03 May 2007

Ijok satu 'wakeup' call bagi UMNO/BN.....

Pilihanraya kecil Macap dan Ijok membawa petanda buruk kepada parti gomen UMNO/BN. Sungguhpun UMNO/BN menang tetapi kemenangan UMNO/BN adalah sekadar cukup makan saja. Di Macap majoriti BN kurang dan di Ijok naik sikit,walaupun untuk kedua-dua pilihanraya kecil ini gomen BN menghabiskan lebih daripada RM 100 juta. Bak kata seorang anggota kabinet BN "Ten years of development in 10 days,".

Ini membawa kepada persoalan mengapa diperlukan satu pilihanraya kecil bagi gomen BN menunaikan janji2 pemilu? Seandainya,tiada pilihanraya kecil di Ijok,sudah tentu jalan2nya tidak akan ditar,kaum India tidak akan mendapat grant tanah yang dipohon berpuluh-puluh tahun lalu. Kalau ini bukan rasuah,apakah benda ini?

Sungguhpun penyamun2 UMNO/BN tersenyum lebar kerana kemenangan di Ijok dengan majoriti bertambah,mereka jangan lupa bahawa bilangan undi yang Keadilan dapat pun bertambah. Undi kaum Cina pula banyak diberikan kepada Keadilan dan jika tidak dengan tekanan,ugutan dan suapan undi kaum Melayu pun akan berubah kepada Keadilan. Secara tidak langsung saudara Anwar telah memporakpranda jentera kempen BN. Akibat,keadaan yang amat desprado,BN menggunakan berbagai taktik kotor melalui media massa,untuk menuduh Keadilan macam-macam,namun demikian tidak semua rakyat termakan dengan propaganda UMNO/BN ini. UMNO/BN sanggup mengheret Pat Lah untuk memujuk rakyat Ijok memilih UMNO/BN semula.

Keputusan Ijok adalah segai “wakeup call” bagi UMNO/BN. Bagi UMNO/BN,saudara Anwar adalah satu ‘force’ yang harus ditangani dengan apa cara sekali pun. Oleh itu,tidak hairanlah kalau pemilu 2008 nanti akan dianjak ke depan lagi,mungkin bulan Julai atau selepas musim Hari Raya Puasa 2007 bagi memastikan saudara Anwar Ibrahim tidak akan bertanding. Bertanding atau tidak, kehadiran saudara Anwar di persada politik tanah air tidak boleh diketepikan begitu saja dan akan menjadi duri dalam daging UMNO/BN. Sama-sama kita nanti pilihanraya umum akan datang.

Lawan tetap lawan.

cheers.


No comments: