29 November 2010

Melayu gadaikan bangsa sendiri.....

Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini, lapor Berita Harian Online.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

source:bh online

Sapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh DYMM Tuanku Sultan orang yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu'?

Setahu aku perkataan 'Tanah Melayu' dah lama lenyap,yang tinggal hanyalah KTM(Keretapi Tanah Melayu). KTM di Singapura pun telah dijual oleh pemimpin gomen hari ini.


Tak kan pihak pembangkang yang menggadaikan perkataan 'Melayu' itu. Setahu aku UMNO/BN yang menjadi gomen sejak merdeka 1957 dulu. Faham-faham ambik.....

Tentang mata pelajaran Sejarah pula, aku tak mahu komen panjang buat masa ini. Tapi aku ingin ingatkan Menteri Pelajaran dan juga pakar2 sejarah tanah air, semasa menggubal sukatan mata pelajaran Sejarah peringkat SPM nanti, tolong jangan lupa masukkan peristewa Krisis Perlembagaan 1983,1992 dan 1993 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja Melayu,antaranya usaha Mahathir hendak menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu....

Baca 'MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitul' di sini.

Baca 'Orang Melayu Tidak Kecewa Tapi Marah' di sini.

cheers.







cheers.

No comments: