11 November 2018

Asal aku jadi PM ada aku kisah...


Di fasa akhir pemilihan PKR hari ini. Di ketika pemilihan di cabang Julau, Sarawak yang punya 13,000 ahli menjadi penentu nasib calon-calon Timbalan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan selamba mengingatkan ahli-ahli PKR bahawa musuh mereka adalah PAS dan Umno dan bukan sesama mereka.

Pemilihan PKR sesungguhnya sedang melihat persengketaan dalaman paling sengit sesama pimpinan dan ahli-ahli PKR. Kem Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang masing-masing bersaing untuk menang jawatan kedua paling tinggi dalam parti sedang pintas memintas sesama mereka.

Sebelum Julau hari ini Azmin dikatakan mendahului Rafizi dengan lebih 3,000 undi. Namun Rafizi tahu dan yakin keputusan ini tidak akan kekal begitu.

Cabang Julau adalah kubu Rafizi dan ketua cabangnya telah berjaya mendaftar lebih 13,000 ahli di cabangnya yang layak mengundi. Jika hari ini 50 peratus atau 6,500 di Julau keluar mengundi dan Rafizi dapat 80 peratus atau 5,200 undi bermakna di selekoh akhir ini beliau akan berjaya memintas dan meranapkan cita-cita Azmin.


Image may contain: 1 person, standing
Bakal PM ke-8???

Anwar sendiri tahu perkembangan ini (anaknya di kem Rafizi) dan jika ia berlaku maka Rafizi akan menggantikan Azmin d itempat nombor dua tertinggi PKR. Anwar melihat Azmin dan kemnya semakin "liar" malah ada yang meramalkan Azmin dan bukannya Anwar yang akan ganti Tun Dr Mahathir sebagai PM, lalu jika Azmin tewas maka Anwarlah yang paling gembira.

Anwar tahu ahli-ahlinya di akar umbi berantakan lantaran proses pemilihan ini dan PKR bakal terkesan jika Azmin tewas tapi Anwar sedikit pun tidak goyang.

Asal takhta PM dalam genggamannya dan siapa sahaja yang menghalang ditewaskan, jadilah apa pun Anwar tidak kisah.

Musuh PKR adalah PAS dan Umno tapi dalam hatinya semua tahu senarainya termasuklah Azmin dan suku sakatnya. -  Roslan SMS,Harakahdaily

Keputusan Julau digantung 
susulan 'serangan siber'
Story kat SINI dan SINI  



Jom karoake...


Karaoke ala UMNO/BN pula...



Semua cam mabuk todi...

Image may contain: 7 people, people smiling, text

Image may contain: 6 people, people smiling

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Image may contain: 4 people
Divali di Rembau...

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 2 people, people smiling, text
cheers.

No comments: