. Selain Samad, aktivis peguam dan sosial, kemunculan Marina, anak Tun Dr Mahathir antara satu contoh,” kata tokoh agama muda progresif ini.
Asri yang seringkali menjadi perhatian kedua-dua kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meramalkan akan ada lebih ramai golongan yang bakal menjejak langkah Samad selepas ini.
“Saya meramalkan lebih ramai akan muncul jika kerajaan terus gagal meraihkan suara-suara macam ini,” kata Asri lagi.
Satu mesej Twitter yang dipantau menunjukkan “anak Tun Mahathir kata tidak merasakan (suasan) tidak selamat dalam kehadiran Bersih. Orang ramai mengatakan helo, sangat berdisiplin dan bertamadun.”
Dr Maslee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa sealiran dengan pandangan kedua-dua personaliti itu. Kata Maslee, “saya melihat kemunculan, kehadiran Datuk Samad Said sebagai satu perkembangan dalam arena politik tanah air.”
“Saya melihat ini sebagai faktor ketiga, masyarakat madani mula menyaksikan peranan orang seni dan karyawan,” kata beliau yang tidak terperanjat dengan perkembangan terbaru ini.
“Saya tidak terperanjat dengan kehadirannya kerana di Malaysia, dengan banyak ruang (suara dan kebebasan) ditutup, kita akan dapat melihat lebih ramai seniman akan muncul... macam dulu kita ada Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah,” kata Maslee.
Bagaimanapun Maslee tidak melihat Samad sebagai ikon, sebaliknya pendukung “politik warga” — fenomena baru dalam politik negara ini.
Samad, nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Selain anugerah Sasterawan Negara beliau juga dianugerahkan gelaran Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. Antara antologi puisinya ialah “Suara Dari Dinding Dewan” (2003), “Dirgahayu Dr Mahathir” dan “Rindu Ibu” (2004) serta “Ilham Di Tepi Tasik” (2006).
Sebelum perhimpunan Bersih 2.0, Samad juga pernah terlibat dalam Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Samad juga melancarkan program “Kembara Kasih Bahasa” ke seluruh negara.
Pada 5 Julai, beliau bersama beberapa pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara berhubung perhimpunan tuntutan pembaharuan pilihan raya bebas dan adil. Setiausaha Agung Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) Hasni Abas juga melihat sebagai satu perkembangan baik selepas Sasterawan Negara selama ini “hanya menulis dalam menyuarakan pandangan beliau termasuk dalam PPSMI.”
“Penyertaan beliau dalam isu semasa ini menunjukkan beliau mendapat respons positif daripada golongan muda dan pelbagai kaum,” katanya.
“Datuk Samad sudah mula menerokai satu budaya bahawa golongan seniman bukan lagi golongan membisu yang disangkakan banyak pihak selama ini,” kata Hasni. Ketika ditanya ada kemungkinan Samad akan terlibat aktif dalam politik, Hasni menjelaskan, beliau tidak melihat kemungkinan itu.
Sebaliknya kata Hasni, “beliau tidak digunakan oleh mana-mana pihak. Beliau sertai sukarelawa. Beliau terlibat (dalam Bersih 2.0) dengan penuh sedar.”
“Datuk Samad pernah memberitahu saya bahawa kebebasan di Malaysia sudah tidak diseimbang dengan pembangunan negara... saya melihat beliau seorang yang ada pendirian, akan mengatakan tidak jika tidak betul, tidak kira fahaman politik,” katanya.-G. Manimaran
After Bersih, Samad Said new factor in Malaysian politics
source:malaysian insider
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
(Peludah Warna -a samad said)
Lady of Liberty’ at Bersih
cheers
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
(Peludah Warna -a samad said)
Lady of Liberty’ at Bersih
cheers
No comments:
Post a Comment