03 February 2018

PRU14- Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UMNO/BN...


Kita kini memasuki pusingan terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang mana tiada guna lagi untuk meneka tarikh pilihan raya umum (PRU) yang akan diumumkan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Ramadan (17 Mei) dan sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 8 Jun, pembubaran Parlimen itu akan terjadi sebelum sidang parlimen pada 5 Mac atau selepas ia berakhir pada 5 April. Apapun, kita boleh simpulkan bahawa tak sampai seratus hari lagi sebelum PRU paling penting dalam sejarah Malaysia.

Saya ingin mengalu-alukan semua sukarelawan agen pengundian dan pengiraan undi (PACA) dalam PRU akan datang. Penyertaan anda akan memberi perbezaan yang besar dalam mempengaruhi keputusan PRU, terutamanya di kerusi marginal dan berpotensi terjadi pertukaran undi.

Sebagai contoh, pilihan raya kecil (PRK) Sibu pada Mei 2010, mendiang Wong Ho Leng dari DAP memberikan kejutan besar di kerusi yang sebelumnya dianggap mustahil dimenangi pembangkang. Beliau menang dengan majoriti undi yang sangat tipis iaitu 398. Kemenangan itu antara lain hasil daripada sukarelawan PACA-nya yang tekun dan berani yang membatalkan 200 undi meragukan yang berpihak kepada BN. Kadang-kadang, hanya sedozen undi boleh menentukan nasib satu-satu kerusi malah negara.


Memenangi hati dan minda

Setiap undi dikira! Hal ini sangat benar terutamanya bagi pilihan raya di Malaysia yang berat sebelah. BN mempunyai pelbagai kelebihan seperti dana yang besar, jentera kerajaan yang ramai, media, selain penggunaan undang-undang yang menindas, ugutan pihak berkuasa, dan penguatkuasaan terpilih.

Apa yang Najib dan BN tidak pasti adalah hati dan minda rakyat Malaysia. Kenapa Najib masih tidak mengumumkan PRU? Mungkin kerana penasihatnya memberitahu beliau boleh menang dua per tiga majoriti jika menunggu sedikit masa lagi. Namun hal itu seperti tidak akan terjadi kerana beliau tahu beliau tidak memenangi hati dan minda pengundi.

Penting untuk kita ambil maklum bahawa perlawanan antara Pakatan Harapan dan BN adalah satu perlawanan yang sangat tidak adil. Maka, kita mesti cuba sebaik mungkin untuk tidak menggambarkannya sebagai Pakatan Harapan melawan BN. Sebaliknya, ia adalah kebangkitan rakyat dalam pilihan raya menentang salah tadbir Najib, Umno dan BN.

Ia adalah perlawanan antara rakyat dan Najib.

Dekad terakhir sejak tsunami politik pada Mac 2008 merupakan bukti pembangkang mampu mengalahkan BN dan mengatasi segala cabaran yang ada. Saya akan kongsikan tiga kisah sejak 2008 untuk menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan... Baca seterusnya...

Najib spreading fake news about 1MDB
Story kat SINI dan SINI  
Di Malaysia saja yang tak nampak 
kesalahan dan penipuan 1MDB

PM kata,pilihanraya Malaysia gerenti OK,tiada penipuan...

Ke arah PRU14, SPR aturkan 3 langkah manipulasi sistemis:
#Manipulasi persempadanan semula 
#Manipulasi daftar pemilih 
#Manipulasi pengundi pos
Begitu jelek manipulasi SPR untuk nak menangkan BN/UMNO.


Peguam syariah setuju dengan Ku Li bahawa kewujudan Jakim tidak sah dari segi Perlembagaan. Ku Li baru-baru ini kata Jakim ditubuhkan oleh UMNO untuk bersaing dengan PAS. “Jakim tidak berperlembagaan,” kata ahli parlimen Gua Musang itu.

Ku Li kata Jakim dibentuk sebagai dasar penerapan nilai Islam pada 1981. Jakim berfungsi di luar bidang kuasanya,” kata Nizam Bashir juga peguam perlembagaan.

Jakim ditubuhkan itu,diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Nizam kata Jakim ditubuhkan melalui tindakan eksekutif mungkin tidak betul,ia sepatutnya ditubuhkan melalui undang-undang yang menjelaskan kuasanya.

JAKIM sekarang sudah menjadi jabatan cap duit yang sangat besar. Bukan saja peruntukan RM1 billion setiap tahun tetapi juga jualan sticker 'halal' membawa masuk berpuluh juta Ringgit kepada JAKIM.

Melihat kepada kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dan juga peguam syariah dan perlembagaan  Nizam Bashir di atas, jelas bahawa JAKIM tidak mempunyai 'tauliah' dari sudut Perlembagaan Persekutuan untuk wujud sebagai sebuah 'jabatan agama peringkat kebangsaan'.

Dan juga ekoran daripada titah DYMM Sultan Johor bahawa Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama lagi dengan JAKIM, maka jelas bahawa sticker halal JAKIM juga tidak boleh digunakan di Johor.

JAKIM sekarang memegang monopoli sticker halal dalam negara kita dan untuk melesenkan ustaz kursus kahwin. 

Oleh kerana JAKIM adalah jabatan haram di sisi Perlembagaan, maka timbul juga soalan kesahihan sijil halal dan sticker halal Jakim bagi produk-produk halal jika berlaku sebarang tuntutan di mahkamah. Bukan setakat itu saja, tetapi segala dokumen yang dikeluarkan Jakim atau di tandatangani pegawai Jakim yang berkaitan dengan hal ehwal agama sekarang sudah menjadi tidak sah mengikut Perlembagaan. 

Juga kesahihan sijil kursus kahwin yang dikendalikan oleh ustaz kursus kahwin yang diberi lesen atau tauliah oleh JAKIM.

Oleh kerana JAKIM tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan, lebih elok bagi negeri-negeri yang bertanggung jawab atas hal ehwal agama negeri masing-masing mengeluarkan sijil halal dan sticker halal mereka sendiri. Dengan cara ini negeri-negeri juga boleh mendapat hasil daripada jualan sticker halal dan sijil halal. Tidak perlu sijil halal di monopoli oleh jabatan haram sahaja.

Kursus kahwin tidak perlu diadakan kerana ianya hanya membuang masa dan memboroskan wang rakyat yang makin tenat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.  Tambah lagi generasi orang Islam sebelum zaman kursus kahwin lebih tinggi moral mereka dan lebih baik dalam menguruskan rumah tangga berbanding dengan generasi pasca kursus kahiwn.

Walaupun sudah berpuluh tahun kursus kahwin, kes cerai, retakan rumah tangga, kes ibu tunggal, kes suami ghaib, kes lelaki poligami tinggalkan bini tua  telah bertambah dengan berlipat kali ganda.  Ini jelas membuktikan bahawa kursus kahwin tidak memberi kesan yang positif. 

Akhir kalam pendedahan bahawa "kuasa agama" JAKIM adalah haram di sisi Perlembagaan Persekutuan ini bermaksud sebarang dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh sebarang pegawai JAKIM juga adalah tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan boleh dicabar dalam mahkamah.

Contohnya jika pegawai JAKIM terlibat dalam penilain 'status agama' pegawai Kerajaan untuk tujuan penilaian pekerjaan tahunan (annual job evaluation) untuk menentukan kenaikan gaji dan pangkat pegawai Kerajaan maka itupun boleh dicabar dalam mahkamah sebagai tidak sah dari segi Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan tidak memberi ruang bagi sebarang jabatan peringkat kebangsaan yang bertanggung jawab atas hal ehwal agama. Hal ehwal agama terletak dibawah  kuasa Sultan dan Raja Melayu di peringkat negeri sahaja. 

Peruntukan belanjawan (Budget) RM1 billion itu perlu disemak semula kerana duit Budget atau duit belanjawan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang bercanggah atau  melanggar Perlembagaan Persekutuan. 

Jakim telah lama menimbulkan kontroversi dan masalah daripada membawa penyelesaian  kepada  umat Islam negara kita.  DYMM Sultan Johor, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas ahli Parlimen Tawfik Tun Ismail, peguam syariah dan ramai lagi sudah mula menyuarakan apa yang sudah lama dirasai oleh ramai orang yang boleh berfikir dan menilai keadaan yang sebenarnya. 

Maka tidak hairanlah jika fungsi Jakim dalam hal ehwal agama sekarang dikenal pasti sebagai melanggar perlembagaan persekutuan.  

Tetapi UMNO sangat memerlukan Jakim. Ramai ustaz pro PAS yang ingin mengadakan joint venture dengan UMNO.  Maka perlulah di upah lagi ramai ustaz pro PAS untuk lagi banyak kursus sembelih lembu dan kambing, kursus mandikan mayat, kursus mencari jodoh dan sebagainya. Mungkin pada satu hari nanti akan juga diadakan kursus mengurus jambang. - ostb

a close up of a mans face: rape-muslimah-1
Rape victim’s tudung did not save her...

The recent conviction of a Kelantan man for rape and murder has prompted an activist lawyer to question the effectiveness of PAS’s Islamic administration, particularly as it pertains to the protection of women. 

Nik Elin Rashid, who is a Kelantan native, said one would have expected sexual offences and violent crimes to be rare in a state governed according to Islamic principles.

Last Wednesday, the Kota Bharu High Court found Mohammad Awari Ahmad, 25, guilty of the 2015 rape and murder of housewife Yashmin Fauzi. He was sentenced to death for the murder and 18 years’ jail and 12 strokes of the rotan for the rape. 

Nik Elin accused PAS of failing to set its priorities right. She said: “The problem is that PAS is concerned only with superficial matters, such as the covering of women’s hair. That was the first thing it enforced when it came into power. 

“Other matters, such as the state’s economy, is of little importance to it. So we have problems such as unemployment, which causes quite a number of citizens to turn to crime. 

“According to information from the web, the rape victim wore a tudung. It did not protect her and it did not prevent her from being raped and murdered in front of her five-year-old son. 

“PAS has clearly failed to protect women in Kelantan.”

She also said she didn’t believe the enforcement of hudud laws would have prevented such crimes. 

“Hudud involves only theft, alcohol consumption, fornication and false witnessing. Murder is dealt with under qisas, which means the murderer can escape the death sentence if the victim’s family forgives him.” 

She noted that Mohammad Awari had yet to exhaust his appeals. 

“He may be acquitted and set free in the end, but that won’t deflect from the fact that there was a rape-cum-murder of a woman in Kelantan.”

Women’s Aid Organisation director Sumitra Visvanathan alleged that such crimes happened because some men had a sense of entitlement over women. 

“It all comes down to what it means to be equal,” she told FMT. 

“Some men believe they have the power, the licence and the right to hurt women because they see women as being fundamentally inferior.” 

Commenting on Prime Minister Najib Razak’s declaration of 2018 as the year of empowerment for women, Sumitra said this did not mean anything if laws to ensure equality were not in place and if men’s attitudes towards women didn’t change.

“We have an entrenched traditional attitude of controlling women,” she said. 

“When a woman tries to speak up, she is silenced. “You can make as many declarations as you like about the direction towards which you want us to head, but what we really need is that attitude change and laws that ensure equality.” - fmt



Image may contain: text

Image may contain: 2 people, text

cheers.

No comments: