Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin menggambarkan pakatan pembangkang itu masih berada dalam proses penyesuaian dalaman.
Perkara sedemikian dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai tindakan tidak matang kerana ia menunjukkan kerapuhan sistem pakatan yang mereka amalkan.
Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata situasi sedemikian menggambarkan seolah-olah Anwar tidak dihormati.
Jelasnya perkata itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS masih belum mempunyai seorang ketua yang disegani.
"Walaupun Anwar kini sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, namun tindak tanduk mereka seolah-olah tidak menghormati Anwar sebagai ketua.
"Malah mereka juga dilihat seperti sedang tercari-cari seorang pemimpin yang disegani," katanya kepada mStar Online.
source-mStar Online.
Amalan tegur menegur adalah budaya manusia yang berfikiran terbuka. Pakatan Rakyat tidak semestinya mengikut cara mana BN/UMNO berfungsi.
Inilah mentaliti seorang ilmuan yang selama separuh abad fikirannya dikorupkan oleh budaya sempit UMNO. Tak payahlah jaga tepi kain orang, cukuplah sekadar basuh kain empunya tuan.......
cheers.
2 comments:
Mangkok hanyun ni dok berkiblat kat UMNO dulu kini dan selama2nya sampai dia anggap semua parti macam UMNO hampas!!!!
Diri sendiri pun dok bertelagah..masing-masing UMNO, MCA & MIC pun dok bergaduh dan saling tegur menegur antara satu sama lain...so buat apa BN dok pi sibuk ttg hal rumahtangga org lain..Pi lah settle dulu hal hampa tuh noo..
Ini semua Prof2x Kangkung yang haprak lagi meletihkan..cukup-cukuplah cakap pasal ketuanan Melayu...sedangkan nasib org Melayu dok macam tuh juga after 51 years Merdeka...yg dok kaya hanya SEGELINTIR org UMNO shj bukannya semua org UMNO pun..apatah lagi org MELAYU...cermin dulu diri sendiri lah UMNO woi..!!
Dr Barak Osama
Cheras
Post a Comment