30 November 2018

Polis kena berlaku adil dan profesional...


Syarikat usaha sama Cina (Malaysia) dengan orang Filipina keturunan Sepanyol yang diwakili oleh dua orang peguam tempatan mengupah 50 orang Melayu untuk “mengawal” kuil Hindu.

Tidak masuk akal tetapi benar. Orang Melayu itu dikatakan dari kumpulan yang menamakan diri mereka Kucing Merah. Mereka dilaporkan diupah RM150 hingga RM300 seorang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, siasatan polis mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki berkenaan untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November.

Mahyuddin berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut (Hindu) sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya.

Dalam kejadian ganas tersebut, 23 kenderaan dibakar dan cermin sebuah pusat beli-belah dipecahkan. Akibat rusuhan tersebut seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, diserang perusuh dan keadaan beliau dilaporkan kritikal.

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.  Yang anehnya sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti.

Minta maaf banyak-banyak kalau saya kata, susah sikitlah nak faham macam mana begitu ramai anggota polis dengan peralatan canggih dan diuar-uarkan sebagai terbaik di dunia tak nampak seorang pun daripada begitu ramai orang India yang berada di tempat kejadian melakukan apa-apa kesalahan.

Takkanlah bila begitu banyak kenderaan bermotor dibakar masih gelap lagi?


Related image

Guna Lampu Picit

Zaman saya kanak-kanak dan remaja pada tahun 1950-an dan 60-an polis bawa senjata api, cota dan lampu suluh (torchlight) enam bateri. Masa itu belum ada elektrik dan kereta pun tak banyak untuk dibakar. Kalau ada yang dibakar, itu perbuatan pengganas komunis.

Jadi, kalau betullah polis abad ke-21 ini tak nampak perusuh kerana gelap, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mohon peruntukan luar jangkaan daripada Kementerian Kewangan untuk beli lampu picit buat anggota PDRM.

Kalau tak silap saya, polis bawa kamera dan perakam video apabila membuat liputan perhimpunan umum dan tunjuk perasaan. Jadi dengan segala kelengkapan canggih dan pengalaman yang luas mengawal tunjuk perasaan dan rusuhan maka saya hairan sangatlah apabila ada orang bagi tahu saya bahawa polis tak nampak penyerang Muhammad Adib.

Sementara itu, mengikut cerita Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang pergi ke Institut Jantung Negara petang tadi untuk melawat Muhammad Adib, keadaan beliau tenat.

Dr Mahathir yang pernah menjadi doktor kata, peralatan perubatan moden membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Tetapi kata beliau, jika dengan takdir mangsa meninggal dunia, ia adalah kes bunuh dan penjenayah yang melakukannya wajib dikenakan hukuman berat. Jadi polis tolonglah cari penjenayah itu.

Saya setujulah dengan pendapat banyak pihak, termasuk anggota kerajaan Pakatan Harapan sendiri, yang menggesa agar kita jangan tergesa-gesa sangat memansuhkan hukuman mati untuk jenayah berat.


Image result for P. Waytha Moorthy n Dr.Mazlee

Menteri Berhati-hati

Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri Mula-mula P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan integrasi nasional.

Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.

Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir. Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini.

Kemudian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau pun baru saja “dikuliahkan” oleh Perdana Menteri. Saya juga bercakap dengannya melalui telefon. Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan.

Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya, iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama. Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama.

Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya. Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka. - A.Kadir Jasin

Image may contain: 1 person, text
Story kat SINI SINI dan SINI  

Image may contain: 6 people
What did not go viral...

So much has been said and done, over the last few days, about what took place in Seafield. Understandably, each one of us has our version to believe. I saw comments on the internet and viral messages among the non-Malays cursing Umno/PAS for the tragedy. I also saw similar comments and viral messages reminding the Malays how their position had been weakened ever since the current federal government took over.

Comments on Malaysiakini or websites that cater for the urban, (largely) non-Malay readers were as equally bad. In the immediate aftermath, a lot of comments condemned the police authorities for allegedly “allowing” the riot to take place. There are always two sides of every story. There are different versions of the same event; normally the truth lies in between.

Unfortunately, in Malaysia, each one of us has our own racial and religious bias. What makes it worse, it is always too convenient to point the finger to the other person. We hardly ever look in the mirror and admit that each of us has our racial bias too.

It is so common that many non-Malays I have met (and my encounters with non-Malays is way higher than an average Malay) believe that the racial problem stems only from one side: Malays and Muslims.

Likewise, many Malays (even the most educated ones) still harbour anger and suspicion against the non-Malays, for supposedly marginalising the Malays (no matter how warped the logic is). So, when a highly emotive event like this took place, it is very easy for each one of us to be influenced by our racial bias.


It is easy for the Indians and other non-Malays to feel that Malays have conspired to intrude the temple and Malay policemen did not act promptly (in collusion with the thugs). It is easy for the Malays to feel angry and blame the whole Indian population for what had happened to Muhammad Adib Kassim, the young fireman who is now fighting for his life.

Events like this will repeat in the future. Again, and again, no matter which parties are the federal government. Irrespective of whether PAS/UMNO proceeds with anti-ICERD rallies, or whether PH-federal government ratifies ICERD or not.
It will happen so long most of us choose to see everything from a racial perspective.

There are a few things that we can do individually that can make things better. We must admit that each one of us carries a racial bias that we need to sort out. We cannot continue talking condescendingly about the other group, yet in denial that we are not any better than them. Each time there is an event like this or an issue that easily brings racial perspectives into it, we must embrace objectivity and learn to see from the group’s perspective.

Malays must learn to appreciate the non-Malays’ fear and concerns, much in the same way the non-Malays cannot continue to stereotype Malays as being incompetent and stupid (especially when there is a disagreement). Finally, try to make friends with people from other races. Only this way, we can embrace each other and work on our racial prejudices.

If we give all sorts of excuses and blame everything under the sun for not having a multiracial circle of friends – blame the national school, blame the pork, blame the Taliban but never blame ourselves – then we are the problem. - Rafizi Ramli

No automatic alt text available.
Melambak janda kat pantai timur tu namun untuk memperjuangkan 
nafsu lebai lebih memilih budak bawah umur...

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 2 people, people smiling, text
cheers.

No comments: