21 January 2009

Najib kata ada pemimpin UMNO yang rakyat meluat.....

Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.

"Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat," kata beliau kepada pemberita.

Semalam Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memerlukan faktor "wow" untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil itu.

Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat.

Pada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd, Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

source:Mstar

Bila penyangak-penyangak UMNO membolot harta rakyat sesuka depa sapa yang nak hormat? Nak buat apa lagi? Kalau nak rakyat respect dasar perjuangan itu sendiri kena ubah.Pemimpin-pemimpin UMNO semuanya jadi pak turut. Cakap bukan main sedap. Anggap pembangkang tu tak tau apa, macamlah depa saja yang pandai.

Suratkhabar dan TV makin membodohkan diri mereka dan sanggup jadi barua UMNO. Apakah tidak yang dilantik untuk meneraju media massa itu adalah pecacai-pecacai belaka. Malah yang dijemput untuk membuat ulasan di TV,termasuk professor-professor kangkong adalah penjilat setia mereka. Tak serik-serik. Tak adakah orang dalam UMNO boleh nasihatkan sikit ketua pengarang.Nak muntah membaca dan mendengarnya.

Penyelewengan demi penyelewengan terus berlaku kerana pemimpin sendiri tidak insaf. Hidup dengan rasuah dan makan komisyen. Setiap projek harganya berganda. Jawatan ni kalau boleh nak diturunkan kepada kaum kerabat depa saja. Ayah dah jadi PM dulu dan sekarang giliran anak pula kena jadi PM. Mertua jadi PM, menantu sikit punya sakan lebih terror daripada bapak mentua. Jadi mana boleh lepas kuasa nanti tak merasa.

Pemimpin UMNO dari cawangan, sampai ke bahagian masing melabur untuk dapat tempat. Kalau nak jadi ketua dia kena labur RM 500,000- RM 1 juta. Di dalam UMNO amalan ini adalah halal bukan rasuah tapi politik wang kata depa.

Kalau dah begini pilihannya,mana ada kualiti ? Sapa duit banyak dialah yang jadi pemimpin. Dengan kualiti kepimpinan begini, mustahil orang yang bersih boleh jadi pemimpin UMNO. Lihat saja pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian sahaja sama ada wanita, pemuda, puteri dan putera, semua terpalit dengan amalan rasuah.Lihat gayahidup mereka. Ada yang tak ada kerja dan tak ada kelulusan pun, tetapi kerana duit mereka jadi pemimpin dalam UMNO.

Contoh yang paling ketara calon-calon yang bakal jadi TPM(grafik di atas), nyatakan siapa diantara mereka itu yang tidak terlibat dengan rasuah? Dan apa kurangnya bakal PM kita?

Tak payah kata apa Najib ooi.....memang betoi rakyat dah meluat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada termasuk orang yang mengata tu.........

Satu contoh pemimpin UMNO bodoh sombong yang Najib kata rakyat meluat, baca di bawah...

Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran Kerajaan Perak, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta merta dan semua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

"Ketua Jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop resmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan Agensi Kerajaan Pusat. Katanya, semua agensi Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf tandatangan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan."

Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri.


Bukankah ini arahan bodoh datang daripada seorang menteri gomen. Sapa yang akan jadi susah,pak menteri kita atau rakyat jelata?

Pikiq-Pikiaq mai, kalau begininya keadaan, minta tukaq gomen cepat-cepat sikit..........

cheers.

6 comments:

Mike said...

Spot-on brother. Najib talking like Mahathir already, ie, apa yang mereka sebut, sabenar adalah terkena diri masing2. Betul tak?

Anonymous said...

melayu ni kalau nak maju kena buang mentaliti feudal yang dok sokong...sokong...sokong sapa2 aje. kena pakai otak pilih kerajaan. kalau dalam hal2 hidup yg lain (makan, pakai, rumah, pelajaran) kita nak terbaik, kalau kerajaan pun mesti camtu jugak. I like you comment as it's consonant with mine...

Anonymous said...

Beza meluat dgn marah:-

MARAH = Kita boleh maafkan jika kita dipujuk dan tuan punya diri berjanji untuk berubah dan tidak ulangi perbuatan yg menyebabkan kita marah tuh...

MELUAT = Kita dah sampai tahap tepu dah, buat baik macamanapun kita dah tak leh maafkan lagi ..macam bini tua meluat tgk laki dia kahwin lain i.e. bermadu.

So untuk UMNO..hampa kena sedar yg rakyat khususnya org Melayu dah MELUAT dah dgn hampa..bukan MARAH jer..MELUAT babe..!! Sorry..nahe..nahe..!!

Hussein Tokia (bukan Nokia)
Tokai, Kedah.

Anonymous said...

Kalau macam tu punyai perangai gomen pusat. Sampai mesyuarat dengan keranjaan negeri pembangkang pun tak mau hadir....adalah lebih baik sapa yang dok di Perak tak payah bayar cukai kat gomen pusat.

Anonymous said...

Aku seru Pak Lah, Najib dan Muhyidin letak jawatan seperti 2 presiden dan Timbalan MCA. Rakyat dah meluat dengan 3rees stooges YUMNO ini hanya kerja modal air liur, bini tak tahan panas asyik nak berpayung ajaa.

Anonymous said...

UMNO kena bingkas bangun dan cabut kata Najib.