04 July 2013

Berahim katak mau jadi pemandu teksi,balun gomen Najib dan UMNO/BN kaw...kaw...

Berahim katak nak hidup sebagai seorang pemandu teksi. nak harapkan belas kasihan dari UMNO.Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang 'simple' - sederhana, tegas Presiden Perkasa.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas pilihan raya umum ke-13. Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.


“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,” tegas Presiden Perkasa.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO yang politikal.



“Perkasa adalah badan bukan kerajaan yang politikal, tetapi Perkasa bukan parti politik. Saya masih lagi aktif di dalam dunia politik bersama Perkasa” beliau menegaskan.

Dalam pada itu, Perkasa telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa baru di dalam NGO tersebut. Turut diwujudkan adalah jawatankuasa perpaduan dan kepentingan nasional.

`NGO antara kaum’

“Kami akan membuka majlis NGO antara kaum supaya masing masing memahami nilai dan budaya antara kami. Kami juga akan mengadakan kongres kepentingan nasional menjurus kepada isu keselamatan negara.

Isu negara adalah isu nombor satu bagi Perkasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Ketika diminta mengulas isu rang undang-undang pentadbiran agama Islam 2013, Ibrahim menegaskan supaya isu ini tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak. “Saya meminta pada semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini. Dalam hal ini rujuklah kepada al-Quran dan Hadis” ujar beliau.

Selain itu, Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu. “Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”-f.bk


 

Perkasa kesal gomen Najib lebih hargai kumpulan ‘biadap’...

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.

"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.

"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.

"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya.

Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang bakal mereka ambil tetapi menegaskan mereka kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran supaya tidak mempersoal langkah yang akan diambil.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

"Kami berjuang untuk agama, bangsa dan negara... perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata," tambahnya lagi.

Kedua-dua calon Perkasa iaitu Ibrahim dan Naib presidennya, Datuk Zulkifli Noordin tewas pada PRU13 dan sejak itu, mereka 'tersisih' dari arus politik perdana.-malaysian insider


lawak politik perkasa ibrahim ali

Ibrahim slams UMNO and BN for 'not listening to Perkasa'...

Perkasa president Ibrahim Ali has today expressed the movement’s frustrations at Umno and BN for not listening to its views and hinted that they will go to a group that appreciates them.

Speaking at a press conference after a two-month hiatus following his defeat in the general election, Ibrahim said it seems that the prime minister and deputy prime minister only appreciate pressure groups like Dong Zhong, meeting Christian pastors and signing a memorandum with the Malaysian Hindraf Association.

"There are many demands by other pressure groups which are given much attention. We tried to cooperate with them (Umno and BN) but they take things for granted.

"Other pressure groups can threaten and the government accorded them special attention," he said.

"Have you seen in our meetings where the prime minister or the deputy prime minister will come and officially open them? So in the near future, we will go to the people who love us.

"This is the law of nature. We will continue with the struggle and will support the group that appreciates us."

NONEHe warned that he would not hesitate to highlight the failures by the BN and Umno government directly to the kampung folk.

Ibrahim (right) said if the Malays failed to get scholarships, for example, he would not hesitate and point this out to those in the rural areas.

The vocal leader also said Umno leaders may preach to the people to live modestly, or ask the children to study locally, but yet they do not show such examples when they they live extravagantly and even practice corruption.

"That will be their downfall," he warned, adding that now we have a knowledgeable society who can view such things clearly.

His plans

During the press conference, Ibrahim also announced the formation of four new bureaus including one on improving racial relations and national interests.

Quizzed on his immediate and future plans following his defeat in the election, Ibrahim said he is will still be Perkasa president and jokingly said that he can apply for taxi permits and drive taxis.

"Maybe I can become a petrol pump attendant or work as a waiter," he joked.

Asked on his response over the furor on the amendments to the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 2013, Ibrahim said as a Muslim the guidance is from the Quran and Hadith and it is our obligation to follow these.

"The most important thing is that we should not politicise the matter and resolve it. I would also like to know PAS’ official stand on this issue," he said, adding that whatever the reply, he hoped it is not made due to political interests.-malaysiakini



cheers.

No comments: