26 November 2016

Mahkamah tolak reman Zunar...


Polis menadapat kebenaran menahan reman sehari pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaque yang kini disiasat mengikut Akta Hasutan kerana menghina Datuk Seri Najib Razak.

Penolong pendaftar kanan mahkamah Mohd Harith Mohd Mazlan memberikan kebenaran menahan reman itu selepas Zulkiflee - yang lebih dikenali dengan nama Zunar - dibawa ke mahkamah majistret Pulau Pinang sebentar tadi.

Peguam Zunar, Ramkarpal Singh, berkata kemungkinan besar pelukis kartun politik itu akan dibebaskan petang ini selepas kenyataannya diambil.

Pemenang Anugerah Kartunis Keamanan itu ditahan polis sejak semalam mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan sengaja mengaibkan dan mencetuskan gangguan keamanan.

Kata Ramkarpal, polis mengemukakan permohonan untuk menahan reman Zunar selama empat hari tetapi dibantah pihaknya.

"Mereka boleh mengambil kenyataan daripada Zunar dengan mudah dan dia sentiasa memberikan kerjasama," kata Ramkarpal ketika ditemui di luar mahkamah pagi ini.

Sebelum itu Zunar tiba di pekarangan mahkamah dengan tangan bergari kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Ramkarpal juga mengingatkan polis supaya mengambil tindakan ke atas pihak yang menyerbu dan merosakkan pameran Zunar di Komtar pada Jumaat.

"Mereka tidak perlukan laporan polis dibuat sebelum mengambil tindakan," katanya.

Kelmarin Malaysiakini melaporkan pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Najib.

Diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar menamatkan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz, berkata dua bahan pameran dirosakkan. Zunar diwakili Peguam Rsn Rayer, Ram Karpal dan Cheah Kah Peng.

Zunar melancarkan pameran kartunnya tengah 25 November lalu dan dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng. - mk




Zunar ditangkap kerana menghasut... 

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque ditangkap kerana menghasut selepas mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zunar turut ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan. Terdahulu beliau diminta memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, polis kini akan merampas karya-karya Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar.

"Polis kini akan pergi ke Komtar bersama-sama dengan Zunar untuk merampas semua karya-karya beliau. Lokasi adalah di Asia Comic Muzium Komtar aras 3," kata Sim. ADUN Seri Delima RSN Rayer mewakili Zunar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Meor Farid Alatrash mengesahkan penangkapan itu.

"Dia akan ditahan 24 jam untuk membantu siasatan .. jika siasatan tidak lengkap, kita akan mendapatkan perintah reman esok pagi," katanya.

Ini adalah penangkapan kali ke- 10 terhadap Zunar di bawah Akta Hasutan. Beliau kini menghadapi sembilan pertuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 43 tahun. Zunar juga menghadapi sekatan perjalanan sementara menunggu perbicaraannya.

Semalam, pameran Zunar di Komtar diganggu oleh sekumpulan 30 anggota Umno yang diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim. Mereka menendang dan merosakkan dua karya kartunis itu.

Zunar mendakwa empat tumbukan dilepaskan terhadapnya dan mereka menarik kolar beliau tetapi berjaya mengelakkan diri. Rafizal memberi amaran anggota-anggota Pemuda Umno akan menggunakan kekerasan pada Zunar sekiranya beliau meneruskan pameran itu yang sepatutnya diadakan sehingga 2 Disember.

Rafizal mendakwa karya seni Zunar adalah satu penghinaan kepada Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno.

Pelbagai pihak kecam

Pameran Zunar adalah sebahagian daripada Festival Sastera George Town. Dalam satu kenyataan petang ini,  pihak festival berkenaan mengutuk penangkapan Zunar.

"Festival mengutuk perbuatan menindas ini yang bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara dan ekspresi," kata pengarah festival Bernice Chauly.

Pihak penganjur festival menggesa pihak berkuasa segera membebaskan Zunar dan tidak mengganggu acara melibatkan 60 penulis daripada 20 buah negara. Michael Vatikiotis, seorang penulis di festival itu, juga menyelar penangkapan Zunar.

"Tahap penindasan sedang mencapai tahap berbahaya di Malaysia.

"Hakikat bahawa penangkapan Zunar berlaku di Fetival Sastera George Town, dengan berpuluh-puluh penulis dan seniman antarabangsa, hanya menunjukkan kerajaan tidak kisah kebebasan bersuara," kata Vatikiotis.

Sementara itu, Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh mempertahankan Zunar.

"Zunar adalah seorang artis dan hati nurani masyarakat. Beliau melukis bagi pihak kami dan komited untuk kebebasan bercakap dan bersuara untuk rakyat Malaysia.

"Hanya dengan kebebasan bersuara kita boleh menjadi sebuah negara yang benar-benar demokratik," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairul Khir Johari berkata penangkapan itu telah mencemari festival berkenaan.

"Semalam, sekumpulan samseng mengganggu pameran Zunar di Komtar, dan hari ini pihak berkuasa menangkap Zunar di bawah Akta Hasutan, bukannya penyerang beliau" katanya. - mk


Penyangak2 UMNO 
tunjuk samseng di Komtar...

Kartunis Zunar hari ini dikepung dan diancam sekumpulan kira-kira 30 individu tidak dikenali ketika mempamerkan karya satira mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak di Komtar, Pulau Pinang.


Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, beliau hampir ditumbuk, tetapi polis dapat meleraikan kumpulan itu.

“Saya didatangi kira-kira 30 orang bertindak agresif secara fizikal menyuruh saya menurunkan lukisan yang dipamerkan. Mereka mengancam dan mengepung saya.


“Tidak ada kerosakan yang berlaku kerana saya turunkan lukisan saya. Kalau saya masih ada di sana, tidak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya kepada FMT.

Zunar berkata beliau bertindak tenang dan tidak melawan walaupun diancam dan diugut kumpulan itu yang segelintirnya penyokong Umno.

“Saya tidak melawan, kerana ia bukanlah matlamat saya. Saya hanya mahu adakan pameran. Tetapi keadaan sangat ganas hingga memaksa polis dan FRU datang meleraikan kejadian tadi,” katanya.


Dianggarkan kira-kira 30 anggota polis dan 10 anggota FRU dikerahkan di bangunan Komtar, Pulau Pinang.

Katanya, pameran lukisan itu dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula pada hari ini, namun ia terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

“Saya tidak pernah lagi mengalami keadaan sebegini, ini kali pertama. Bagi saya kalau mereka tidak setuju, tidak ada masalah, mereka boleh bantah.


“Sepatutnya sampai 3 hari di sini (Komtar), tetapi saya tidak meneruskan pameran kerana isu keselamatan.

“Terima kasih kepada anggota polis yang datang cepat, jika tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya. - fmt

Hadi tangguh RUU 355 sekali lagi, 
isyarat permainan politik UMNO-PAS...

Tindakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memohon supaya huraian usul persendirian bagi memperkasakan mahkamah syariah yang dibentangnya hari ini di Parlimen dibawa ke sesi akan datang menimbulkan pelbagai persoalan.

Ia merupakan pembentangan kali kedua setelah Hadi membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu buat kali pertama dua minggu sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan.

“Apakah tujuan sebenarnya polemik RUU 355 ini dibiarkan berpanjangan? Mengapa bila tiba saat pembacaan dan penghuraiannya hari ini, Marang menunda lagi?

“Dengan segala ‘hanky panky’ ini, timbul persoalan apakah ketelusan dalam usul persendirian RUU 355 Marang?

“Atau adakah ia tidak lebih dari sekadar menjadi alat untuk mencapai tujuan politik tertentu?” soal Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali dalam satu kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, penangguhan kali pertama perbahasan usul yang dibawa Presiden PAS itu telah mencetuskan pelbagai polemik di kalangan masyarakat dengan ada sesetengah pihak yang mendakwa ia sebagai hukum hudud dan mengkafirkan mereka yang menolak usul itu.

“Pada mulanya, ia dicanang hingga riuh sekampung seolah-olah RUU 355 ini ialah hukuman hudud. Golongan yang menolaknya ibarat menolak Islam dan boleh gugur keIslamannya.

“Hal yang rupa-rupanya bukanlah hukuman hudud ini akhirnya menyumbang kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

“Hal ini telah mula menimbulkan bibit-bibit pertikaian, apakah di sana wujud agenda halus politik sedondon UMNO dan PAS yang berselindung di balik RUU 355?

“Pasca bacaan usul kali pertama itu, terus dipergiatkan lagi dan dijaja ke sana ke mari bahawa mereka yang menolak RUU 355 seakan-akan anti-Islam,” katanya.

Hadi yang mengadakan sidang media seusai pembentangan usul beliau itu memaklumkan bahawa PAS akan menganjurkan ‘perhimpunan besar-besaran’ bagi menggembleng sokongan rakyat terhadap agendanya itu.

“PAS akan anjurkan himpunan aman raksasa mewakili umat Islam pelbagai parti politik dan NGO termasuk di kalangan bukan Islam yang sokong (RUU355) untuk buktikan sokongan mereka pada RUU ini,” katanya hari ini. – Roketkini.com

RUU 355: Kita mentertawakan diri sendiri

The 'standard' of a deputy minister...

Will Tajuddin Abdul Rahman, oops, I'll write that again. Will DATUK Tajuddin Abdul Rahman, Umno supreme council member, MP for Pasir Salak and deputy minister of agriculture and agro-based industry, apologize to the Chinese community for his antics in Parliament a few days ago?

As I write this, he has not done that as he sees himself of not doing anything wrong. Based on that, we can draw our own conclusion as far as the apology goes.

As we know Tajuddin has, in Parliament, called DAP's MP for Seputeh Teresa Kok "the only woman with a kok".

An uproar followed with members of the opposition protesting vehemently. But Tajuddin even taunted Kasthuri Patto, the MP for Batu Kawan, also from the DAP, by mimicking her objection in a squeaky way. As Malaysiakini puts it, "in a cartoonish way".

And somehow deputy speaker Datuk Ronald Kiandee saw it right to "rule" that Tajuddin "was only referring to Teresa Kok's name ".

The deputy speaker is entitled to his opinion, but to me what Tajuddin said was crude, vulgar and dirty.

I'll borrow a line from Malaysiakini -- the word "Kok" is phonetically similar to colloquial slang for male genitalia. We all know and agree with that.

Tajuddin has insulted not only the MP for Seputeh but all Chinese Malaysians with the surname "Kok". In fact, he has insulted the entire Chinese community whatever their family names might be.

MCA's Datin Chew Mei Fun, a deputy minister in the Najib administration, has slammed Tajuddin, saying his "boorish behavior only reflected the Umno man's warped mental thoughts and imagery" as reported by Malay Mail Online.

"It is bad news enough already for BN that Tajuddin has carved infamy to himself with his profanities in the Dewan Rakyat in the past," said Chew as quoted by Malay Mail Online.

Yes, we can still remember what he called DAP's MP M. Kulasegaran in Parliament some time ago. There were many other "incidents", not to mention the sexual innuendos which I do not intend to outline here.

Outside Parliament, Tajuddin also said a lot of nasty things, like threatening to slap the Chinese if the community took their grouses outside the country.

It was last year when China's ambassador to Malaysia visited Petaling Street when there was communal tension with the Red Shirts' "show of strength" in the shopping area.That's just on example. And now this.

In the words of Chew: "What more by a deputy minister against the family name of any Malaysian Chinese and more so with allusions over the male genitalia."

Chew wants Tajuddin to apologize to all Chinese Malaysians as well as women folk for his demeaning insult "if he really has any curlies".

Good for Chew. But perhaps Chew or the MCA itself should take it to the next level by bringing the matter or "complain" about Tajuddin's behavior to Datuk Seri Najib Razak himself? 

Enough said lest I be accused of trying to "teach" MCA what to do, or worst, pouring oil on the fire. But I'll say this. Tajuddin has got away with what he has said many times before without even a slap on the wrist by his bosses. So, chances are he's going to continue with his ways.

In 1995, Tajuddin was sacked from Umno following allegations he had paid RM6 million to secure his position as an Umno division chief, hence his "nickname" The Six Million Dollar Man.

In 1998, he was accepted back into Umno without any conditions and rose to the positions he holds today. - Mohsin Abdullah.mysinchew.com

Israeli PM Benjamin Netanyahu climbs out of the submarine Rahav in Haifa.
Skandal kapal selam Scorpene di Malaysia dah masuk bakoi sampah...

Suami isteri kasari penguat kuasa MBSA... 
Story kat SINI  SINI dan SINI    


cheers.

No comments: