12 July 2007

15 tanda bahawa pilihanraya sudah dekat......

Musim pilihanraya sudah tiba,hanya menunggu Pat Lah untuk bermimpi tarikh keramatnya. Namun demikian kita sebagai pengundi tidaklah begitu dungu untuk mengesan beberapa tanda-tanda pilihanraya yang akan diadakan pada masa terdekat. Antaranya;

1. Empat tahun lalu calon datang merayu siang malam,tapi bila dah dipilih jadi YB,dia pun ghaib sampai bayangnya pun tak nampak,tiba-tiba dia muncul di depan pintu sambil menegur...
assalamualaikum brader.."apa khabaq,boleh saya membantu?"

2. Gaji kakitangan gomen naik yang bukan-bukan,sampai ramai terkejut beruk.

3. Harga beras yang dinaikkan oleh Bernas,diarah turun dengan serta merta.

4. YB-YB gomen dapat tambahan peruntukkan RM 100,000 kononnya nak sambut hari merdeka ke-50.

5. YB-YB balik ke kawasan masing menaikki kereta kancil dan proton. Menangis dan ketawa bersama-sama rakyat jelata sudah menjadi lumrah.

6. YB-YB turun ke surau dan mesjid setiap malam khamis membaca yasin dan tahlil bersama jemaah,tidak lagi memakai bushjacket dan tie tapi ketayap putip baju melayu usang dengan kain pelaikat yang penuh dengan peta.

7. Jalan-jalan dan lubang-lubang jalan dikampung dan pekan ditar berkali-kali.

8. YB-YB hadir semua kenduri kendara di kampung atau kawasan masing walaupun tidak dijemput.

9. Mesyuarat agung PIBG sekolah diambil alih oleh YB-YB,sambil memberi makanan percuma kepada semua guru-guru sekolah kerana mengenangkan jasa guru-guru dengan tiba-tiba.

10. Banting-banting dipasang di sana sini mengalu-alukan sumbangan YB-YB yang tak terkira banyaknya.

11.YB-YB sanggup merentas sawah dan ladang kelapa sawit kerana nak melawat ayam itik dan kucingpara pengundinya yang jatuh sakit tiba-tiba.

12. YB-YB sering membawa pemberita dan krew TV supaya gambar-gambar mereka diambil dan disiarkan dalam media massa setiap hari. Setiap kali YB-YB berucap,mereka mula dengan kata-kata...."kami sentiasa bersama tuan-tuan dan puan..."

13. Parlimen setiap hari hampir kosong,walaupun semasa sidang Parlimen kini. Bila ditanya kemana YB-YB kita?,jawapan yang diterima.."mereka melawat kawasan"

14. Kenyataan demi kenyataan dibuat oleh YB-YB,walaupun kenyataan itu diulang ratusan kali untuk menunjukkan YB-YB semua sentiasa prihatin rakyat atas isu-isu tertentu.

15. Peruntukan demi peruntukan dihulurkan untuk baiki surau,rumah beribadat,sekolah-sekolah,dewan serbaguna, rumah-rumah kebajikan dan sebagainya,walaupun ianya tidak pernah dipohon dan jika
dipohon pun tidak pernah dapat.

Kalau U all ingat indikator-indikator pilihanraya lain bolehlah tambah kepada senarai di atas.

Finally thanks bennyloh.....

cheers.

No comments: