26 February 2014

Selangor ambil alih pengurusan industri air...


Khalid Ibrahim dan Najib tandatangani MoU penstrukturan air Selangor...

Pertelingkahan berhubung isu air di Selangor dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

 Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambil alihan ini, ia diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Kerajaan negeri sebelum ini mengambil keputusan membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Bagaimanapun, menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, mereka menolak tawaran itu.

Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) juga sudah dikeluarkan KDEB.



Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih konsortium air di negeri berkenaan.

"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 menyatakan hasrat mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," katanya.

Kerajaan Negeri Selangor juga meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.

Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.

Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan Syabas sering bertelagah menyalahkan satu sama lain.

BN sering kali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut, dan mereka turut menjadikannya sebagai isu bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Khalid turut dilaporkan sebelum ini berkata masalah air di negeri Selangor hanya boleh diselesaikan jika PR berjaya menawan Putrajaya.- tmi

Kenyataan media bersama antara Menteri Besar dan Kerajaan Pusat... 


Finally, Selangor gets control of water industry...

The Selangor and the federal governments have reached agreement on the state’s takeover of all four water companies, which will receive compensation of RM9.65 billion.

Putrajaya will also inject RM2 billion into the deal to help the Selangor government to acquire the shares of the companies.

In return, Selangor will allow the federal government to proceed with construction of the Langat 2 water treatment plant.

This had been stalled by absence of local council approval, which the state had used to leverage its negotiations to take over the water companies, toward cost-efficient management.

This brings to a close a near five-year tussle between the two governments for control of Selangor’s water supply services.

Star Online reported that the memorandum of understanding (MOU) was signed by Energy, Water and Green Technology Minister Maximus Ongkili (left) and Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim at the Perdana Putra building in Putrajaya today.

Prime Minister Najib Abdul Razak and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin witnessed the signing, it said.

Malaysiakini was barred from covering the event and the press conference held afterwards by Ongkili, with Khalid alongside him.

However, information was obtained from an official from Khalid's (right) office, who attended the press conference.

The state government expects to complete the takeover process within three months, including share acquisition and employees.

It is understood that the companies will be managed by the state-owned Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

The Selangor government had run into a brick wall in dealing with the water concessionaire -  Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd - appointed during the BN-led administration prior to 2008.

The Pakatan Rakyat-led administration was therefore left frustrated in its attempts to bring about cost-efficient management of water services, reduction of non-revenue water and replacement of old pipes.- malaysiakini



Inilah mainan politik Melayu zaman moden,dulu đi Melaka sampai kering kawasan tadahan air...tak dak pun salahkan Ketua Menteri...ini pasal PR punya MB... semua salah dia...kalau Syabas dah tak boleh urus bagi saja kat kerajaan negeri utk urus,abis cerita...



cheers.

No comments: