14 August 2012

Jom bantah Seksyen 114A... STOP 114A...


Para pengunjung Tumpang Sekole...

Tumpang Sekole tidak akan update blognya bermula pagi hingga ke tengah malam ini.

Ini sebagai menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.

Tumpang Sekole berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai 2012 lalu akan menyekat kebebasan media internet.

Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.


Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.

Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri atau pengodam terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.

Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.



Wasalam,

Tumpang Sekole



Jac sm Kee, co-director of Centre for Independent Journalism (CIJ), explains the dangers and the impact of the latest amendments to Malaysia's Evidence Act 1950, Section 114A, not only to the tech community but even the ordinary Aminah, Ali, Ah Chong and Mutu.

The Najib government is so desperate that it has decided to curtail freedom of expression. The government is scared of its own shadow. Show them, who is the boss...


 I am out of here. See you in 17 hours!!!

cheers.

No comments: