Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini kita dikejutkan dengan dakwaan dari Dato’ Madius Tangau (BN Tuaran) yang menyatakan beliau mendapat satu laporan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) adalah jabatan yang tertinggi kes korupsinya. Menurut Madius, dakwaan itu diterima dari seorang usahawan yang menyatakan bahawa seorang Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kota Kinabalu mendedahkan nama jabatan itu dalam satu seminar di Kota Kinabalu sebelum ini. Namun demikian, dalam jawapannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Seri Mohd.Nazri Aziz memberitahu,
jawapan yang dikemukakan pegawai tersebut adalah tidak benar. Mengikut maklumat, pada tahun 2003 hanya lima orang sahaja kakitangan jabatan itu di hadapkan ke mahkamah kerana kes korupsi, sementara pada tahun 2004 dan 2005 masing-masing enam kes, katanya.
Saya juga pernah mendengar rungutan korupsi yang berlaku di JPN dari beberapa rakan rapat saya. Soal sama ada cerita itu benar atau tidak,terpulanglah bagaimana kita melihatnya. Salah satu insiden korupsi yang pernah diceritakan oleh seorang rakan kepada saya ialah tentang pendaftaran masuk anaknya ke sebuah sekolah berhampiran rumahnya. Sekolah tersebut adalah sebuah sekolah terkawal(control school). Kedudukkan sekolah serta prestasi akademik sekolah berkenaan,telah menarik perhatian ramai ibubapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.
Menurut cerita rakan saya ini,rumahnya terletak lebih kurang 0.5 km dari sekolah tersebut,dan dia telah mendaftarkan anaknya masuk ke sekolah tersebut,tetapi,malangnya anaknya telah ditempatkan di sebuah sekolah lain,lebih kurang 8 km dari rumahnya.Lebih menyulitkan lagi ialah anaknya terpaksa tukar 2 buah bas untuk sampai ke sekolah.
Rakan ini telah menemui pegawai yang berkenaan di JPN untuk membuat rayuan agar permohonan anaknya itu dipertimbangkan. Dia juga telah menyebut beberapa kes di mana pelajar-pelajar yang ditempatkan ke sekolah itu datang dari tempat-tempat lain yang jauh dari sekolah tersebut.
Jawapan yang diterimanya dari pegawai berkenaan ialah dalam kes-kes itu,mereka sanggup memberi sejumlah "sumbangan" untuk pembangunan sekolah tersebut. Sekiranya rakan saya sanggup hulurkan "sumbangan",mungkin rayuannya itu akan dipertimbangkan. Bukankah pembangunan sekolah itu merupakan tanggungjawab JPN dan KPM?. Jadi yang dikatakan "sumbangan" itu untuk apa dan untuk siapa? Kata rakan saya lagi,sumbangan itu mesti dalam bentuk wang ringgit dan jumlahnya antara RM 3,000-RM 5,000. Bila saya tanya lagi sama ada dia ada memberi "sumbangan" itu,rakan saya mendiamkan diri. Fahamlah,apa yang telah berlaku. Kalau ada orang sanggup memberi,sudah tentu ada orang yang sanggup menerima.
Thats the price you gonna pay to put a child in the school of your choice,nor matter how costly it might be. Pity those poor folks who are unable to send their children to the nearest school of their choice,just because they cannot "sumbang" anything. Is this corruption or what? Tell me.
cheers.
No comments:
Post a Comment