27 March 2016

Simpan je lah serban & jubah tu - Anina sound Hadi...



Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar. 

Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa. 

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda. 

“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara. 

“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya. 

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri. 

“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya. 
Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia. 

Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya. 

Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata PAS bersedia bertindak sebagai penasihat membantu BN mentadbir negara. - fmt  

lim,pas
UMNO 'jealous' tengok kejayaan gomen Guan Eng...

Prestasi cemerlang sejak mengambil alih P.Pinang memalukan BN UMNO dan mencemburui mereka. Pada 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memecah rekod apabila dana terkumpul mencecah RM 1.025 Billion seperti yang di laporkan oleh Ketua Audit Negara.

Memetik rekod Laporan Ketua Audit Negara 2013, rekod kewangan negeri Pulau Pinang mempunyai surplus sebanyak RM1,283.35 juta, RM1,184.45 juta (2012), RM1,128.06 juta (2011), RM1,128.66 juta (2010) dan RM1,098.02 juta (2009).

“Lebihan kewangan Kerajaan Negeri tiap-tiap tahun turut dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara (2013),” ujar Lim Guan Eng(LGE) yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Terdahulu, Guan Eng mencadangkan Bajet 2016 keseluruhannya sebanyak RM1,105.65 juta, iaitu pertambahan RM112.83 juta atau 11.36 peratus, berbanding anggaran belanjawan bagi tahun 2015, RM992.82 juta.

Konspirasi nasional BN untuk membunuh Kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang dan karakter LGE berkenaan pembelian rumahnya melalui pembohongan, sikap double-standard malah salahguna kuasa, adalah cubaan secara sengaja untuk menjustifikasi, memadam atau mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan yang terbaru penipuan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.

Skandal-skandal BN telah mengakibatkan kerugian dana awam dan memberi kesan buruk kepada ekonomi termasuk susutnya nilai ringgit, sementara pembelian rumah saya pula telah memperlihatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti serta amalan tender terbuka, malah LGE membuka pintu rumah nya untuk tatapan pihak media. Namun begitu, media kawalan BN terus melakukan liputan ke atas rumah saya, seolah-olah tidak ada berita atau isu lain di dunia ini.

Terbaru, Gerakan mendakwa bahawa pada bulan Julai 2003 memo kerajaan negeri Pulau Pinang menunjukkan bahawa tanah Taman Manggis dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh kerajaan BN sebelum ini. Bagaimana Gerakan memiliki dokumen kerajaan tahun 2003 yang tidak disedari kerajaan negeri sehingga kini?


Taman Manggis

Kenapa tiada satu unit perumahan rakyat dibina sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2008, jika BN mencadangkannya pada tahun 2003?

Sekiranya Gerakan mendakwa bahawa memo kerajaan negeri pada tahun 2003 telah mencadangkan projek perumahan tersebut, soalan yang paling penting ialah: “Kenapa skim perumahan rakyat tidak dilaksanakan oleh BN sepanjang lima tahun dari 2003 ke 2008, tanpa satu unit pun dibina? Kenapa tidak buat apa-apa jika ada rancangan pada tahun 2003?” Jelas ini adalah satu lagi cakap kosong oleh BN.

Pada waktu Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang memutuskan untuk menjual Taman Manggis melalui tender terbuka bagi mempromosi pelancongan perubatan dan membina hospital, tidak ada pun cakap-cakap untuk melaksanakan perumahan rakyat. Ini disahkan oleh pelan susun atur bagi tahun 2001 yang dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang oleh Jabatan Perumahan Negara di bahawa Kementerian perumahan kerajaan persekutuan, yang jelas menyebut bahawa tanah Taman Manggis adalah untuk ‘pembangunan akan datang’ (future development) tanpa menyebut tentang perumahan awam.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang bertindak pantas. Memandangkan tanah Taman Manggis seluas 1 ekar adalah terlalu kecil untuk perumahan awam, kerajaan negeri Pakatan telah memperuntukkan tanah SELUAS 11 EKAR (10 KALI LEBIH LUAS) di Jalan SP Chelliah untuk membina rumah mampu milik dan rumah kos sederhana rendah. Tender terbuka bagi projek tersebut telah dijalankan pada 2013 dan kerja-kerja membina 2,093 unit telah bermula dengan kadar siap 20%. Jika bukan kerana dimangsakan oleh Kementerian Perumahan dengan melengahkan Lesen Pemaju dan Permit Iklan (Advertising Permit and Developer License) sehingga satu tahun untuk projek ini, pastinya projek ini sudah siap lebih daripada 20%.

Adakah Gerakan sekarang hendak mendakwa bahawa BN juga telah merancang untuk menggunakan Jalan SP Chelliah untuk membangunkan perumahan awam bertahun-tahun lalu, tetapi tidak boleh menjawabnya kerana apa? kerana Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang telah bertindak pantas memulakan pembinaan dan sememangnya BN UMNO tidak mempunyai rekod untuk di buktikan bahawa mereka juga telah merancang sebelum ini.

Sebenarnya Kerajaan negeri BN dibawah Gerakan waktu itu tidak pon berbuat apa-apa rancangan pembangunan terhadap Jalan SP Chelliah yang berjumlah 11 ekar.



Tidak mengetahui nilai rumah LGE adalah berkait pembohongan Umno yang nilainya ialah RM6.5 juta. Satu lagi pembohongan BN ialah kenyataan bahawa LGE kononnya tidak tahu nilai rumah DIA sedangkan LGE telah menandatangani perjanjian jual beli dan membayar duti setem. LGE telah menjawab soalan samada rumah NYA berharga RM6.5 juta seperti yang didakwa Umno. LGE dengan jujur berkata bahawa DIA tidak tahu rumah NYA bernilai RM6.5 juta kerana LGE Ketua Menteri dan bukan ejen hartanah. Jawapan LGE merujuk penipuan RM6.5 juta oleh Umno turut diletak di muka depan akhbar The Star (lihat lampiran) namun tetap diputarbelit.

BN sedang cuba membandingkan LGE dengan kes rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo, bahawa pembelian rumah LGE adalah berkait tuanpunya rumah tersebut mendapat manfaat daripada penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis kepada sebuah syarikat KLIDC. Tuan rumah tersebut telah menyatakan bahawa beliau menjual rumah itu kepada LGE atas kerelaannya sendiri. BN tidak menghiraukan bahawa penjualan tanah kepada KLIDC dilakukan secara tender terbuka, dan tuan rumah LGE bukanlah pengarah atau pemegang saham KLIDC. KLIDC juga bukanlah anak syarikat kepada mana-mana syarikat tuan rumah LGE.

Atas sebab ini, Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang dan LGE sendiri tidak ada apa-apa untuk disembunyikan dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh SPRM, yang telah melawat pejabat LGE semalam.

Namun walaupun kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang melaksanakan ketelusan dan akauntabiliti di tahap yang paling tinggi, BN akan boleh mengubah hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam. Adakah pemimpin BN akan melakukan seperti yang telah LGE lakukan?, dengan menjemput media ke rumah, melakukan pengisytiharan harta dan menampilkan siapakah penderma RM2.6 bilion?

TIDAK MUNGKIN KERANA BN UMNO HANYA MAHU KONSPIRASI INI BERJALAN SEMPURNA SEPERTI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI MEREKA SENDIRI SEPERTI KERAJAAN KEDAH DI BAWAH Dato' Seri Paduka Mukhriz bin Mahathir DAN TERENGGANU DI BAWAH Datuk Seri Ahmad Said.

Akhir sekali saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bersatu hati membenamkan BN UMNO pada PRU 14 nanti. Kospirasi, Rasuah dan keteresan selama ini yang dilakukan BN UMNO adalah lebih besar DOSA terhadap rakyat.

Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat / Harapan Pulau Pinang dan Selangor yang telah terbukti selama dua penggal tidak harus di jadikan mangsa. BN UMNO WAJIB DIHAPUSKAN DALAM PETA POLITIK TANAH AIR ATAU MELETAKAN MEREKA SEBAGAI PEMBANGKANG BERMULA 2018. - Abu As Siddiq
Guan Eng : Will police be fair to me and Phang?...

Penang Chief Minister Lim Guan Eng today urged Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar to give him and Phang Li Koon the right to be investigated fairly, impartially and professionally.

He further added that Khalid should also be consistently efficient by applying the same standard of professional diligence to police reports against BN as they apply against Pakatan Harapan leaders.

“The unusually quick response of Khalid towards an Umno Youth police report begs the question whether the IGP can be consistently efficient, by applying the same standards of professional diligence to police reports against BN as they apply against Pakatan Harapan leaders.

“The IGP had responded barely 48 hours after Umno Youth lodged a report against Phang Li Koon, who sold her house to me, allegedly for making a false statutory declaration (SD),” he said in a statement today.

Responding to Khalid's remarks yesterday that Lim would be called in by the police as a witness, Lim added that he would be “happy to assist and co-operate, as I have nothing to hide”.

“However, we have never seen such a speedy response to investigate or call the prime minister or ministers as witnesses, when police reports are lodged against BN leaders over the 1MDB RM42 billion or the RM2.6 billion donation scandal.

“This only deepens suspicions that BN is mobilising its entire government machinery against me,” he said.

Lim also dismissed Umno Youth's so-called evidence that Phang has business dealings with the Penang state government.

“They cited a company which she owns 20%, being listed in the directory for employment agencies of the InvestPenang website.

“What Umno Youth fails to mention is that the company mentioned is not the only company listed, but one of the 30 employment agencies listed,” he said.

He added that there were many other lists for auditors, banks, architects, construction companies and others as InvestPenang merely publicised the names and services of many companies operating in Penang.

These companies do not necessarily have any business dealings with the Penang government, he said, adding that any company can apply to be listed in the directory, which is similar to a mini Yellow Pages.

He also took a dig at the federal government by saying that his state government does not need the services of Phang to hire foreign workers as the Penang state government does not employ foreign workers as a matter of policy.

“We had even terminated the privatisation of rubbish collection in Majlis Perbandaran Seberang Perai because they were employing foreign workers, and replaced them with 2,500 local Malaysian workers.

“Can BN do the same? Will Phang and myself be given the right to be investigated fairly, impartially and professionally?”

Lim is in the limelight for buying a bungalow from Phang at below market price. Umno lawmakers have claimed that the bungalow deal was linked to another land deal involving state land and a private entity which also had links with Phang.

Yesterday, Khalid said the police have started investigation into the statutory declaration made by businesswoman Phang regarding the controversial sale of her bungalow to Lim.

Khalid said police opened the investigation following a police report made by Penang Umno Youth alleging that the statutory declaration was false.

"Yes, we received the report and we are probing the matter," he told reporters.

"‎We will also be calling the CM and Phang and other witnesses soon," he said.

On March 22, Phang signed a statutory declaration to refute allegations of corruption concerning the sale of her former Jalan Pinhorn home to Lim.

The next day, Penang Umno Youth lodged a police report alleging that the statutory declaration contains inaccurate information. - beritadaily

Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiri
Story kat SINI dan SINI  

Poster derma untuk Mat Sabu yang tersebar beberapa hari lalu.

cheers.

No comments: