19 April 2010

P94 - Hulu Selangor - Dr.Halili Rahmat merajuk.......

Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR. Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti? Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.

Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.

Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?
Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini. - tulang besi

source:www.malaysiawaves.com

Nasib baik Dr.Halili ini tak dipilih PKR, jika tidak mungkin dia pun akan lompat setelah menang di Hulu Selangor.

Tapi kalau dia masuk UMNO pun apakah jaminan bahawa dia kan dipilih sebagai calon UMNO Ulu Selangor dalam prk ke-13 kelak memandangkan ramainya "warlords" UMNO yang dok tunggu giliran masing nak jadi cepat kaya melaui tiket YB......

Baca di sini.

Baca pasal calon bebas tarik hand break di sini.





cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Bila orang keluar PKR kita kata tak pe, org tu tak penting, kena beli dsb. Tapi kalau hari hari org keluar parti, sapa lagi yg tinggal utk berjuang dgn kita. Apakah nasib kita akan sama dgn parti serpihan lain spt Semangat 46 dulu,mukadimahnya dah nampak, bila org keluar parti kita tak kisah dan tiada pembetulan dibuat. Fikir fikirkan lah

Anonymous said...

Patutnya orang yang keluar parti tidak boleh bertanding sampai bila-bila lagi.

Anonymous said...

Kita usah bimbang dan risau. perjuangan menegak keadilan ini memang begini fitrahnya. ramai yang tanpa sedar diluar kawalan diri tak dapat menahan nafsu serakah ingin ganjaran segera. mereka tewas awal. satu pergi ribuan akan mengganti meneruskan jihad murni membela umat yang tertindas ini. percayalah... bahgialah mereka yang terus istiqamah dalam perjuangan ini.