25 February 2014

Zaid pernah 'jilat' Anwar,Khalid Ibrahim ragu2 kajian Umcedel dan Malaysiakini kena simbah cat merah...


Beza saya dengan Zaid Ibrahim, dia pernah ‘jilat’ Anwar, kata pengarah Umcedel...

Datuk Zaid Ibrahim tidak memberikan fakta yang betul dalam menafikan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Redzuan berkata, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.

“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah.

 “Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Semalam, Zaid mempertikaikan kajian Umcedel dengan mengatakan Anwar mempunyai pengaruh dalam kajian badan itu berkaitan PRK DUN Kajang yang menghasilkan dapatan positif kepadanya.

Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

“Beza saya dengan orang lain, saya bersangka baik dengan semua orang tidak kira Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Anwar.

“Saya tidak pernah hina Anwar, kalau saya hina mungkin sudah jadi timbalan menteri sekarang,” kata Redzuan sambil tertawa.

PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya dijadualkan pada 11 Mac selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.

Peletakan Anwar sebagai calon DUN Kajang dikatakan untuk meredakan ketegangan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dalam kajian yang dibentangkan minggu lalu, Redzuan berkata, pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukan pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).

Katanya, pengundi di Kajang juga melihat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian mencalarkan reputasi suruhanjaya itu apabila 48% responden mengakuinya dengan sokongan pecahan Cina (57%), India (42%) dan Melayu 41%.

Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid yang juga bekas ahli PKR berkata, Anwar dan Redzuan seangkatan dalam Abim.

"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Abim,” kata Zaid dalam blognya.

Mengulas kenyataan menteri besar Selangor yang tidak bersetuju dengan kajian Umcedel berhubung sokongan pengundi Kajang terhadap Anwar sebagai menteri besar Selangor, Redzuan berkata: “Khalid mungkin tidak faham metodologi kajian, 59% bukanlah angka yang besar, lainlah 80%.” – tmi


Khalid Ibrahim persoal kajian Umcedel...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung kajian mereka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki sebagai ke jawatan tersebut.

Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM) semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.

"Apabila ditanya, ada rakyat beri jawapan dan ada yang tidak beri jawapan, itu hanya status akademik UM," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Pada 20 Februari lalu, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor.

Dalam laporan itu juga, Khalid berkata isu penggundurannya tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana memberi fokus kepada pilihan raya kecil DUN Kajang terlebih dahulu.

"Dalam Pakatan dan PKR, kita mesti selesai pilihan raya Kajang dulu. Lepas itu kalau adda apa-apa hendak dibincangkan, kita akan bincang. Survey atau tidak itu adalah kajian yang dibuat.

"Dari segi perbincangan Pakatan (mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor) yang baru, ia akan dibincangkan (kalau perlu) lepas PRK Kajang,"katanya.- malaysiakini



Forensik polis bawa itik, poster Teresa untuk siasatan...

Sepasukan polis unit forensik Ibupejabat Polis Brickfields membawa itik dan tiga keping poster Teresa Kok yang dimasukkan ke dalam plastik mengandungi beras dan jarum yang dicelup cat merah bagi tujuan siasatan.

Pegawai forensik memulakan siasatan di Malaysiakini kira-kira jam 1:30 petang ini sejurus selepas anggota polis unit siasatan selesai mendapatkan maklumat bahan bukti berhubung insiden simbahan cat merah di pejabat Malaysiakini pagi tadi.

Malaysiakini difahamkan bahawa itik tersebut dibawa ke makmal forensik untuk mengenalpasti cap jari yang terdapat pada tali rafia yang diikat pada kaki itik tersebut.

Selain itu, anggota forensik membawa enam plastik cat berwarna merah yang dilemparkan pada dinding bangunan serta papan tanda Malaysiakini untuk tujuan siasatan lanjut.



Sementara itu, simbahan cat merah ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Manakala, seekor itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Pada mulanya itik tersebut disangka mati kerana tidak bergerak. Manakala kotak itu tidak dibuka bagi menunggu siasatan polis.

Bagaimanapun apabila sebahagian penutup kotak itu ditarik, didapati itik itu masih hidup tetapi hampir tidak bergerak.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.


Kotak yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama itu juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya. - malaysiakini


video
Cat merah disimbah di Pejabat Malaysiakini


Khalid says Kajang survey favouring Anwar as MB not reliable...

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim has dismissed a recent survey by a think-tank attached with University of Malaya (UM), which found that Kajang voters were in favour of Datuk Seri Anwar Ibrahim replacing him as the Selangor Menteri Besar.

"I respect the rights of the academics to conduct such survey but I don't feel it represents the voters as a whole. So, we cannot rely on this information alone," said Khalid, as quoted by the New Straits Times, on the findings by UM's Centre for Elections and Democracy (Umcedel).

Among others, the survey found that voters in Kajang, who on March 23 will elect their new state assemblyman following the resignation of PKR incumbent Lee Chin Cheh last month, agreed that the by-election should be held, amid criticisms that it was a waste of public funds and abuse of the democratic process.

 PKR has defended the need for the by-election, saying Anwar's presence in the Selangor state assembly was needed. It is said that the plan, dubbed the "Kajang move", is to make way for Anwar to replace Khalid.

The UM survey, conducted on February 14 and 15, interviewed 576 voters in Kajang, making up 10% of its electorate.

But Khalid said even if the people in Kajang voted for Anwar, it did not mean they no longer trusted his leadership.

“They know what I have done and contributed since I first took office," he was quoted by the the New Straits Times.

Khalid again brushed aside speculation that Anwar would replace him as the MB.

"As I have said before, the discussion on who will become the next menteri besar will be discussed within PKR after we win the Kajang by-election because there is no use discussing it if we lose the seat," he added.

Anwar will be challenged by BN's Datin Paduka Chew Mei Fun and two former PKR members standing as independent candidates, Datuk Zaid Ibrahim and Yuktes Vijay. – tmi

Duck, red paint at Malaysiakini's office...

Red paint was splashed outside the office of independent news portal Malaysiakini in Bangsar Utama, Kuala Lumpur, this morning.

A cardboard box with a duck inside was left at the main entrance.

It was initially thought that the duck was dead, as there was no movement.

The box could not be opened all the way pending police investigations.

However, when the cover was partially lifted about noon, it was found that the duck was alive, but barely moving.

A photograph of DAP's Seputeh member of parliament Teresa Kok was taped to the box, with several others to the wall of the office.

These were wrapped in plastic bags into which rice grains had been placed.

The paint was thrown on the walls and floor, as well as the Malaysiakini signboard, at the four-storey building.

A motorcycle parked nearby was also splattered with the paint.

Malaysiakini graphics editor Azlan Zamhari, who was first to arrive at the office at 6.15am, said the paint was still wet.

"It was apparently thrown using five plastic bags,” he said.

A shop operator in the vicinity said that, when he arrived at 4.30am, the vandalism had already taken place.

A police report was lodged at the Travers police station at 10.40am.

Malaysiakini editor-in-chief Steven Gan said the news portal will not be cowed by such cowardly attacks.

"There is a closed-circuit television camera at the busy intersection outside the office. I hope it’s working," Gan said.

"We will be asking the police to check the footage so that we can nail the culprits."

Malaysiakini CEO Premesh Chandran said: "This is the work of agent provocateurs."

"It’s a vile attempt to silence those speaking up and, at the same time, to normalise the idea of violence.

"If nothing is done to stop such actions, if nobody is brought to book, we can expect things to get worse."

When contacted, Kok condemned the attempt to threaten Malaysiakini journalists.

"The fact that my photo is placed on the box shows that the perpetrators are trying to link Malaysiakini to my Chinese New Year video clip," she said.

She has decided not to lodge another police report, but urged the police to carry out a thorough investigation into the latest incident.

Asked why she thinks a duck was used this time around, Kok speculated:

"The culprits might want to show difference between a media organisation  and politician’s office."

The attack comes a week after red paint and a dead chicken were discovered on the staircase leading up to Kok’s office in Jalan Kuchai Lama.

The incident is believed to be linked to her political satire video clip ‘Onederful Malaysia CNY 2014’, which some had deemed to lampoon top personalities and issues in Malaysia.

Malaysiakini had reported extensively on the video as well as a protest in Kuala Lumpur on Feb 6, during which a group of Muslim NGOs offered a bounty to slap Kok.




cheers.

No comments: