Pat Lah......
........minta isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.
"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Menurut Bernama, PM berkata kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.
Abdullah mengulas demonstrasi besar anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) ke Istana Negara petang ini selepas melancarkan novel Dragon Fire Hammer karya penulis berusia 14 tahun, Adam Umemoto di Petaling Jaya.
Tapi,sebaliknya........
Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.
Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.
Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.
Ratusan orang ramai yang berkumpul di perkarangan masjid sekali lagi ditembak dengan gas pemedih mata. Beberapa das tembakan kedengaran.
Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.
"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.
Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya.
source:malaysiakini
Bila dasar PPSMI ini dilaksanakan siapa yang beruntung mengaut jutaan RM hasil daripada percetakan buku-buku Maths & Sains dalam bahasa Inggeris? Bukan cikgu-cikgu sekolah atau kaum petani & nelayan di kampung tapi kroni & anak Mahathir yang untung.
Bila depa bina makmal komputer di ribuan sekolah-sekolah rendah & menengah siapa yang kaum jutaa RM? Bukankah kaum kerabat serta kroni-kroni Najib yang dapat semua,ketika dia menteri di KPM?
Tapi cuba semak,berapa orang menteri termasuk Najib dan Menteri Pelajaran yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah tempatan? Adakah fenomena ini disebabkan oleh kerana mereka ini kaya raya dan mampu berbuat demikian atau mereka tidak yakin dengan dasar pendikian negara kita?
Pokoknya, demonstrasi hari ini tidak akan berlaku jika Pat Lah,Najib,Hishamuddin dan menteri-menterinya adalah lebih prihatin dan sensitif, dan tidak pekak dan bisu........
Baca di sini.
cheers.
2 comments:
Salam,
Beginilah nasib Bahasa Melayu yang dianggap Jiwa Bangsa.
Tidak kedengaran suara dari kalangan graduan yang mengikuti pengajian dalam Bahasa Melayu yang dapat menobatkan bahawa Bahasa Melayu setanding dengan bahasa lain di dunia.
Tidak juga para guru-guru yang selalu mengeluh tak erti mengajar Matematik dan Sains dalam Baha sa Inggeris.
Di mana Kesatuan dan Persatuan Guru yang Meayu dan tak Melayunya. Hampeh..
Cikgu & graduan bukan tak mau keluar,depa takut nanti kena cop sebagai anti-gomen....
Post a Comment