16 June 2010

Gomen Najib 1Malaysia 'flip-flop' pasal lesen judi haram.......

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan.

Walaupun diasak oleh soalan wartawan berhubung pemberian lesen berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.

Katanya penangguhan itu bertujuan membolehkan semua pihak menyalurkan maklum balas mereka berhubung perkara berkenaan.

Kerajaan memilih untuk membisu berhubung isu lesen judi sukan tetapi menurut laporan New Straits Times, Lim pada 7 Jun lalu berkata keputusan akan diumumkan minggu ini.

source:malaysiakini

Nampaknya Vincent Tan kenalah tunggu untuk mendapatkan lesen judi yang kononnya telah dipersetujui oleh Najib 1Malaysia.

Najib 1Malaysia kecut teloq bila dia mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Islam, bukan Islam,parti-parti politik pembangkang dan juga UMNO, walapun para ulama UMNO hanya membisu seribu bahasa pasal judi haram ini.

Namun,aku rasa, apa yang gomen nak buat sekarang adalah mengadakan satu "cooling off period" untuk seketika dan bila masyarakat dah agak lupa nanti maka Najib 1Malaysia akan lulus secara diam-diam.

UMNO kian desperate dengan wang ringgit,untuk membayar bilangan katak-katak yang kian ramai menjadi BN-friendly pada masa ini........

cheers.

No comments: