Lima ahli parlimen bebas hari ini mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih ”efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti”.
Mereka yang menganggotai kumpulan itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).
Menurut Zahrain, pada sidang media di lobi parlimen “Konsensus Bebas” bertujuan menjadi “kuasa ketiga” ndi Dewan Rakyat.
"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan,” kata Zahrain.
source:malaysiakini
Kalu jadi kuasa ketiga atas usaha dan modal sendiri aku kasi tabik. Tapi, kalu setakat bentuk persekutuan dan di'backing' oleh BN/UMNO dan mendapat modal daripada 'sugar daddy' UMNO, itu bukan konsensus ketiga namanya.
Lagi pula dari mana depa nak dapat dana untuk beropersi? Mungkin diambil daripada sumbangan 'sugar daddy' UMNO sebanyak RM525 juta hasiul judi sukan kot?
Konsensus bebas apa,masing-nasing dah terima habuan yang cukup. PRU ke-13 nanti, jangan dok harap tengok muka depa lagi malah bayang pun tak akan nampak.........
cheers.
1 comment:
Apakah persamaan bagi kelima-lima ekor katak ini? Jawabannya soal WANG!
Bila depa lompat depa dapat habuan wang dan projek. Apa lagi mau? Nak consensus apa lagi?
Yalah...concensusnya wang ber!!!!!
Post a Comment