Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan:
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.
Untuk tujuan ini, sebuah syarikat minyak nasional ditubuhkan, iaitu Petroleum Nasional Berhad ataupun Petronas. Sebagai imbalannya, Petronas akan membayar peratusan dari pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974, iaitu:
Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Pada tahun 1976, perjanjian ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia. Orang yang menyusun Perjanjian ini adalah Peguam Cara Negara pada masa itu, iaitu Tun Salleh Abas. Perjanjian ini menyatakan bahawa setiap dan semua negeri di mana petroleum dijumpai akan dibayar 5% dari pendapatan dan pendapatan ini dipanggil ROYALTI. Semenjak itu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menikmati ROYALTI 5% dari Petronas.
source:malaysia today/malaysiakini
Mengapa bagi Terengganu dan Kelantan royalti minyak ini ditukar kepada wang ehsan? Pemberian wang ehsan pula bukan dibuat terus kepada kerajaan negeri tapi kepada ketua-ketua bahagian UMNO kononnya untuk pembangunan masyarakat.
Inilah yang amat mengherankan, bukankah Najib melaungkan 1Malaysia, tapi kenapa bila nak bayar royalti minyak ini ada 2 cara, royalti bagi negeri-negeri bawah takbir UMNO/BN dan wang ehsan bagi negeri di bawah tadbir pembangkang,kecuali Terengganu di mana amalan pemberian wang ehsan diteruskan kerana UMNO takut pada masa akan datang Terengganu mungkin jatuh ke tangan pembangkang.
Bercakap pasai Najib 1Malaysia lagi...kenapa satu kampung ada 2 JKKK, satu negeri ada 2 MB, 2 speaker(Perak), satu negara 2 jenis undang-undang.............
cheers.
No comments:
Post a Comment