08 August 2015

Pegawai SPRM yang jumpa pembangkang pun kena tukaq...

Story kat SINI dan SINI   

 
Kit Siang sad opposition handshake led to transfer...

Lim Kit Siang is saddened that Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) strategic communication director Rohaizad Yaakob was transferred a day after the latter met with opposition leaders and lawmakers.

"I feel very bad the officer was removed after he met opposition MPs and politicians (yesterday)," he told Malaysiakini.

Rohaizad had received the delegation of opposition leaders at the MACC headquarters in Putrajaya yesterday and thanked them for their support.

Criticising the transfer of Rohaizad (photo) and special operations director Bahri Mohd Zain to the Prime Minister's Department, the DAP supremo said it revealed that the "madness in Putrajaya continues."

He said Home Minister Ahmad Zahid Hamidi, who is also the deputy prime minister, must have realised the government went overboard and following public pressure, was forced to guarantee no more arrests of MACC officers.

"But now, it seems the intimidation and hideous means still continues. This is not good," he noted.

In a sudden change of event this evening, both officers were transferred to the Prime Minister's Department, with immediate effect.

Bahri was overseeing the probe on the Finance Ministry-owned SRC International Sdn Bhd, including the transfer of RM42 million into Prime Minister Najib Abdul Razak's personal bank accounts.

Najib is also the finance minister. - mk


Pegawai terima kunjungan pembangkang pun ditukar serta merta


SPRM kian yakin sengaja diganggu...

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin yakin polis sengaja mahu mengganggu siasatan mereka terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber SPRM berkata, agensi antirasuah itu mempunyai sasaran atau tarikh akhir melengkapkan siasatan kes berprofil sangat tinggi itu.

Justeru, katanya, mereka yang ditugaskan bekerja siang malam pada Ramadan lalu, malah sesetengahnya bersahur di pejabat.

"Ramai saksi kami ditahan polis di balai atau Bukit Aman apabila mereka disasarkan terlebih awal, namun apabila penyiasat SPRM berjaya menemui saksi utama, polis menahannya.

"Menjadikan keadaan lebih buruk, kini pegawai SPRM yang menyiasat kes itu, termasuk timbalan pendakwa raya juga ditahan," katanya.

Sumber itu berkata, walaupun polis menafikan mereka ditahan, pegawai terbabit hanya dibebaskan selepas diikat jamin RM10,000.

Malah, katanya, salah seorang daripada pegawai terbabit menghabiskan satu malam di dalam lokap.

"Macam mana polis menafikan mereka ditahan apabila mereka dikenakan ikat jamin? Mereka boleh menipu orang awam tetapi tidak boleh menipu seseorang yang memahami undang-undang," kata sumber itu.

Kalau bukan tangkap, apa?


Sumber yang enggan didedahkan identitinya itu menambah, polis memang mengetahui undang-undang tetapi melanggarnya kerana ada seseorang atau pihak tertentu di belakang mereka.

Setakat ini tujuh anggota SPRM dipanggil memberi keterangan oleh polis, bermula dengan timbalan pendakwa raya, Ahmad Shazalee Abdul Khairi pada Sabtu lalu.

Pegawai terakhir diambil polis ialah Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai pada Rabu.

Syarikat SRC International disiasat berhubung pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) bernilai RM4 bilion kepada 1MDB, serta pemindahan dana RM4.2 bilion ke akaun persendirian Najib.

Polis kemudian menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat hasil siasatan mereka dan kes berkenaan dikategorikan menurut Seksyen 194 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM, Datuk Mustafar Ali (gambar) turut merungut apabila menganggap polis campur tangan dalam siasatan agensi berkenaan, manakala bekas pengarah operasi khas badan itu, Datuk Bahri Mohd Zain mendakwa ada tangan ghaib di belakang tindakan berkenaan.

Polis menafikan dakwaan pegawai SPRM itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menegaskan, tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap SPRM.

Ditanya komennya mengenai janji Ahmad Zahid, sumber itu berkata: "Anda percaya pada ahli politik?"

Mula-mula, katanya, mereka mendakwa pegawai SPRM tidak ditahan tetapi tiga daripada mereka - termasuk Ahmad Shazalee - dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000.

"Jika itu bukan penangkapan, saya tak tahulah.

"Mereka menyerbu pejabat dan rumah kami dan sesetengah anggota SPRM bermalam di lokap. Apa semua ni?" katanya.

Sementara itu seorang lagi sumber memberitahu, moral petugas SPRM kini terjejas akibat tindakan polis sebelum ini.

"Ya, kami perlu menghadiri sesi kaunseling dan berkumpul untuk memberikan sokongan antara satu sama lain," katanya.

Pada 4 Ogos lalu, SPRM mengadakan solat hajat diimamkan timbalan pesuruhjayanya, Datuk Zakaria Jaafar, bagi memohon kepada Allah memberikan mereka kekuatan.- mk

 
 
 Siapakah penderma RM2.6 bilion...

Perdana Menteri wajib mendedahkan siapakah penderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya seperti yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barangsiapa, yang menjadi penjawat awam menerima sesuatu benda yang berharga dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya, melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?.

Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan Perdana Menteri belum dipanggil memberikan keterangan?

Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?

Jika SPRM bersifat telus dalam penyiasatan dan temuannya, SPRM harus mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma dan setiap daripada mereka hendaklah disiasat apa tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

Najib mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia najis yang berbau kini tiada kena mengena dengan beliau.

Apa lagi di waktu penyiasat jenayah pula ditahan dan diburu. Oleh negara atau oleh penjenayah yang diburu?.- Datuk Husam Musa


Din - Najib enggan dedah identiti penderma...

Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.


 

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.


Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.

 
Muhyiddin berkata, beliau juga tidak tahu apa yang berlaku selepas wang dalam akaun peribadi perdana menteri selepas akaun itu ditutup pada 2013.

Katanya, beliau juga tidak mahu membuat spekulasi sama ada wang RM2.6 bilion itu merupakan satu bentuk derma atau perkara lain.

Tambahnya, beliau juga mungkin dihadapkan ke lembaga disiplin Umno kerana mendedahkan kandungan pertemuan dengan Najib.

Ucapan Muhyiddin hari ini sekali gus menafikan dakwaan pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, bahawa beliau mengetahui mengenai derma tersebut memandangkan beliau merupakan timbalan presiden Umno. - mk

 
 
PM refused to tell me who donated RM2.6b...

Prime Minister Najib Abdul Razak had refused to disclose details of the Middle Eastern individual who donated RM2.6 billion even to his deputy Muhyiddin Yassin.

The Umno deputy president, who was dropped from the Cabinet last Tuesday, said he confronted Najib on the matter after The Wall Street Journal report on July 3.


"I asked him where the contribution came from, and he (Najib) said 'from the Middle East, but cannot tell the name'," he said in his speech at the Pagoh Umno Wanita, Youth and Puteri wings annual meet in Johor today.


Muhyiddin also claimed that Najib told him that the Middle Eastern donor wanted the RM2.6 billion deposited into the prime minister's personal bank account.


 
 
"I asked him (Najib), why did it go into your account? He replied, 'The donor told me to put it in my account,'" he said.


"Do I believe it? Bila orang bagi tau tu percaya je la (When someone tells you something, just believe it)," he added.


Muhyddin said he was only informed about the RM2.6 billion deposit after the WSJ exposed the issue."


After the WSJ incident the party president called me to his office, witnessed by the Umno secretary-general (Tengku Adnan Tengku Mansor) and treasurer (Husni Hanadzlah)," he revealed.

It was then that Najib told him the details of the donation which were talked about in the leaked video.




Will not speculate

Muhyiddin also said he did not know what happened to the money in the PM's personal banks accounts after it was closed in 2013, as revealed by the special task force last month.

He said he also did not wish to speculate whether the RM2.6 billion was a donation or some other thing.

However he said that he may be called to face the Umno disciplinary committee for revealing what Najib had told him.

The MACC has said that the money is not linked to state-owned 1MDB.

The commission also said it has interviewed the mystery donor and will now quiz Najib over the donation.

Muhyiddin was denying claims by BN strategic communications chief Abdul Rahman Dahlan that he was aware of the donations since he was the deputy Umno president. - mk





Embedded image permalink

cheers.

No comments: