06 October 2009

N31- Najib - salah Isa bukan dari segi undang-undang negara......

Isa Samad telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana dia mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Najib Razak. PM berkata bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satu-satu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki.Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib.

Kata Najib lagi, Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan menteri dan naib presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan. Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.

"Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman," katanya

source:malaysiakini

Hello Najib......menyogok wang untuk meraih undi kerana nak jadi naib presiden,itu dikatakan RASUAH!! Dan rasuah si Isa ini disahkan oleh jawatankuasa disiplin UMNO serta dikenakan tindakan. Jadi kalu salah itu salahlah sama ada teknikal atau "umnonikal" Jangan mai dok temberang di sini,kata Peranchis hang boleh kelentong le.

Najib kata kesalahan Isa bukan dari segi undang-undang negara ini. Hellooooo, bukankah sogok duit berjuta-juta kepada orang supaya dia diangkat naik untuk jadi naib presiden itu,itu salah dari segi undang-undang negara? Apakah negara 1Malaysia ini ada dua set undang-undang, satu untuk rakyat dan satu lagi untuk ahli-ahli UMNO?

Najib..memilih seorang pemimpin yang sudah tahu kesalahannya adalah ibarat memilih seorang penjanayah untuk memimpin negara kita.











cheers.

No comments: