06 June 2010

1Judi Sukan 1Malaysia,terima 525 juta daripada 'sugar daddy" UMNO/BN......

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

“Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan,” ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.

Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan Rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

“Hanya Umno yang menyokong,” ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: “Itu kena tanya Umno”.

Majlis berakhir dengan penyebaran risalah GMJ bertajuk Judi Meruntuhkan Masyarakat & Negara oleh anggota gerakan itu yang turut memaklumkan mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi pada 3 Julai di Istana Negara sempena penyerahan memorandum bantahan judi itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

source:harakah daily

Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.Wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.
Vincent Tan menafikan dakwaan bahawa dia menjadi sugar daddy kepada ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

Menderma RM525 juta 'is nothing' to Vincent Tan, seolah macam dia bagi RM 5.25sen kepada pemandunya. Dia korbankan RM525 juta tapi sudah tentu kelak dia akan meraih balik 3 kali lipat ganda daripada apa yang telah dia dermakan. Vincent Tan bukan orang baru dah lebih daripada 30 tahun gomen UMNO/BN ini dok menyara dia dan sebaliknya.

Betoi kata Najib 1Malaysia,"I garu belakang you, you garu belakang I"..........

Baca di sini.

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Derma 525 juta tu adalah prelude kepada peristiwa2 yang bakal melanda ke atas gomen Pakatan Rakyat Selangor,Kedah dan Penang.

Jumlah wang itu juga adalah persiapan kepada PRU ke-13. Dulu perkara2 ini diselindung. Kini dia terang2 menyatakan niatnya,sebagai warning kepada gomen2 PR yang mengharamkan sport betting dinegeri2 berkenaan.

Anonymous said...

Tak payah jadi VincenTan, aku pun boleh kasi derma judi kat badan2 amal kalu gomen beri lesen judi bola kat aku.

Pokoknya apa2 judi pun pulangannya adalah lebih daripada 100%. Modai kecik,untung manyak brader!!!!

Anonymous said...

Sports betting market is worth between RM7 billion to RM20 billion annually.

So what is a RM525 million donation compared to that? Do u think that will make Vincent Tan poor?

Vincent Tan gives away RM525 million and in return the government will give him other projects worth 2-3 billion.

He just want to show off that he is for charity but in fact not,just playing with our mind after realising the rakyat are no more fools to accept everything in toto.

Basically,the BN government thrives on his monetary support without it the government would have demise long ago.

Mayben after donating 525 million Vincent Tan will finally get his Tun'ship from the agong!!!!

To hell with this blood sucker....