30 November 2010

Perkasa Pelacur Murahan lupa 'Ketuanan Melayu' dah mampuih lama dah.....

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan UMNO.

Menurut Shamsul serangan dan tuduhan Perkasa yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai 'pelacur politik' dan 'Pengkhianat' kerana menolak konsep 'ketuanan melayu' yang dibawa UMNO jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin Keadilan ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira perkasa juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

Perjuangan perkasa ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publiciti murahan," kata Shamsul kepada TV Selangor, petang tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah dalam sebuah sidang media mengecam kedua-dua pemimpin PKR terbabit atas alasan mereka dilahirkan dan mendapat kesenangan menerusi konsep 'Ketuanan Melayu' Arman juga mendakwa kononnya Wan Azizah dan Azmin sebagai 'kacang lupakan kulit.'

PKR semalam mengangkat konsep ketuanan rakyat dan bangsa bermaruah bagi menggantikan konsep ketuanan melayu yang telah terbukti gagal kerana digunakan Umno bagi menguntungkan orang-orang tertentu sahaja.

source: TV Selangor

Apa yang ada dengan slogan 'Ketuanan Melayu'? Ianya semata-mata propaganda UMNO bagi mengesahkan bahawa mereka boleh terus berkuasa serta membalun harta rakyat. 'Ketuanan Melayu' hanya menghancurkan orang Melayu sendiri.

Siapa selama ini yang mengadai harta negara, melelong hak Raja-raja Melayu? Sepatutunya 'Ketuanan Melayu" mempertahankan hak orang Melayu dan institusi Raja dan Sultan,tapi tengok apa UMNO buat tentang imuniti Raja-Raja?

Malas aku nak cakap panjang lebar, kerana bagi aku dan mungkin ramai orang Melayu lain anggap 'Ketuanan Melayu' dah mampuih lama dahhh!!! Perkasa akan mampauih tanpa UMNO......


cheers.

3 comments:

mohdrusli said...

Moga Islam mekar di bumi ini

Anonymous said...

Amanat untuk UMNO/PERKASA:-

WHAT IS MALAY SUPREMACY when after 53 years Malays are continuously reminded by UMNO that they can't stand on their own two feet without crutches handed out by UMNO (sole distributor). What is NEP if after 53 years of UMNO rule; 520 billion shares meant to uplift the economic status of the Malay folks are still neither unaccountable nor answerable by UMNO cronies.

WHY UMNO MUST STEREOTYPE MALAYS AS AN INDIGNIFIED CRUTCH-MENTALITY RACE AND NEEDS UMNO PERPETUAL HAND-OUT HANDICAPS AGAINST OPEN COMPETITIONS WITH OTHERS. IT'S HIGH TIME THE MALAYS LIFT UP THEIR HEADS AND DISPLAY DIGNITY AND EXCELLENCE WITHOUT GIVING A DAMN ABOUT UMNO'S SO-CALLED ""KETUANAN MELAYU".

BarackOsama

louis vuitton baby bags said...

louis vuitton back pack bags
louis vuitton canvas bags