Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat Rafizi di dalam Parlimen itu sebagai fitnah di bulan Ramadan dan kecewa mereka difitnah sedemikian rupa, beliau juga menafikan terbabit dalam urusan pembelian dakwat itu sambil mengatakan ia diuruskan urusetia SPR yang diketuai Setiausaha badan itu, Datuk Kamaruddin Baria.
Kamaruddin pula kemudiannya turut menafikan mengenali pemilik syarikat Intergrated Challenger (M) Sdn Bhd iaitu Mohamad Salleh Mohamad Ali, yang didakwa Rafizi sebagai pembekal dakwat itu sambil menuduh Rafizi sengaja membuat pendedahan mengenainya di dalam Parlimen kerana mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.
Dengan membuat dakwaan bahawa Rafizi sengaja berselindung di sebalik kekebalan undang-undang sebagai Ahli Parlimen, Kamaruddin seolah-olah memperkecilkan butiran pendedahan yang dibuat Rafizi itu dan dalam masa yang sama takut diambil tindakan mahkamah jika pendedahan itu tidak benar.
Dalam erti kata lain atau secara halusnya, Kamaruddin seolah-olah mencabar Rafizi membuat dakwaan yang serupa di luar Parlimen supaya beliau boleh mempertahankan dirinya daripada segala dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang.
Dalam masa beberapa hari, isu pembekalan dakwat kekal itu juga menjadi panas dalam perbahasan di Parlimen. Sambil ada Ahli Parlimen yang mahu membawa Rafizi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat dakwaan tidak benar, Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya membuat keputusan supaya Rafizi mengulangi apa yang didedahkannya di dalam Parlimen itu di luar Parlimen pula supaya orang yang dituduhnya dapat mempertahankan diri dan menjawab segala dakwaannya.
Semalam, Rafizi menunjukkan keberaniannya dengan memenuhi permintaan Speaker itu dan membuat sidang akhbar di luar Parlimen bahawa Mohamad Salleh Mohamad Ali dan syarikat miliknya, Intergrated Challenger (M) Sdn Bhd adalah pembekal dakwat kekal kepada SPR untuk kegunaan dalam pilihan raya umum lalu dan memperolehi kontrak itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan itu.
Beliau juga membuat pendedahan bahawa sebuah lagi syarikat yang dikawal Mohamad Salleh iaitu Nash Ventures Sdn Bhd, turut mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR. Kedua-dua syarikat itu juga didakwa Rafizi memperolehi kontrak itu melalui rundingan terus dengan SPR.
Nah, sekarang Rafizi sudah memberi peluang kepada SPR yang sebelum ini menafikan segala dakwaan itu dan menuduh Rafizi berselindung di sebalik kekebalan sebagai Ahli Parlimen, untuk menjawab, menceritakan kebenaran dan mengambil tindakan mahkamah sekiranya dakwaan itu tidak benar.
SPR melalui Aziz Yusof, Wan Ahmad atau Kamaruddin tidak seharusnya berlengah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang jika segala dakwaan Rafizi itu tidak benar. Tiada ruang lagi untuk mereka sekadar menafi tanpa bukti atau berdiam diri selepas ini.
Bagaimana rakyat hendak percaya dan yakin dengan kewubawaan SPR sedangkan untuk memilih dakwat kekal yang cukup mudah itu pun tidak mampu dilakukan dengan sempurna.
SPR tiada pilihan lagi sekarang ini. Jika segala dakwaan Rafizi itu tidak benar, saman dan tuntutlah permohonan maaf, ganti rugi atau apa saja daripada Rafizi. Berdiam diri atau sekadar menafikan dalam sidang akhbar bukan lagi jawapannya di peringkat ini.
Jika SPR terus berdiam diri selepas ini dan tidak juga mahu mengambil tindakan undang-undang, persepsi rakyat amat jelas bahawa mereka adalah dipihak yang salah dan Rafizi di pihak yang benar. Hanya tindakan undang-undang boleh membersihkan nama SPR.
Tetapi jika kebenaran tidak mampu dipertahankan lagi, langkah terakhir yang boleh dibuat hanyalah dengan mengundur diri atau menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai pengendali badan itu. Berdiam diri dan di ketika yang sama sama terus berada dalam SPR, adalah tindakan paling memalukan dan tidak bermaruah.
Semua pilihan di tangan SPR sepenuhnya sekarang. – shahbudindotcom,malaysian insider
EC still mulling suing Rafizi over indelible ink claims...
The
Election Commission (EC) said it is still mulling whether it would take
legal action against Pandan MP Rafizi Ramli for his allegations on the
indelible ink supplier for the 13th general election.
“Never mind if (Rafizi) wants to say it during the fasting month, let him face the consequences.
“We don’t have time to entertain people who spread lies yet,” EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar told a press conference at the Gong Kedak Air Force Base today after inspecting the advance voting process.
He was asked to respond to Rafizi’s allegation in Parliament that he and his chief Abdul Aziz Mohd Yusof had close ties with the supplier of the indelible ink for the last general election, which many voters had later complained was easily removed.
Rafizi later repeated his allegation outside the Parliament, without the benefit of parliamentary immunity from legal action.
“These (claims) are absolutely untrue and I consider it a slander and a lie. Even in the fasting month, he says things like that,” Wan Omar lamented.
He reiterated that neither he nor Abdul Aziz deal with procurement directly. Instead, the task is entrusted to the secretariat and EC secretary Kamaruddin Baria, he said.
“(They) follow the treasury’s instructions exactly. Every officer is accountable,” he added.-malaysiakini

cheers.
No comments:
Post a Comment