04 October 2015

Mahathir ajak pengundi Pekan singkir Najib...



Mendakwa Datuk Seri Najib sebagai pencuri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Pekan memastikan Presiden Umno itu kalah dalam pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam sesi soal jawab di majlis minum petang Bicara Politik Bersama Tun Dr Mahathir di Hotel De Palma Ampang, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata sebenarnya Najib enggan meletak jawatan kerana "takut".

Sebabnya, pada pandangan Dr Mahathir, Najib bimbang dia akan dipenjarakan apabila siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Mengulas lanjut mengenai langkah yang boleh diambil orang ramai untuk memaksa Najib berundur, Dr Mahathir berkata, pengundi di Pekan (kawasan Najib) perlu membiarkan anak bekas perdana menteri itu kalah.

Tetapi pada masa sama, katanya, mereka perlu memastikan Umno tetap menang di tempat lain.

"Kalau dia tak mahu undur, jangan undi (Najib) di Pekan. Jangan bagi Umno kalah (di tempat lain) tetapi kalahkan Najib," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis itu dianjurkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang terletak di bawah bahagian Pandan.

Tapi biar Umno menang

Untuk menjayakan perancangan itu, Dr Mahathir berkata, penyokong Umno perlu berpakat dengan bijak.

"Kalau orang Melaty bijak, (mereka) akan pastikan (calon Umno) Pekan kalah.

"Boleh atau tidak kita berpakat, ia ditentukan oleh orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah tetapi biar Umno menang," kata Dr Mahathir lagi. 


Dalam sesi itu juga Dr Mahathir mahu ahli Umno memikirkan kepentingan bangsa Melayu terlebih dulu berbanding kepentingan parti.

Justeru, Dr Mahathir mencadangkan supaya ahli parti itu belajar daripada masyarakat Cina yang bersatu apabila "kepentingan mereka terancam".

"Saya lihat orang Cina kalau kepentingan kaum itu terancam mereka mereka akan lupakan kepentingan parti mereka terlebih dahulu," katanya.

Baru bencana berakhir

Sementara itu Dr Mahathir berkata, nilai ringgit dan keadaan ekonomi negara akan pulih jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Katanya, skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib selain isu derma RM2.6 billion merupakan penyumbang utama kepada penurunan mata wang yang kini mencecah RM4.45 bagi setiap AS$1.

"Saya yakin kalau Najib tidak jadi perdana menteri, nilai mata wang kita akan meningkat, barulah bencana akan berakhir.

"Nak selesai itu hanya kalau Najib tidak ada. Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai," katanya kepada media selepas majlis berakhir.

Jelas Dr Mahathir, pendiriannya itu dibuat berdasarkan kenyataan pernah dikeluarkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini. - mk

Di bawah adalah video ucapan Tun Mahathir di Majlis HiTea anjuran Umno Taman Cempaka bertajuk Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa...

HiTea Bersama Tun - Umno Taman Cempaka Part 1

Hitea Bersama Tun - Umno Taman Cempaka Part 2

Berikut adalah sesi soal jawab dan sidang akhbar

Tun Mahathir Hitea Umno Taman Cempaka Sesi Soal Jawap part 1

Tun Mahathir Hitea Umno Taman Cempaka Sesi Soal Jawap part 2

Tun Mahathir Hitea Umno Taman Cempaka Sesi Soal Jawap part 3

Tun Mahathir Hitea Umno Taman Cempaka Press Conference

mahathir,muhyiddin
Mahathir to Muhyiddin: Ignore insults, get Najib out...

Umno deputy president Muhyiddin Yassin has been urged to ignore insults and make it his priority to get Prime Minister Najib Razak, to step down.

Former premier Dr Mahathir Mohamad said this at a high-tea forum by the Umno branch in Pusat Bandar Taman Cempaka at a hotel in Ampang here today.

“The priority is that we want Najib to step down from being the prime minister. Whatever other people want to say, or insult him (Muhyiddin), that is secondary,” he said during the event.

Muhyiddin was dismissed from the Cabinet as deputy prime minister on July 28 after controversial remarks about the government investment arm 1Malaysia Development Bhd, and urging Najib to answer all allegations pertaining to him at a time when news reports revealed a reported US$700 million deposit in his personal bank accounts.

Dr Mahathir said Muhyiddin was afraid that people would say that he wanted to get rid of Najib and become the prime minister himself.

Later, asked to his comment on the deputy agriculture minister Tajuddin Abdul Rahman’s remark that he would slap Malaysian Chinese who complained about the country’s problems to outsiders, Mahathir said Tajuddin only seemed brave because he was in the government. “He wants to slap them? Ask him to slap them lah. He can only talk. When he’s in the government he’s brave, but outside, he is not.” - fmt




cheers.

No comments: