21 May 2007

Semoga bahagia ke anak cucu.....

Semua sudah selesai, sahlah bahawa Sara Salim Davidson sekarang digelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak,Darul Ridwan dan bakal mewarisi takhta Sultanah Perak. Sungguhpun perkahwinan ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan,tetapi sikap low profile baginda Raja Dr.Zahrin yang hanya mahukan perkahwinan itu dibuat secara sederhana amat dipuji oleh rakyat jelata,tidaklah seperti kisah penyanyi genit dari Pahang yang berkahwin secara besar2an dengan sibuaya tua konon-kononnya perkahwinan mereka itu adalah "wedding of the century". Sorrylah!!

Pernikahan Raja Nazrin dengan Zara Salim Davidson adalah perkahwinan utama di abad ini. Perkahwinan gilang-gemilang itu tiada tandingannya. Nyata penolakkan baginda menggunakan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri Perak,dilihat sebagai satu langkah yang bijak sekali dan amat memalukan kalau pegawai-pegawai gomen dan menteri-menteri gomen masih gagal memahami tingkahlaku baginda ini.

Mengikut cerita-cerita yang saya dengar,baginda Raja Dr.Nazrin sudah mengenali Sara Salim Davidson lebih kurang 8 tahun.Kedua-dua mereka ini berminat kepada sukan equestrian(sukan menunggang kuda),tetapi perkara ini tidak dihebohkan kerana ketika itu wujud orang ketiga(tahukan siapa?) dalam hati sanubari baginda,tetapi kerana bantahan dari istana,baginda terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Sara Salim Davidson layak kerana beliau adalah berketurunan raja Kedah. Ibunya,Sharifah Azaliah adalah anak kepada Tunku Aminah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adik kepada Perdana Menteri pertama Malaysia,Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Semoga bahagia ke anak cucu...

cheers.

No comments: