15 March 2009

Dr.M - Rampasan kuasa gomen PR di Perak tak ikut perlembagaan.........

Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tak mengikut per-
lembagaan.

Bekas PM itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM Najib Razak sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.

"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.

"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

Beliau menambah seseorang Sultan hanya boleh menolak seseorang calon (menteri besar) untuk membuat pilihannya selepas berlakunya sesuatu pilihanraya, itupun calon tersebut boleh dikalahkan di dalam dewan melalui undi (tidak percaya).

Ahli politik veteran tersebut menyatakan BN sepatutnya "mematuhi undang negara ini, terutama perlembagaan."

"Kerana ini boleh menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita akan dapati rakyat tidak akan mematuhinya. Kerana kita memulakan dengan langkah yang silap, rakyat kini menentang kita," kata Dr Mahathir, yang telah bertindak keluar dari Umno tahun lepas setelah persengketaan yang panjang dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rampasan kuasa di Perak sekarang ini diasak dengan dengan siri saman menyaman, oleh kedua-dua belah pihak yang mendakwa mereka sebagai kerajaan yang sah.

Enam orang juga telah didakwa kerana menghina Sultan Perak selepas baginda menyebelahi BN untuk memerintah Perak. Seorang telah mengaku bersalah dan didenda RM10,000 semalam sementara yang lain meminta dibicarakan.

Umno menuduh bahawa mereka yang menentang keputusan Sultan sebagai menderhaka.

source: baca sini.
graphic: stocktube blogspot.com
--------------------

BN/UMNO mana pernah ikut undang-undang dan perlembagaan, malah imuniti raja-raja Melayu pun depa rogol..........

Secara tak langsung Mahathir dah sound kat Najib kerja rampasan kuasa yang didalangi Najib itu adalah HARAM...........

Btw, why Mahathir got to wait so long to make his comments on this issue. Did the Perak fiasco was executed with Mahathir's blessings? Is Mahathir trying to wash his hands in public?...........

Baca ini dan sini pula.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

His trying to tie the knot so that he can pull the string or tie the rope najib s neck pick his son. Nepotism