02 March 2016

Tok Arab kata Mat Jib bukannya ahli 'sunnni wal rasuah'...



Kisah duit derma tok arab sebanyak 2.6 bilion ringgit ini tak habis-habis lagi. Bersambung-sambung. Meleret-leret. Bermula dengan berita seorang putera Arab yang baik hati telah memberi derma kepada Mat Najib. Ini cerita awal sesudah akhbar jahat Wall Street Journal membocorkan berita mendakwa duit sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke akaun peribadi Najib.

Duit derma dari putera Arab beralih kisah, tiba-tiba beralih menjadi duit derma dari raja Arab pula. Gua tak ambil pot, dari putera raja ke atau dari maharaja. Yang gua fikirkan bolehkan gua berkenalan dengan putera Arab itu? Itu saja dalam kepala gua. Saja nak berkenalan. Mana tahu ada rezeki tersepak.

Kisah punya kisah rupa-rupa tok raja arab didapati sudah mati awal. Jadi mustahil hantu raja ini menderma kepada Najib. Malah gua rasa tak ada hantu yang berani rapat dengan Najib kerana kuasa guru Ji lebih kuat. Hantu jembalang pun takut, inikan pula manusia biasa.

Cerita duit dari raja ini beralih lagi. Ada dilaporkan datang dari beberapa tok Arab pula. Tup tup seorang putera tok Arab bangan marah. Putera Arab ini menafikan duit ini tidak datang dari dirinya. Heboh sekali lagi. Gua tak ambil pot.

Cerita asal usul duit derma ini kerap beralih-alih. Akhirnya diumumkan bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit ini datang dari kerajaan Arab pula. Semua akur. Alhamdulilah.

Putera Arab ke, raja Arab ke, kerajaan Arab ke? Untuk gua semua tak penting. Yang penting derma ini datang dari Arab. Arab ini satu bangsa yang beragama Islam. Tok Arab tak makan babi. Tok Arab hanya makan ayam bersembelih, kecuali ayam Siam di Bangkok atau ayam China di Pudu.

Tapi ini kisah lain. Jadi pada hemat gua bila duit derma datang dari tok Arab pasti duit suci dan halal. Duit kosher, dalam bahasa Hebrew.

Gua ingat semua dah selesai. Semua beres apabila tok Arab yang baik hati buka cerita tentang duit derma bertimbun-timbun itu adalah hadiah, derma ikhlas kerana Najib ini budak baik.

Tok Arab itu berkata Mat Najib ini pengembang mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Mat Najib tidak ada sangkut paut dengan 'sunnni wal rasuah'. Mat Najib bukan penyokong Isis. Mat Najib adalah pemimpin Islam contoh. Budak kelahiran Pekan anak Razak bin Hussein ini memang budak baik, jujur, ikhlas dan berjurus. Syukur alhamdulillah.

Tiba-tiba budak baik ini membuat satu kenyataan. Mat Najib anak lelaki Razak telah mengumumkan kepada dunia bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit itu telah dipulangkan kembali kepada tok Arab. Story seterusnya... 

The many possible sources for Najib’s RM2.6b 'donation'

Lebih baik aku simpan duit berbilion2 tu 
daripada kalah saman bermillion2...

RM3.6bilion masuk akaun Najib disamping RM2.6bilion... 

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya.

Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia. Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.


najib

Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.

WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah emiriah Teluk Parsi yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.

“Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS,” lapor WSJ.

WSJ hari ini melaporkan bahawa sumber penyiasat antarabangsa menyatakan 
jumlah dana yang masuk ke akaun peribadi Najib melebihi USD1 bilion 
dan sebahagian besarnya datang dari 1MDB.

Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.

Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.

1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion. Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ. 

Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013. – tmi

Sementara itu Dr.Mahathir Mohamad hari ini meminta Najib menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan terbarunya yang mendedahkan perdana menteri menerima lebih AS$1 bilion dalam akaun peribadinya.

Jika beliau tidak berbuat demikian, katanya laporan itu akan dianggap mengandungi kebenaran.

"Jika ia tidak benar, perdana menteri perlu menyaman mereka kerana membuat laporan palsu.

"Tetapi, jika beliau tidak melakukannya, apabila mereka boleh disaman di negara mereka sendiri, maka mesti ada kebenarannya dalam apa yang dikatakan itu," kata bekas perdana menteri itu. 

Punyalah berkokok satu Malaysia ugut nak saman WSJ tempohari, pondan sungguh pahlawan Bugis ini... Tapi malangnya Najib masih menanti....



HARI SELASA


The Wall Street Journal reported that the amount of money deposited into the personal accounts of prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak exceeded US$1 billion, several hundreds of millions more than previously identified.

Quoting global investigators, WSJ said the money was from 1MDB and not the Saudi royalty as claimed by Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


"Investigators in two other countries, while agreeing most of the US$681 million ultimately was returned, believe the money originated with a Malaysian state development fund called 1MDB.

"The investigators believe the money moved through a complex web of transactions in several countries and with the help of two former officials of Abu Dhabi, a Persian Gulf emirate with which 1MDB has deep ties."

The report said investigators were focusing on an entity believed to be a crucial conduit: a firm with a name almost similar to that of state-owned Abu Dhabi company Aabar Investments PJS. - MySinchew


Story kat SINI dan SINI   


Hanya anda saja boleh menjayakannya...

Poster derma untuk Mat Sabu yang tersebar beberapa hari lalu.
RM 114,030.00

Lawan Tetap Lawan...

cheers.

No comments: