17 July 2007

Maruah bolasepak negara tercemar......


"Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasmi meletakkan semua jawatan dalam badan induk itu berkuat kuasa hari ini selepas 15 tahun menjawat jawatan tersebut.Walaupun baginda tidak menyatakan alasan peletakan jawatan itu namun ia dipercayai ada kaitan dengan prestasi buruk pasukan kebangsaan." - Utusan Malaysia 16/07/07

Saya bersimpati dengan DYMM Tengku Abdullah kerana kemelut yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Kemelut yang berpanjangan melanda pasukan bolasepak negara sepatutnya ditangani sejak dari dulu lagi dengan cara perletakkan seluruh AJK persatuan FAM itu.

FAM sepatutnya diterajui oleh muka-muka baru yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada kroni atau parti politik. Apa yang berlaku sekarang adalah satu contoh yang baik bila penglibatkan kronisma dan orang-orang politik memporakperandakan seluruh persatuan tersebut khususnya dan pasukan bolasepak negara amnya.


President: Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Deputy President 1: Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Deputy President 2: Dato' Redzuan bin Tan Sri Sheikh Ahmad(UMNO)
Vice President 1: Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar(UMNO)
Vice President 2: Dato' Jamal Nasir Rasdi(UMNO)
Vice President 3: Datuk Anifah Aman(UMNO)
General Secretary: Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad.(UMNO)

Sepatutnya semua ahli-ahli FAM itu letak jawatan secara beramai-ramai sekiranya mereka masih ada maruah. Langkah Tengku Abdullah seharusnya membuka mata dan menjadi tauladan kepada mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Negara kita boleh belanja berjuta-juta RM menghantar mat rempit untuk melakukan terjunan yang sia-sia di Kutub Selatan atau mendaki Gunung Everest atau mengubahsuaikan Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendonbury,
England,untuk menjadi High Performance Training Centre,apakah kita tidak boleh belanja sikit wang untuk kembalikan imej bolesepak negara?

Selamatkan pasukan bolasepak dari dinodai oleh orang-orang yang tidak komited 100 persen dengan bolasepak negara.Biarkanlah orang yang tahu main bolasepak menarujui bolasepak negara.Sudah sampai masanya negara memikirkan untuk mendapatkan khidmat Alex Ferguson atau Jose Maurinho atau Zico atau Luis Felipe Scolari sebagai pengurus pasukan Malaysia.

Jikalau dapat khidmat pengurus-pengurus profesional sekali pun,tapi,bila datang waktu nak menamakan pasukan kebangsaan,sapa patut main dan sapa tidak, masih lagi ditentukan oleh segulungan penyangak dalam AJK persatuan tersebut,matlamatnya masih juga tidak akan tercapai.
Lebih baik bentuk saja satu pasukan bolasepak negara terdiri daripada mat-mat rempit,mungkin mereka boleh tebus maruah negara.

Kita perlu bersihkan persatuan FAM ini daripada pengaruh politik dan kronisma dan buang mereka yang tak tahu sama ada bola tu bulat atau bujur,sebaliknya pilih mereka yang tahu macam mana nak tendang bola masuk goal.


cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya kita tidak blh menyalahkan sebelah pihak. Senario kejatuhan sukan bola sepak negara kita sebenarnya dipengaruhi oleh banyak situasi. FAM hanyalah salah satu darinya. Saya berikan contoh:-
1) Sikap pemain= perlu ada mental, semangat, kesedaran dan cintakan sukan bolasepak demi negara bknnya gaji yang besar.
2) Kroni Pentadbiran = Jangan pilih hanya pemain yang punya nama dan disukai saja...masa prestasi merosot pun nak diturunkan.
3) PEMINAT / PENONTON = Ini merupakan penyumbang terbesar. Pemain atau pasukan silap sikit kutuk / maki mcm nak mati. Memang patut rasa kecewa tapi bkn diluahkan dgn makian...tgk senario liga eropah....mereka berikan semangat dan sokongan walaupun pasukan mereka kalah atau berada dibawah liga. SEBABNYA kutukan dan MAKIAN tu buat pemain lemah semangat. Tak dinafikan walau Ronaldinho jadi pemain Malaysia pun dia akan hilang semangat bila kena situasi mcm pemain kita kena.

JADI kaji lah sikap masing2 untuk kemajuan bola sepak kita.

ali allah ditta said...

Saya setuju dengan pandangan saudara dan bukankah masalah2 ini boleh ditangani jika FAM begitu committed dan concern dengan bolasepak negara? Soal wang tak ada problem,kerana FAM kaya raya & sepatutnya elaun2 pemain patut dapat in time. Tapi in reality berlakukah semua ini? NO.

Pasal penonton,itu memang adat permainan kalau pasukan Malaysia bermain macam budak2 tadika baru belajar sepak bola,peminat & penonton mana tak bengang?

Tapi kita masih bernasib baik,tak macam di Brazil bila mereka tewas,berlaku riot di bandar2 utamanya. Setakat maki hamun perkara biasa & saya rasa the team deserves it.

Kofi Annan kata,"footbal changes the world" tapi not in Malaysia,
selagi ada penyamun dan penyanggak yang masih duduk di kerusi panas itu bertahun lamanya dan tak tau bola itu bulat atau bujur,kerana mereka sememangnya tak mau tau.

cheers.