28 January 2014

Jibby dan Din pun pernah jadi MB juga...


Anwar: Dari PM turun pangkat ke MB pula...

Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.

Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat bertiup.

Pagi ini Khalid mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia.

Rakyat Kajang sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid.

Jika Khalid digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar, sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan Azmin.

Inilah akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim.

Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR. Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju.

Menurut Syed Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Jadi PKR meniru BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang boleh menjadi Menteri Besar Selangor?



Menurut ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar Ibrahim sebagai menteri besar?

Jika Sultan Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor.

Kesanggupan Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor pula?

Adakah kerana cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi? Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya.

Menyedari hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri Besar?

Atau adakah Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? 

Beliau nampak jika krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah. PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para pemimpin PAS.

Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.-fmt

PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang

Selangor bakal melayang seperti Kedah... 

Khalid di'mangsa'kan?, 'Kajang' melipat layu...Anwar masih ber'dengus' kot?


The MB must be must be an 'anak jati' Selangor...

Anwar Ibrahim will be the Pakatan Rakyat candidate for the Kajang state seat by-election, said Selangor Menteri  Besar Khalid Ibrahim today.

Speaking to reporters at the PKR headquarters here, Khalid said this was a collective decision made by Pakatan.

He also confirmed that that PKR’s Lee Chin Cheh had resigned as the state rep effective yesterday but did not state his (Lee’s) reasons for doing so.

At the same press conference, Anwar thanked Lee for his service as the state rep.

Anwar also said he was chosen as the candidate to ensure a strong victory in the by-election.

Lee in a statement late yesterday had said that he was stepping down for the common good of Pakatan.

The announcement of Anwar as the candidate adds credence to speculations that he is going to replace Khalid as the state MB if he wins the by-election.

The PKR hierarchy feels this is the only way to stop the bitter infighting between Khalid and Azmin Ali, who is the Selangor PKR chief and party deputy president, from causing further division in the party.

However concerns are being raised if the Sultan of Selangor would agree to the idea of Anwar becoming the state MB.



Constitutional crisis in Selangor?

Popular blogger Raja Petra Kamarudin said that the candidate being proposed to replace Khalid as the MB must be Selangor born.

“If this person were to be an outsider, meaning not Selangor born, then His Highness would never consent to this person taking over as the new Selangor Menteri Besar,” he said in his latest posting in his Malaysia-Today portal. Anwar, who is the Permatang Pauh MP, was born in Penang.

Raja Petra, a Selangor royalty in close contact with the royal household, also questioned if the Selangor Sultan would consent to Khalid being removed and replaced with Anwar.

“And does His Highness have the authority to say no?

Lastly, how's the Sultan relationship with Anwar? Remember 2012 National Day celebration event?

“In Perlis, Perak (on two occasions), Terengganu (on two occasions), Pahang, Johor, Negeri Sembilan, and even in Selangor on one occasion in the past, the state rulers have had a say in who becomes Menteri Besar. So why should that change now?

“And if His Highness says no to Khalid being removed and replaced with an outsider, are we going to see a constitutional crisis in Selangor like what we saw in Perak in 2009 plus many other states before this?” he asked.

Anwar: I am not replacing Khalid

However Anwar told the media that he would not be replacing Khalid as the MB even if he wins the Kajang seat. He did not elaborate on this.

He further said that Barisan Nasional should not contest in the by-election if the Election Commission was concerned about the election expenses.

Azmin meanwhile said the decision to pick Anwar as the candidate was a collective one made by the party, and that he was happy with it.

When reporters asked Khalid if he supported Anwar’s candidacy,  he said: “If I did not agree, I won’t be here”.

In the 2013 general election, first-timer Lee won the Kajang seat for PKR in a six-cornered fight with 6,824-vote majority.

He garnered 19,571 votes, followed by BN-MCA’s Lee Ban Seng with 12,747 votes and Berjasa’s Mohamad Ismail (1,014). Three independents got between 83 and 249 votes each.

A defeat for Pakatan in this by-election would not affect Pakatan’s control of the state as it won 44 of the 56 state seats in the last GE. BN won the remaining 12.- fmt




cheers.

No comments: