04 March 2009

Politik Perak semakin gawat.........

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 ADUN yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.

"Kami telah dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil kepada pemberita di perkarangan IPD Ipoh hari ini.

Nga pula berkata Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang ADUN daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan DUN tidak dapat diadakan dalam bangunan.

Selepas tidak dibenarkan masuk ke dewan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker mengadakan persidangan tergempar dun di bawah pokok, 100 metar dari bangunan itu pada pukul 10.05 pagi tadi.

Azisman ketika ditemui berkata kedua-dua wakil rakyat itu berhak untuk membuat laporan dan polis akan menyiasat.

"Terpulang kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan kerana tugas yang dilakukan oleh polis adalah arahan daripada SUK," katanya.

source:BERNAMA
-----------------

Tindakan tidak membenarkan ADUN PR menggunakan DUN untuk bersidang adalah tidak berketepatan. Kalau mereka bersidang dalam dewan dan mahkamah memutuskan persidangan itu tidak sah maka persidangan itu tidak tetap tidak sah.

Sebaliknya usaha nak bersidang oleh YB-YB ini di dewan yang mulia dinafikan dengan tindakan seperti mengunakan kekerasan dengan samseng-samseng UMNO dan FRU serta menghalang mereka masuk, bukankah ini sesuatu yang memalukan dan menunjukkan tindakan adalah tidak wajar dari UMNO/BN yang dikatakan prihatin terhadap kehendak rakyat?

Namun,walaupun UMNO/BN tutup pintu Bangunan SUK tapi sidang tergempar tetap dapat diadakan di bawah pokok angsana.

UMNO perlu ingat bahawa apa sahaja yang di putuskan di mahkamah akan terus di persoalkan oleh rakyat. Bubar DUN dan buat pilihanraya semula. Selagi itu tidak dilaksanakan UMNO akan terus disisihkan bukan saja oleh rakyat bukan Melayu malah oleh orang Melayu sendiri.

Hari ini rakyat dah tahu betapa desperatenya UMNO nak terus berpegang kepada kuasa sehinggakan memperkudakan SUK, Setiasausaha DUN, polis dan FRU bagi tujuan memuaskan nafsu kuasa mereka.

cheers.

No comments: