12 April 2010

1Indonesia "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"; 1Malaysia pula........

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata pakatan pembangkang yang kini mentadbir Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hanya sekadar menumpang segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

T.Sekole(TS) : Menumpang? jadi di Kelantan, UMNO pun menumpang pembangunan kerajaan PAS? Hellooooo....semua wang untuk pembangunan adalah hasil daripada wang rakyat bukan keluar daripada poket Mahathir,Abdullah Badawi atau Najib 1Malaysia! Sebaliknya pemimpin2 UMNO inilah yang dok balun sakan kot ataih atas nama pembangunan..........

Ahmad memberi contoh pembangkang yang sudah dua tahun menerajui Selangor langsung tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan penduduk setempat sedar mengenai perkara itu. “Kita langsung tidak nampak apa pembangunan yang dibawa pembangkang kepada rakyat Hulu Selangor. Di kawasan Parlimen Hulu Selangor ada 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah.

TS : Jangan cakap pasal sekolah. Pembangunan sekolah adalah tanggungjawab gomen UMNO/BN Persekutuan apa kena mengena dengan kerajaan Pakatan Selangor? Lainlah kalau gomen pusat bagi peluang kepada kerajaan Pakatasn bina sekolah, mungkin dalam tempoh 2 tahun itu lebih banyak sekolah akan didirikan.

“Selain itu, ada kilang besar serta kawasan industri yang menawarkan pelbagai pekerjaan kepada penduduk setempat, tetapi kemajuan ini semua adalah hasil kerajaan BN ketika memerintah Selangor. “Kita amat berharap rakyat setempat akan menolak keluar pembangkang dan seterusnya memberi semula peluang kepada BN untuk meneruskan pembangunan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas merasmikan Program Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerling, di sini semalam.

TS : Kerajaan Pakatan baru 2 tahun memerintah, kalau nak bina industri atau buat jalanraya pun memakan masa 3-4 tahun. UMNO perintah lebih daripada 50 tahun,tapi Hulu Selangor dok macam tu tak berubah-ubah pun.... malah ramai anak-anak muda lari ke KL untuk cari pekerjaan. Gomen UMNO/BN Persekutuan dok tidoq kah, Ahnad Maslan ooi......

Mengenai tindakan pakatan pembangkang yang mahu menggunakan pendekatan menyerang dasar 1Malaysia pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata BN tidak gentar kerana rakyat menyokong penuh gagasan berkenaan.

“Pembangkang sendiri tahu 1Malaysia semakin popular di kalangan rakyat pelbagai kaum... rakyat menyokong segala usaha kerajaan BN sebab itu mereka (pembangkang) membuat pelbagai tohmahan terhadap 1Malaysia,” katanya. Ahmad berkata, BN akan mempertahankan habis-habisan gagasan 1Malaysia selain terus memberi penerangan kepada rakyat termasuk penduduk Parlimen Hulu Selangor mengenainya.

TS : 1Malaysia adalah gimik politik Najib saja macamlah Islam Hadari,kepunyaan Pat Lah, bila Najib tak ada nanti, 1Malaysia pun akan terkubur macam nasib Islam Hadari Pat Lah. Yang sedih sekali, Najib kena ambil syarikat 'public relation' yahudi APCO nak naikkan imej 1Malaysia Najib ala 1Isreal.......

source:bernama

Sementara itu Indonesia pun guna khidmat APCO untuk promote 1Indonesia dengan slogan "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan" lebih kurang sama dengan 1Malaysia dengan slogannya "Rakyat didahulukan,Pencapaian diUntamakan".

Baca seterusnya di sini, sini, sini dan sini.

Nampak sangat si Najib ini kaki ceduk & ciplak............


PRK HULU SELANGOR:

JADUAL ANWAR IBRAHIM....

12 April - Isnin 9.00mlm - Dewan Serbaguna Sg. Selisek (Kubu Kuat UMNO)

13 April - Selasa - Maghrib - Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu
9.00mlm - Dewan Komuniti Serendah (Pengumuman Calon)

14 April - Rabu Maghrib - Masjid Hulu Bernam
10.00mlm - Taman Sg Buaya
11.00mlm - Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali

15 April - Khamis - Maghrib - Masjid Soeharto, (Kubu Kuat UMNO)
10.00mlm - Dewan Komuniti Bukit Sentosa
11.00mlm - Dewan Cina Kuala Kubu Bharu

16 April - Jumaat - Sembayang Jumaat - Masjid Hulu Yam Bharu
Maghrib - Masjid Pasir Putih, Kalumpang
10.00mlm - Kg Sg. Dusun,Soeharto (Kubu Kuat UMNO)

17 April - Sabtu
8.00pagi - Penamaan Calon
Maghrib - Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
10.00mlm - Kg Air Jernih Kuala Kubu Bharu
11.00mlm - Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu

19 April - Isnin - Maghrib - Masjid Serendah
10.00mlm - Ampang Pecah
11.00mlm - Dewan Orang Ramai Kalumpang

20 April - Selasa - Maghrib - Surau Kg Kelapa, Kuala Kubu Bahru
10.00mlm - Bukit Sentosa
11.00mlm - Kg. Soeharto

21 April - Rabu - Maghrib - Masjid Kg Sentosa Batang Kali
10.00 mlm - Taman Bukit Teratai(100% India)
11.00 mlm - Padang Majlis Daerah, Batang Kali

22 April - Khamis - Maghrib - Masjid Hulu Yam Lama
10.00mlm - Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung
11.00mlm - Felda Gedangsa, Hulu Bernam

23 April - Jumaat - Semb.Jumaat - Masjid LigaMas, Batang KaliMaghrib - Masjid Kg. Rasa
10.00mlm - Changkat Asa (Pentas AMK)1
1.00mlm - Kg. Sungai Buaya (Kubu Kuat UMNO)

24 April - Sabtu - 10.00mlm - Taman Bukit Teratai(Grand Finale)
11.00mlm - Stadium Kuala Kubu Bharu (Grand Finale)

Tertakluk kepada Pindaan.


cheers.

1 comment:

Dzun Nun said...

Wahhh cantiknya logo biru ACOUMNO tu... better APCOUMNO bertanding prk hulu selangor tu. bukan MIC..