03 September 2012

Pakatan Rakyat mahu tukar kerajaan, bukan bendera...

Pakatan berhasrat mahu menukar pemimpin kerajaan yang ada bukannya menukar bendera, kata AJK PAS PUsat, Ustaz Idris Ahmad.

"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk menteri Umno yang mendakwa Pakatan mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila menang nanti.

Bagi beliau, aksi ini dibuat selepas gagal menyekat rakyat ke perhimpunan menjelang kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini.

Apabila gagal menyekat kebangkitan rakyat menghadiri Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 maka berbagai isu  dibangkitkan oleh pemimpin Umno dengan tujuan  tuntutan pilihanraya bersih dilupakan, katanya.


Mereka cuba menimbulkan isu kononnya Pakatan Rakyat hendak menukar bendera, dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak tukar Perlembagaan.


"Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin Umno dalam isu bendera hendak ditukar.

"Bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?.

"Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian? 


"Janganlah membuat provokasi dan tohmohan yang bukan-bukan kepada Pakatan," kata Idris dalam kenyataannya.

Sebelumnya, kata Idris (gambar), dituduh Pakatan Rakyat hendak menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Bagi beliau, kalau pun hendak menang pilihanraya janganlah kenyataan yang terlalu bodoh  dikeluarkan oleh mereka yang bertaraf menteri.

"Biarlah kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh bloger upahan Umno sahaja," katanya.

Bagi Idris, kerana terdapat beberapa bendera yang bukan bendera Malaysia terus ditohmoh kepada Pakatan Rakyat hendak tukar bendera adalah tohmahan tidak tepat.

"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.

Seterusnya, beliau bertanya, tindakan pemimpin Umno yang memfitnah  Pakatan hendak menukar bendera tanpa bukti rasmi, apakah pula status Umno dengan komunis.

"Bukankah Umno pernah  mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China (PKC)  5 Oktober 2010," katanya.  

Lebih bahaya lagi  menurut Tengku Adnan Tengku Mansur selaku Setiausaha Agung Umno mengatakan, Umno  akan hantar Putera Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan PKC.

"Adakah rakyat juga boleh tuduh Umno hendak menjadikan negara ini  komunis?" soalnya.- harakahdaily

Tukar Jalur Gemilang satu dakwaan ‘gila’



Replacing the national flag: Chasing fantasy demons...

As tension continues to mount ahead of the imminent general election, almost the entire top hierarchy of the incumbent Barisan Nasional government appears to have gone bonkers.

Two apparently well-meaning youths displayed a flag that looked similar but different from the national flag as a token to commemorate unsung heroes of independence at an independence eve rally, and lo and behold, the entire top leadership of Umno jumped instantly into a frenzy of wild accusations against the opposition without any proof.

azlanPrime Minister Najib Abdul Razak accused the opposition of wanting to replace the national flag and warned of many more undesirable changes including the institution of royalty, should the opposition alliance come into power.

International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed warned of a plot to amend the constitution and to turn the current constitutional monarchy into a republic.

Agriculture and Agro-based Industries Minister Noh Omar said that in wanting to replace the national flag, the opposition has lost direction and shown signs of being power crazy even before they are in power.

Home Minister Hishammuddin Hussein said he would act decisively against the “perpetrators of the provocative act”, adding that the police have started investigations, and the attorney-general will prosecute upon obtaining sufficient evidence.

Many other Umno ministers also launched similar attacks against the opposition simultaneously, including Rural and Regional Development Minister Mohd Shafie Apdal and Youth and Sports Minister Ahmad Shabery Cheek.

Meanwhile, the police announced on its Facebook page that it was launching a manhunt on the offenders who “tried to change the national flag”, saying that such act “violates the federal constitution and the democratic process”, which is a breach of the Sedition Act.

Accusation debunked

Amidst this furor, two youths promptly appeared on the scene to debunk the changing flag story.

NONE Blogger Serigala Selatan, a student, claimed in his blog posting that he and a friend Zairi Shafai were the duo with the flag in question, known as Sang Saka Malaya.

It was a flag used by pre-independence nationalists during their struggle to gain independence for then Malaya.

As the story of their struggles has been erased from official history, they wanted to remind the country of the existence of these forgotten heroes by displaying the Sang Saka Malaya on this commemorative occasion.

Serigala said they have not the slightest intention to replace the national flag (known as Jalur Gemilang) with Sang Saka Malaya, from which the Jalur Gemilang has evolved.

Meanwhile, top leaders of Pakatan Rakyat instantly and flatly denied that they ever conceived the idea of changing the national flag.

Hilarious but serious misconduct

Judging from the ferocity and intensity with which so many Umno ministers jumped to attack, one would have imagined that the opposition must have been caught red handed in the act of committing the highest treason against the country, but alas, the truth turns out to be simply that these senior Umno leaders have been acting like a bunch of hyper-imaginative kids chasing after some fantasy demons, as there is neither a shred of evidence nor any credibility whatsoever to their accusations.

lim kit siang unity govt bn pkr pas dapAs DAP leader Lim Kit Siang succinctly put it, “the change of (the) national flag is never a Pakatan Rakyat agenda and has never been discussed or raised in any Pakatan meeting”.

In fact, the entire episode is so bizarre and funny that it would have made a hilarious Hollywood comedy, if not for the serious implications it carries for the nation.

Here, we are not talking about some naughty politicians politicking, but the entire top hierarchy of the Malaysian government making unfounded accusations that are grave and obviously far-fetched.

Such weird conduct by the ruling clique suggests that they are either dim-witted or dangerously deceitful, or perhaps both. Whatever case it is, it means our country is in terribly bad hands.

Needless to say, this is another serious setback for BN along its bumbling road to defend a political power that looks more precarious by the day.- kim quek,malaysiakini

No change of flag, says PR, as youths explain why


Tukar Jalur Gemilang: Mengejar fantasi...

Ketika tekanan semakin memuncak menjelang pilihan raya umum akan datang, hampir keseluruhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menjadi seperti orang sasau dan hilang pedoman.

Dua remaja memperagakan bendera yang kelihatan serupa dengan bendera kebangsaan sebagai memperingati para perajurit dan pejuang kemerdekaan yang tidak dihargai di ambang hari perbarisan bagi menyambut hari kemerdekaan tempoh hari.

Pucuk pimpinan BN terus melompat marah dengan kejadian itu dan membuat pelbagai tuduhan terhadap pembangkang tanpa sebarang bukti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh pembangkang mahu menukar bendera kebangsaan dan memberi amaran bahawa banyak lagi perubahan yang akan dilakukan termasuk institusi raja, jika sekiranya pembangkang mengambil alih pemerintahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi amaran tentang wujud satu plot untuk meminda perlembagaan dan menukar sistem raja berperlembagaan kepada sebuah negara republik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata dalam usaha untuk menukar bendera kebangsaan, pembangkang sudah kehilangan arah dan memperlihatkan kerakusan mereka terhadap kuasa sebelum mereka berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak akan bertindak terhadap “mereka yang melakukan tindakan provokasi”.

Polis mula siasatan



Namu katanya, polis telah memulakan siasatan dan Peguam Negara akan membuat pendakwaan apabila menerima bukti yang cukup.

Ramai lagi menteri Umno yang menyerang pembangkang secara serentak, termasuk Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, polis membuat pengumuman dalam muka buku bahawa mereka akan melancarkan operasi untuk menangkap “para petualang yang cuba untuk menukar bendera kebangsaan.”

Polis mendakwa perbutan itu melanggar proses demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan yang bererti melanggar Akta Hasutan. Di celah-celah kekecuhan ini, muncul dua remaja tersebut dalam muka buku menafikan cerita mengenai bendera kebangsaan ini.

Blogger Serigala Selatan yang juga seorang pelajar mendakwa dalam blognya bahawa beliau dan seorang rakan Zairi Shafai bertanggungjawab memperagakan bendera itu, dikenali sebagai Sang Saka Malaya.

Bendera itu digunakan oleh para nasionalis sebelum merdeka ketika perjuangan menuntut kemerdekaan di mana ketika itu disebut Malaya.

Oleh sebab kisah perjuangan mereka telah dipadamkan dari buku sejarah, mereka mahu mengingatkan rakyat di negara ini bahawa wujudnya para pejuang Sang Saka Malaya bersempena hari kemerdekaan.

Serigala berkata, mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk menukar bendera (dikenali sebagai Jalur Gemilang) dengan Sang Saka Malaya, yang menjadi ilham kepada rekaan bendera Jalur Gemilang.

Sementara itu, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat segera menafikan dakwaan bahawa mereka mahu menukar bendera kebangsaan. Berdasarkan intensiti kuat serangan menteri-menteri Umno terhadap pembangkang seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka telah melakukan satu perbuatan khianat terhadap negara ini.

Kebenaran terserlah jua

Tetapi kebenaran terserlah jua akhirnya.  Pemimpin-pemimpin Umno kelihatan berkelakuan seperti anak-anak kecil yang ghairah mengejar alat-alat permainan kerana tidak ada sebarang bukti tentang tuduhan mereka.

Sepertimana disuarakan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang, “penukaran bendera kebangsaan tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah ditimbulkan atau dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan.”

Malahan segala episod ini adalah pelik dan lucu yang hanya sesuai dijadikan filem komedi Hollywood jika sekiranya ia tidak memberi kesan yang serius terhadap negara ini. Ternyata keseluruhan pucuk pimpinan kerajaan Malaysia membuat dakwaan yang tidak berasas dan jauh menyimpang dari kebenaran.

Perbuatan seperti ini oleh pemimpin-pemimpin kerajaan memberi gambaran bahawa sama ada mereka ini bodoh atau sengaja mahu memperdaya rakyat atau kedua-duanya sekali.

Apapun ini bermakna negara kita ditadbir oleh mereka yang bodoh dan rosak keperibadiannya.

Tidak dapat dinafikan, perbuatan ini merupakan satu lagi serangan serius BN dalam usaha mereka untuk mempertahankan kedudukan kuasa politik mereka, ibarat ‘telur dihujung tanduk’.- kim quek,FMT


cheers.

No comments: