29 May 2008

Ramai mangsa gempa bumi China adalah orang Islam....

Gempa di China telah mengorbankan lebih 67,000 nyawa dan menyebabkan lebih lima juta penduduknya hilang tempat tinggal. Tahukah bahawa sebilangan besar daripada mangsa terkorban ini adalah rakyat China beragama Islam.Ia turut mencederakan lebih 362,000 penduduk dan memusnahkan lebih 420,000 rumah.

Sementara itu ratusan masjid dan madrasah musnah atau rosak akibat gempa bumi di Sichuan, China.

Ribuan penduduk Islam di beberapa perkampungan dan kawasan autonomi Islam (kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam) di Bei Chuan, Wen Chuan, Mau Sien dan Ching Chuan, kesemuanya terletak di Sichuan, juga turut terkorban.

Baca berita seterusnya di sini.

Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dengan segala firman-Nya:

Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. Dan (Dia mengadakan)tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang -bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.- Surah An-Nahl 15:16

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. - Surah Al-Naml 88

Marilah sama-sama kita hulur bantuan dan berdoa agar ramai mangsa terselamat.

cheers.

1 comment:

Unknown said...

Artikel di blog anda bagus. Coba pasang widget infogue.com seperti punyaku. Bisa nambah traffik lho padahal blogku belum berumur satu minggu.
Nich blogku:
http://padhepokananime.blogspot.com/
artikel anda di:
http://agama.infogue.com/ramai_mangsa_gempa_bumi_china_adalah_orang_islam_