23 January 2009

Bersediakah UMNO ditalkinkan.................

Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Kuala Trengganu tempoh hari sebenarnya tidak memeranjatkan ramai penganalisis dan pemerhati politik tempatan. Sekarang bukan lagi masanya untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak. Apa yang perlu dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri ialah menerima hakikat sebenar-benarnya bahawa rakyat serta ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula mual dan meluat dengan berbagai-bagai janji dan perancangan untuk memperbetulkan UMNO. Imej UMNO sudah rosak di kaca mata rakyat.

Sebagai seorang yang pernah berada dalam kerajaan dan sangat faham dengan budaya pemikiran pemimpin UMNO, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat tentang kemelut yang sedang melanda UMNO ketika ini. UMNO sekarang sedang mengalami masalah imej serta kepimpinan. Rakyat sudah mula bosan dengan cakap tak serupa bikin pemimpin UMNO terutamanya daripada kalangan kepimpinan tertinggi parti untuk merubah UMNO.

Kita tidak boleh menyalahkan rakyat kerana hilang keyaki
nan pada UMNO. Di bawah ini saya ingin berkongsi pendapat yang membuat UMNO hilang kredibiliti di kalangan orang Melayu. Malah ramai ahli UMNO sendiri yang mula kecewa pada parti mereka.

1) Pemimpin UMNO banyak cakap tak serupa bikin. Apa jadi dengan kisah pemukiman Shah Alam yang digembar-gemburkan dalam proses membaik pulih UMNO selepas pilihan raya yang lepas. Rakyat dan ahli-ahli UMNO masih menantikan dengan penuh kesabaran. Apa perubahan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti selepas hampir satu tahun pilihan raya umum berlalu?

2) Imej pemimpin UMNO yang sombong dan tidak mesra
rakyat sebenarnya bukan hanya timbul masa pilihan raya kecil tempoh hari sahaja, namun secara merata kebanyakan pemimpin UMNO yang memegang kuasa sama ada di peringkat pusat mahupun negeri sebenarnya sombong dan susah didampingi. Inilah hakikat yang perlu direnungi oleh pemimpin UMNO. Kebanyakan mereka hanya mesra rakyat bila tiba musim pilihan raya ataupun musim pemilihan UMNO sahaja.

3) UMNO dilihat sebagai satu parti elitis dan birokrat. Apa tidaknya, rakyat melihat UMNO seolah-olah dimiliki segolongan pemimpin tertentu sahaja daripada golongan birokrat dan warisan. Pi mai pi mai tang tu juga. Tak perlulah kita ulas panjang lebar.



4) UMNO tidak banyak berubah dari segi pemimpinnya. Kalau kita lihat ramai pemimpin yang sudah mempunyai banyak sejarah hitam dalam diri mereka masih diguna pakai oleh UMNO dan masih diiktiraf oleh pucuk tertinggi parti. Apakah UMNO sayang untuk menukar pemimpin-pemimpin yang banyak membawa liabiliti kepada parti dan Barisan Nasional?

5) Lembaga Disiplin UMNO yang didakwa pilih kasih serta tidak berintegriti menambah buruk lagi imej UMNO di kaca mata rakyat. Apa tidaknya misalnya kes yang melibatkan bahagian Kota Tinggi yang diambil keputusan dengan tergesa-gesa, walhal beratus lagi kes lain yang tidak diambil tindakan hanya kerana ia melibatkan masa depan seorang kuat UMNO juga menjadi ukuran rakyat terhadap UMNO.

6) Politik wang yang melanda UMNO sejak pemilihan di peringkat bahagian hinggalah ke peringkat pemilihan pusat pada bulan Mac ini menyebabkan bukan sahaja rakyat malah ahli-ahli muda UMNO meluat terhadap parti ini. Apa tindakan pucuk pimpinan serta lembaga tatatertib UMNO?

7) Pemilihan calon-calon adalah faktor terpenting dalam pilihan raya. UMNO selalu memilih calon yang salah. Tangan-tangan ghaib yang menentukan calon-calon yang tersalah pilih harus menerima akauntabiliti terhadap keputusan rakyat menolak UMNO.

Pemimpin UMNO harus ikhlas dalam muhasabah diri dan parti. Pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang angkuh dan sombong akan membawa parti ke lembah kehancuran. Dan nasib yang akan di terima UMNO sudah boleh kita jangkakan. Kerana semua yang diperkata di atas pernah berlaku pada parti Golkar di Indonesia, LDP di Jepun, Kongres di India yang kesemuanya parti kemerdekaan yang telah ditolak rakyat kerana kesombongan dan keangkuhan pemimpin mereka.

Kini tinggal UMNO, satu-satunya parti kemerdekaan yang kekal di dunia, dan kalau tidak ada perubahan dilakukan, bersedialah untuk UMNO ditalkinkan. - oleh DR. MOHD. A
ZAM RAUZAN,Bandar Baru Uda, Johor.

source:utusan malaysia

‘To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist.' - petikan daripada ucapan Presiden Barak Hussain Obama.

Apakah ucapan Obama ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada ini? Memandangkan amalan-amalan rasuah, penipuan,dan salah guna kuasa yang secara terang-terang dilakukukan oleh gomen Malaysia dulu,kini dan selama-lamanya?

Sayangnya UMNO original sudah lama ditalkinkan. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO celup a.k.a UMNO(Baru) ciptaan Mahathir.



Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Kapan tu kecil sangat nak muat penyamun-penyamun UMNO yang beratus-ratus ekor!!!!