Hari ini adalah 13 Mei dan peristiwa 13 Mei 1969 masih bermain-main dalam ingatan saya,sungguhpun 38 tahun genap usianya. Saya masih ingat,pada petang 12 Mei 1969 saya berjalan-jalan kaki di Jalan Melaka,menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman saya nampak ramai orang sedang berpusu lari ke sana sini. Ada kumpulan-kumpulan kecil anak-anak muda yang masing-masing membawa bendera parti masing-masing sama ada lambang kapal layar(Perikatan),roket(DAP)kepala lembu(Socialist Front)dan bulan bintang(PAS) memandu kehulu dan hilir sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Suasana nampaknya murung dan tegang,maklumlah selepas pilihanraya dan parti gomen mengalami kekalahan teruk dan keutuhan parti gomen tergugat.
Semasa saya menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman,saya bertemu dengan seorang tua yang bertanya saya kemana saya hendak pergi. Saya berkata saya hendak menonton wayang dekat panggung. Dengan lantas,orang tua ini menasihati saya suruh balik ke rumah dan kalau boleh balik saja ke kampung kerana katanya pergaduhan besar akan berlaku bila-bila saja di Kuala Lumpur ini. Saya terus ke setesen keretapi,ambil tiket dan balik kampung pada petang itu juga. Bila sampai kampung keesokan hari saya mendapat tahu melalui radio bahawa pergaduhan kaum telah berlaku di KL dan KL berada dalam curfew. Saya bersyukur kerana terselamat daripada peristiwa buruk itu.
Kerajaan Perikatan tewas di Pulau Pinang dan Kelantan dan di Perak dan Selangor,parti gomen tidak boleh membentuk kerajaan yang mutlak. Akibat daripada kegusaran politik yang tidak tentu arah,kedua-dua penyokong parti gomen dan pembangkang mula bertembung,dan berlaku pegaduhan kaum yang paling trajis. Masing-masing saling tuduh menuduh antara satu sama lain siapakah yang memulakan tragedi tersebut. Tetapi berkat ketekunan gomen dibawa pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Ismail demokrasi dapat dipulihkan semula.
Biarlah tragedi 13 Mei 1969 ini menjadi satu kenangan bagi kita yang hidup dalam masyarakat majmuk ini. Tragedi sebegini tidak memberi fadeah kepada sesiapa. Sebaliknya rakyat jelata juga yang akan menanggung penderitaan.
Al-Fatihah bagi mereka yang terkorban dalam tragedi 13 Mei itu.
cheers.
2 comments:
Buku "May 13" tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu tindakan bersepadu dari pelbagai sudut untuk menidakkan sejarah dan hak semulajadi orang Melayu ke atas tanahair semulajadinya, Tanah Melayu.
Melalui buku ini, mereka ingin merubah sejarah dan menthabitkan salah ke atas seorang pemimpin Melayu ulung yang telah memberi asas ekonomi, sosial, dan politik serta hubungan antarabangsa yang kuat untuk negara ini dan juga bangsa Melayu.
Kita harus berawas dengan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk merubah status-status - agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu sebagai hak penduduk asal yang di tindas berkurun2 lamanya dengan terancang, kedudukkan raja-raja Melayu sebagai locus standi untuk kesinambungan kepada perkara-perkara yang disebut sebelum ini, dan tidak kurang juga keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.
Harap tuan/puan menyedari usaha kami Team Blog "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" untuk mengumpul fakta dan hujah menjawab pembohongan dan putarbelit yang sedang dilakukan.
Ayoh bersama kami! Jangan kita mudah menjadi apologis menerima buta logik-logik jahat, tanpa memahami sejarah!
wlu pun 13 mei wa blm lhr di dunia ni tp punca pegaduhan di mula kan oleh kaum lain....mgkn 13 mei akan berulang cme xtau bile je terjadi kte org melayu besedia la dr skrg...renung2 kan la wahai bangsa ku beragama islam Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar....
Post a Comment