28 January 2009

Najib minta semua wakil rakyat BN Perak bersumpah.......

Penyamun-penyamun UMNO bagai "cacing kepanasan" susulan daripada kemasukan ADUN Bota, Perak yang menyertai PKR baru-baru ini. Mereka amat gusar takut-takut ada ramai lagi ahli dan pemimpin UMNO yang akan melompat parti setelah hilang keyakinan terhadap parti itu. Sekiranya perkara ini tidak dibendung mungkin UMNO akan terus tenggelam selepas ini.

Namun demikian,ada beberapa kerat penyamun-penyamun UMNO ini menganggap isu lompat kapai ini bukanlah satu isu yang serious. Hello....penyamun..... kalaulah tak serious kenapa tiba-tiba si Najib sibuk panggil semua wakil rakyat BN untuk mesyuarat tergempar dan dipercayai wakil-wakil rakyat ini disuruh bersumpah agar mereka tidak akan berpaling tadah. Menurut sumber-sumber terdekat seramai 8 orang wakil rakyat BN Perak tidak menghadiri mesyuarat tersebut. Mengapa dan kenapa 8 orang wakil rakyat BN ini berbuat demikian tak siapa yang tahu?

Ramai juga penyamun-penyamun UMNO anggap bahawa kemasukkan Nassaruddin Hashim ke PKR dari UMNO adalah sesuatu yang tak bermoral. Hello...... dalam UMNO jangan dok cakap pasal moral. Kalau UMNO bermoral orang tak panggil lah pemimpin-pemimpin UMNO ini penyamun tarbus.......

Bila ramai ahli dan pemimpin pembangkang lompat masuk UMNO, umpamanya Ezam Md Noor, Roslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam serta lain-lain lagi, apakah ini perbuatan moral?

Poooooooorah.................

Baca di sini dan sini.

cheers.

2 comments:

I Spy said...

Sumpah politik tak laku dan tak boleh pakai. UMNO Perak dan Najib mesti terima hakikat bahawa ADUN UMNO Perak khasnya dah kecewa amat kecewa dengan pucuk pimpinan UMNO Perak dan Persekutuan.Masa dan ketika saja akan menentukan nasib UMNO Perak.Bagi wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan parti, jangan malu, jangan segan dan jangan tunggu lama-lama lagi, tinggallah lucai dengan labu-labunya.Ingatlah anda semua dipilih oleh rakyat untuk membantu rakyat bukan dipilih untuk bersekongkong dengan maksiat, rasuah, gila guna kuasa, penipuan dan pembohongan.
Percayalah, percayalah, Pilihanraya ke-13 nanti BN mati tanpa kubur.Kembalilah kepada rakyat sebelum rakyat ...

mohd ali ismail said...

Krisis yand bergolak la ni adalah disebabkan Paklah punya kenara.BN menang dengan majoriti yang besar pilihan raya ke 11.Rakyat ketika itu termasuklah saya dah meluatkan Mahathir kerana kuku besinya mentadbirkan negara ini.Apabila Paklah terajui BN harapan rakyat kapadanya diluahkan dengan memberi sokongan padu dengan harapan corak pentadbiran kerajaan berubah.Sunguh berubah,dari sakit ka tenat.Rakyat Malaysia yang rasional pandai menilaikan yang buruk dan yang baik.Tak usah lah nak menegakkan benang yang basah.Paklah bersumpah akan hapuskan rasuah satu dari manifistonya merangsang rakyat memberi dia mandat menerajui kerajaan.Rakyat dengan padu memberikannya mandat itu termasok saya lah.Maruah Paklah terkubur sejurus sahaja barisan kabinet diistiharkan ketika itu.Orang yang tak patutnya ada dalam kabinet disenaraikan,maka bermulalah nightmare Pakalah.Desas desus kebijaksanaan Paklah merebak kerusuk rantau sampai tak dapat dikawal lagi.RAKYAT yang tak opotunis tak sokong BN.Saya diatas pagar.