22 April 2010

P94-Hulu Selangor - Pemimpin UMNO pun tunggang sakan.......

UMNO cuba nak tunjuk jaguh dengan melabelkan Zaid Ibrahim sebagai seorang kaki botol dan kaki kuda ketika bermulanya kempen prk di Hulu Selangor. Pemimpin2 UMNO dari TPM Muhyiddin Yassin hinggalah pengikut2 totok UMNO menjaja isu ini dalam kempen2 mereka itu.

Tambah pula dengan blogger2 upahan UMNO bukan main sakan melakarkan gambar2 yang menunjukkan Zaid sedang minum arak yang dibuat secara 'superimpose' ke atas gambar2 ori Zaid Ibrahim. Namun tembelang mereka ini terbongkar akhirnya.

Perbuatan orang-orang UMNO serta pecacai2 mereka secara tak langsung telah melondehkan pekong pemimpin2 UMNO daripada Allahyarham Tunku,Tun Razak,Tun Hussein,Mahathir,Pak Lah,Najib,Hishamuddin,KJ,JJ dan lain2 yang sekapai, sama2 dok tunggang botol arak yang sama.

Zaid Ibrahim secara gentleman mengaku dia pernah minum arak semasa muda dulu, tapi dah bertaubat, tetapi, tak seorang pun pemimpin UMNO yang berani tampil ke depan mengaku melakukan perbuatan haram jadah itu. Apatah lagi, seekoq pun tak mengaku mereka telah bertaubat.

Justeru itu, kerana pemimpin2 UMNO ini berdiam diri maka pengundi2 Hulu Selangor bolehlah menilai serta beranggapan pemimpin2 UMNO berkenaan sememangnya kaki botol jugalah sejak dulu,kini dan selama2nya..........


(Ketika meninggalkan parlimen, menantu Pak Lah, Khairy(KJ) 'diserbu' oleh wartawan2 lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan(W) : YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy(KJ)
: Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

W : Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

KJ
: Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

W : Boleh komen mengenainya?

KJ
: Apa yang perlu diserang?

W : Mereka menggunakan foto yang kontroversial...

KJ
:Foto kontroversial apa itu?

W : ...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

KJ
: Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

W : Ya, saya sudah melihat gambar itu.
KJ : Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

W : Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...

KJ
: Saya tidak minum.

Saudara/ri nilailah sendiri orang2 UMNO yang dok mengata kepada orang lain. Ibarat ludah ke langit, jatuh di batang hidung sendiri.........




cheers.

No comments: