22 May 2008

Dr.M keluar UMNO untuk jatuhkan Pat Lah dan halang Anwar jadi PM......

PELUANG TERBUKA BAGI ANWAR? - Darwis Said

KEPUTUSAN Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno memang menggemparkan. Mungkin ia di luar jangkaan ramai. Namun, ia bukan satu kejutan besar bagi saya. Ini memandangkan kecaman demi kecaman yang pernah dilemparkan beliau ke arah Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, atau 'Pak Lah', sejak beberapa tahun ini. Kecaman itu semakin meluap-luap selepas keputusan lemah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu.


Para pemerhati politik menyifatkan undangan Dr Mahathir mengajak sama beberapa anggota Umno lain mengikut jejaknya itu sebagai langkah melemahkan lagi kedudukan Pak Lah.

Pengamat politik bebas dan pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Kajian Sosioekonomi (Sedar) Malaysia, Encik Khoo Kay Peng, dalam laman blognya 'Straight Talk', berkata ia mungkin usaha terakhirnya mendapatkan sokongan ke arah matlamat itu.

Tapi, apakah ia benar-benar berkesan dalam rancangannya 'menggulingkan' Pak Lah dan 'membaharui' Umno - parti komponen terbesar BN? Setakat ini, ada beberapa anggota Umno yang menyatakan kesediaan mereka mengikuti jejak mantan perdana menteri Malaysia itu. Namun, sumber-sumber juga berkata ramai yang menolak cadangannya itu dan berikrar setia kepada Pak Lah.

Timbalan Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Dr Hussin Mutalib, berkata Dr Mahathir berharap taktik 'berita menggemparkan' mengenai keputusannya untuk berundur daripada Umno boleh memaksa pemimpin dan anggota Umno yang berpihak kepadanya bertindak serius untuk menangani masalah dalaman parti itu, khususnya perihal kedudukan Pak Lah.


Namun, gesaan Dr Mahathir agar Pak Lah meletakkan jawatan sebelum ini 'belum mampu menghasilkan tsunami besar yang boleh menghanyutkan perdana menteri itu ke tepian', kata Encik Khoo. Bagaimanapun, kali ini agak sukar ditentukan kesannya.

'Walaupun Pak Lah kelihatannya cuba mengecilkan isu pengunduran itu, hakikatnya beliau kini menghadapi masalah lebih besar,' kata Dr Hussin.

Saya akur dengan pandangan itu.

Sedang Umno mungkin lebih selesa tanpa Dr Mahathir, masa depan Pak Lah bukan sahaja akan bergantung kepada kekuatan suara dan tindakan penyokong Dr Mahathir dalam Umno.

Ia juga akan bergantung kepada tindak balas Pakatan Rakyat - pakatan campuran tiga parti pembangkang utama Malaysia - dan keupayaan mereka mengambil kesempatan keadaan goyah Umno ketika ini untuk mengorak langkah ke arah pembentukan kerajaan alternatif pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita tunggu September ini.- (Berita Harian,Singapura,21/5/08)
----------------------
Mahathir keluar UMNO dengan dua tujuan, pertama, mahu menjatuhkan gomen Pat Lah dan kedua untuk menghalang Anwar menjadi PM.

Dalam blognya Mahathir berkata jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan gomen. Jika wakil rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti gomen atau usul-usul parti lawan.

Katanya lagi, jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong gomen supaya tidak ada majoriti lagi, gomen Pat Lah akan tumbang.

Jelasnya lagi jika BN ganti Pat Lah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi gomen semula.

Mahathir berkata gomen baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh wakil-wakil rakyat yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan Rakyat yang menjadi majoriti dalam Parlimen. Baca di sini.

Soalnya berapa ramai wakil rakyat BN yang sanggup berbuat demikian? Mahathir harus ingat bahawa wakil-wakil rakyat yang dipilih itu adalah pilihan Pat Lah dan beranikah mereka menderhaka kepada bos mereka? Mahathir mungkin lupa,kalau wakil-wakil rakyat BN, yang keluar mungkin mereka tidak dipilih semula sekiranya Pat Lah tetap berkuasa. Malang lagi kalau wakil-wakil rakyat ini 'resign' dan diadakan pula pilihanraya kecil,mereka secara otomatik tidak boleh bertanding untuk 5 tahun akan datang.

Mungkin,tindakan Mahathir itu boleh meraih simpati daripada ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tetapi tidak berkesan bagi mereka yang menjadi YB sama ada di DUN atau Parlimen.

Sekiranya berlaku peristewa tukar kapal, adalah lebih berfaedah mereka menyertai Pakatan Rakyat daripada duduk mengampu Mahathir. Anak Mahathir,Mukhriz sendiri serta seteru lamanya, Ku Li, enggan mengambil risiko tersebut apatah lagi wakil-wakil rakyat lain? Strategi yang diamalkan Mahathir itu salah dan boleh 'backfire' jika Mahathir salah langkah. Dalam keadaan sekarang sudah tentu BN/UMNO dan Pat Lah akan menggelak daripada mengadakan satu pilihanraya yang baru,kerana UMNO sudah berpecah dari pucuk hingga sampai ke akar umbinya dan untuk memulihnya akan mengambil masa yang lama, atau mungkin tidak boleh dipulih semula.

Anwar perlu pula berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam permainan politik Mahathir ini. Walaupun krisis yang berlaku dalam UMNO itu serious,namun UMNO akan mencari jalan untuk menyalahkan pembangkang dan Anwar kerana bermain di atas landasan politik pelbagai kaum hinggakan membelakangkan kepentingan hak istemewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Kita perlu ingat bahawa BN/UMNO masih berkuasa, ada wang dan masih mengawal media massa untuk menabur propaganda mereka.

UMNO ibarat seekor singa tua yang teruk luka parah, menanti masa untuk mampus tetapi masih berupaya bertindak jika kita tersilap buat perhitungan........

cheers.

No comments: