23 March 2009

Muhyiddin Yassin, tak payah jaga tepi kain orang..........

Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, berkata peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Encik Mohamad Fairus Khairuddin, memberi isyarat jelas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak berkemampuan dan tidak bijaksana dalam mentadbir negeri.

'Mereka tidak berupaya meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya. Sepatutnya selepas pilihan raya, perkara seperti itu tidak berlaku,' katanya.

Beliau berkata peletakan jawatan itu juga membuktikan wujudnya krisis dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR.

'Saya harap orang Pulau Pinang sedar dan insaf bahawa PR tidak mempunyai kebijaksanaan dan pengalaman untuk mentadbir,' katanya di sini kelmarin.

Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Encik Mohamad Fairus.

Bagaimanapun, Encik Mohamad Fairus mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

source: cyberita online

Inilah mentaliti UMNO dulu,kini dan selamanya yang cuba memperkecilkan keupayaan pihak pembangkang dalam pengurusan tadbiran negeri. UMNO dok ingat depa saja yang pandai dan orang lain tidak boleh mentadbir dengan baik. Pooooooooorah!!!!

Sebagai peringatan,Kelantan yang ditadbir oleh PAS sekian lama adalah satu contoh yang Muhyiddin Yassin patut lihat dan puji.

Sebenarnya,di Pulau Pinang dan Perak kalau tidak ada toyol-toyol UMNO yang dok menghasut pemimpin pembangkang, keadaan tidak akan jadi huru hara.

Lihat saja apa jadi di Perak, cara UMNO merogol perlembagaan negeri dengan menyogok wakil-wakil rakyat PKR berjuta-juta ringgit agar UMNO boleh naik menjadi gomen yang haram. Sungguhpun UMNO tahu wakil-wakil rakyat PKR itu sudah terlibat dengan rasuah angkara perbuatan UMNO sendiri, UMNO sanggup terima perasuah-perasuah itu asalkan agenda UMNO tercapai. Sememangnya UMNO dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan najis rasuah.

Muhyiddin Yassin tak perlu nasihat parti pembangkang. Lebih baik dia pergi nasihat Ali Rustam yang didapati bersalah kerana rasuah untuk letak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka terlebih dahulu.

cheers.

2 comments:

Pak Lubis said...

Woi Muhyiddin. Lu patut respect sama wakil Pakatan Rakyat.

Mereka mereka ini sanggup letak jawatan seandainya ada apa apa yang berlaku . Cuba lihat Arumugam .. Elizabeth dan Fairuz.

Tetapi wakil UMNO dah ada bukti rasuah , rogol, dan ada yang sedang dibicarakan dimahkamah masih tak malu memegang jawatan ...

Meluat tgk UMNO ni ...

Anonymous said...

RAHMAN dah selesai jadi N dihujung nama itu bermakna "end". Sebagai pembahauruan kepimpinan negara nama RAHMAN akan berulang dengan Razaleigh sebagai PM sesuai dengan firasat bahawa pemimpin pertama negara adalah dari kalangan kerabat di Raja.
Keadaan yang kurang stabil sekarang ini memerlukan seorang pemimpin dari kalangan kerabat di Raja untuk berperanan seperti Tunku selepas kemerdekaan dahulu.
So RAHMAN wll remain until UMNO/BN is kicked out which is very possible in the near future and everything will change for the benefit of all Malaysians.