30 May 2008

Biarkan Ezam terjun dengan kotak-kotaknya......

Ezam Mohamad Noor, who resigned from opposition stalwart Anwar Ibrahim's party in June 2007, appeared alongside Abdullah to announce he was joining the United Malays National Organization party. Ezam is a former UMNO member who played a crucial role in helping Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, establish their People's Justice Party, or PKR. The party was created after Anwar was fired by then-Prime Minister Mahathir Mohamad in 1998 and arrested amid allegations of abuse of power. "He (Ezam) wants to come back to UMNO. I accept him," Abdullah told reporters as a smiling Ezam stood next to him. - the China Post 26/5/08.

Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut” Demikianlah kata-kata Ezam semasa ditanya mengapa kembali ke pada UMNO. Ezam boleh saja memberi berbagai alasan,namun mungkin itulah pilihan wadah politiknya yang terbaik baginya.

Mungkin ramai telah memberi nasihat kepadanya samada rakan terdekat mahupun kawan-kawan yang jauh. Namun keputusan telah dibuat dan dihadapan kaca TV bersama pemimpin numero uno UMNO mengisytiharkan dirinya sebagai ahli UMNO.

Aku hairan kenapa nak perbesarkan isu Ezam masuk UMNO. PKR wujud bukan kerana seorang pemimpin saja.PKR adalah hak orang ramai. Cuma aku harap PKR jangan jadi macam UMNO bila sudah berkuasa,mula lupa daratan.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa Ezam bukan sebenarnya masuk UMNO dalam ertikata sebenarnya,tetapi dipacak dalam UMNO sebagai "trojan horse" Baca di sini.

Di samping Ezam beberapa orang kuat PKR juga berpatah arang, memohon untuk sertai semula UMNO,di antara mereka ialah Anuar Shaari, bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim semasa menjawat TPM, Johari Md Yassin,Khairul AnuarRamli,Daud Che Ghani,Nazmi Rosli,Azwan Din dan Abdul Ghani Harun. Mungkin Ezam bersama mereka ini boleh membantu si anak Razak menyelesaikan masalah kes Altantuya yang dok menghantuinya.

Apa dah jadi dengan Roslan Kassim dan rakan-rakan yang lompat masuk UMNO sebelum pemilu 2004 dulu? Berita pun tak ada dan bayang pun tak nampak.

Walaupun Pak Lah senyum menerima Ezam,tetapi ramai dalam UMNO tetap bermasam muka. Baca di sini.

Berikut adalah komen-komen berkaitan dengan isu ini. Baca di sini,sini,sini,sini, sini dan sini.

Apa-apa pun biarkan Ezam dan rakan-rakan terjun dengan labu-labu mereka.

cheers.

No comments: