Itu pendapat Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan Sri Dr Ramon Navaratnam ketika bercakap kepada Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata, pendirian Trump yang bersikap anti Muslim dapat dilihat pada dasar imigresen yang akan dilaksana kelak.
“Negara-negara Asia Barat dan negara Islam yang lain mungkin tidak gembira dengan pemilihan Trump kerana beliau adalah pemimpin anti Islam. Negara jiran Amerika Syarikat seperti Mexico dan warganegara asing turut tidak senang hati dengan kemenangan beliau.
“Semua pihak kini mengambil perhatian mengenai perkara ini. Ada yang tidak pasti apakah dasar baharu yang akan dilakukan Trump sepanjang kepimpinannya.
“Selain itu, ramai tertanya-tanya ke manakah haluan bakal dibawanya dan apakah kesan yang akan menimpa terhadap negara-negara lain di dunia. Pemilihan Trump sebagai presiden baharu Amerika Syarikat sememangnya merisaukan ramai orang. Pemilihannya amat mengejutkan ibarat serangan bom ke atas Pelabuhan Pearl Harbor ketika dahulu,” kata Ramon.
Beliau turut berharap apa juga tindakan dan dasar dilakukan oleh Trump, perlu berhati-hati dan tidak akan membangkitkan kemarahan negara-negara lain, khasnya China.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui pemilihan Trump sebagai presiden baharu Amerika Syarikat sudah tentu akan menyebabkan perkembangan terkini di negara itu berada dalam keadaan kurang stabil.
“Pemilihan Presiden Amerika Syarikat sudah berakhir, namun perkembangan ekonomi di dunia masih belum stabil. Banyak dasar mungkin akan terjejas, termasuklah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mungkin dimansuhkan oleh kerajaan baharu Trump,” kata Tiong Lai. – SH
Singapura secara rasmi sahkan
Jho Low terlibat kes 1MDB...
Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
“Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
Husseiny digantikan sebagai ketua eksekutif Aabar Investments tahun lalu, selepas memegang jawatan itu sejak 2010.
Yeo memberitahu mahkamah, Jho Low adalah pelanggan utama BSI dan memperkenalkan 1MDB kepada bank swasta itu.
Reuters gagal menghubungi Jho Low, Eric Tan atau Husseiny.
Yeo turut berdepan 7 pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang akan dibicarakan tahun depan.
Bank pusat Singapura mengarahkan operasi BSI ditutup pada Mei lalu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pegawai kanan pengurusan dan pekerja BSI.
Perbicaraan Yeo berakhir hari ini. – fmt
Apandi refuses to give Swiss AG
1MDB mega billion theft information...
Malaysia has again rebuffed Switzerland’s request for legal assistance in probing suspected corruption linked to scandal-hit state fund 1MDB, the Swiss attorney general’s office said on Friday.
But it said Kuala Lumpur’s decision would not hinder the Swiss probe as it works with other countries on the case.
“We respect Malaysia’s independent decision on this matter. However, the Malaysian authorities remain free to use the information provided in Switzerland’s requests for assistance in their own investigations,” Attorney General Michael Lauber said, confirming a report by the Financial Times.
“What is certain is that our own criminal proceedings, which are about maintaining the integrity of the Swiss financial system, will continue. We will ask other jurisdictions for support - for example Singapore, with which we have worked very well, other European jurisdictions and the US.” - Continue Reading...
Ostb - This is the SECOND TIME the Swiss are making it public that Malaysia has rejected their request for legal cooperation. Malulah Malaysia. Really Third World villagers.
They also say that KL's non-cooperation will not hinder their investigations which will continue. They say that they have received good cooperation from Singapore, the US and other European countries.
And here is the crunch : source told Reuters "privately M'sians demand Swiss drop investigation"
Alamak malulah.
I recall thinking up a movie script where a Prime Minister Motipu of the Guatipulu Federation orders his Palace Guard to cease all cooperation.
It seems that our reality is wilder than fiction. Never in our wildest nightmares did we dream that this country will sink down so low to this level in such a short time.
You need sizeable numbers of less intelligent people and people without backbones to help sustain this type of nonsense. Beware the wrath of December.
Apandi enggan bantu Switzerland untuk dapatkan maklumat skandal 1MDB.
Macai pening kepala pasai apa Apandi enggan beri kerjasama MLA...
Fast forward to 4:35 utk tengok Najib gelek sakan...
Fast forward to 1:16 tengok Najib gedik sakan...
Ali Hamsa dan yang belakang Najib tu nampak macam dah kena dua kole...
Ostb - Went to RM4.51 and then down again to RM4.48. Bank Negara better keep an eye open.This is a serious attack against our economy.Talk is there is a massive sell off of Malaysian gomen bonds by foeigners. These would be Ringgit bonds where the proceeds of the sell off were converted to other currencies most likely USD.It could be American fund managers taking their money out and back to the US where the Dow has reacted positively to Trumps presidency.
No comments:
Post a Comment