12 October 2009

Bagan Pinang - yang menang Isa Samad bukan UMNO.........

Isa Samad menang besar di Bagan Pinang, walaupun rata-rata orang tahu dirinya terpalit dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa. Sebenarnya, yang menang itu Isa Samad bukannya UMNO. Tidak semestinya jika UMNO letak calon lain daripada Isa Samad, UMNO boleh menang besar.

Personaliti Isa Samad yang menolong UMNO meraih kemenangan besar tersebut.Mungkin kerana Isa Samad sudah lama jadi MB di negeri tersebut dan popularitinya masih tidak luntor. Dalam hal ini rakyat tidak kisah apa kesalahan Isa Samad,sama ada dia penyamun atau perasuah itu semua tak jadi hal,hakikatnya, dia adalah Isa Samad dan perlu diberikan sokongan.

Seperti biasa dengan bantuan projek mee segera yang tumbuh seperti cendawan di Bagan Pinang,serta janji-janji manis tentang berbagai-bagai projek yang akan dilaksanakan nanti sudah tentu menjadi umpan bagi menarik undi rakyat. Ini tidak termasuk, wang ringgit serta 'hand-out' yang diberi sebagai ang pow aidil fitri dan diwali,sudah tentu amat menawan hati. Jangan lupa pula undi pos pasukan keselamatan yang sedia menjadi 'fixed deposit' kemenangan mana-mana calon UMNO yang dipacak di situ.

UMNO boleh bangga dengan kemenangan besar Isa Samad.Tetapi, adakah kemenangan besar UMNO itu boleh diterjemahkan kepada, bahawa rakyat jelata sudah berpatah balik kepada BN/UMNO? Apa yang pelik bila UMNO/BN tewas dalam beberapa siri PRK,tukang komen UMNO/BN hanya menyepikan diri. Bila dapat kemenangan besar sikit punya sakan dikomennya.Pokoknya banyak faktor wajar diambilkira, yang menyaksikan kemenangan UMNO ini sebenarnya dan ini tidak semestinya satu indikator UMNO sudah dapat sokongan.

Sekiranya,UMNO/BN betul-betul mahu menguji sama ada rakyat jelata sudah kembali kepada UMNO, adakan pilihanraya semula di negeri Perak,negeri yang DUNnya sudah menjadi cacar marba. Rakyat pun dah keliru siapakah MB sebenarnya?

Najib, di situlah gelanggang untuk menguji sama ada rakyat sudah menerima1Malaysia,1UMNO awak...........

What comes after Bagan Pinang? read here.



cheers.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO ibarat ayam telor sebiji riuh sekampung.