09 November 2010

Bila Zaid minta Anwar berundur,Mahyuddin & UMNO gelak sakan....

Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR),” kata Zaid.

Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.

source:malaysiakini

UMNO janganlah dok naik tocang sangat mentang2 hampa menang di Galas dan Batu Sapi. Pergolakkan dalam PKR itu adalah perkara biasalah macam perbalahan antara Ku Li dengan Mahathir dulu semasa masing2 bertanding nak jadi presiden UMNO. Dalam kiraan undi tiba2 lampu padam dan kiraan ditangguh,akhirnya Mahathir menang dengan 42 undi. Ku Li merajuk keluar tubuh Semangat 46.

Cerita yang sama juga berlaku pada pemilihan PKR. Post yang depa berebut ialah Timbalan Presiden PKR. Yang berbeza dengan UMNO, dalam PKR sapa2 pun boleh bertanding dan pemilihan dibuat oleh semua ahli bukan segelintir ahli yang terpilih saja.

Nampak Zaid ingin sangat nak jadi Timbalan dan bila keputusan menunjukkan dia jauh ke belakang dia mula buat kacau. Tapi sebelum tu bila dia dok mendahului dia diam saja.Akhirnya, dia tarik diri dan salahkan orang ini dan itu.

Perkara begini adalah lazim dalam mana2 parti pun termasuk UMNO dan aku heran juak-juak UMNO dan Mahyuddin ni dok gelak sakan kenapa? dan apakah agenda mereka? Kalau setakat melihat gelagat Zaid melatah dalam PKR mampus pi lah!

Bila Zaid minta Anwar berundur,Mahyuddin & UMNO gelak sakan....

Apa yang aku takut depa yang dok melatah dalam PKR ini,sebenarnya adalah ejen UMNO yang ditanam dalam PKR dan UMNO serta Mahyuddin kini galak sakan kerana usaha mereka memporak peranda rumah tangga orang dah berjaya.

Kini Zaid ada beberapa pilihan, antaranya tubuh parti baru di mana dia boleh terus jadi Presiden, masuk PAS(mungkin PAS tak mau terima dia pasai kes hudud) atau masuk DAP,kerana DAP kini mahu ramai calon Melayu,yang bakal DAP lantik sebagai MB atau Menteri bila menang nanti.....

Baca 'Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!' di sini.

Baca 'Sekuman Pun Tidak Terkejut Dengan Tindakan Zaid' di sini.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Pakatan, change your motto from Road to Putrajaya to Road to Puduraya.... doubt that you can even reach Puduraya...and now, the is near...

Anonymous said...

Terang lagi bersuluh.. zaid & mustapha adalah juak UMNO. sbg duri dalam daging. Ini semua perancangan masa panjang UMNO. Dulu kita agak terkejut Zaid bleh jadi menteri tiba2. Ini semua sekadar untuk menambah impak bila dia ishtihar masuk PKR. So dapat sokongan segera dari ahli parti. Sapa yg bodoh senang je ditipu oleh UMNO. Yg istiqamah sahaja yg bleh kekal.