19 May 2012

SPR di Perancis tak bantu Sarkozy utk menang,tapi SPR di Malaysia mahu pasti Najib menang besar...

Dua minggu sesudah ibu segala demo berlangsung - pelbagai bentuk pembohongan ditaburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundamental. Berita, kisah dan kenyataan yang remeh lagi temeh dipanjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa agenda fundamental.
 

Agenda yang fundamental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Agenda inilah yang menjemput 300,000 warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300,000 anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan dijalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti.  


Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300,000 - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundamental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid - apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep: hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan'. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah perkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru - kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas pemimpin kanan polis aka polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jangan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges' - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk, Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki' kes jenayah yang amat besar. Seorang tauke judi pasti takut kasinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju - masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘tauke lendir' pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihempap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun' ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Parti Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru - beberapa hari dahulu - di Perancis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mengatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan sahih. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan d isini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Perancis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. 


Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Perancis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Perancis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memilih kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan antara pilihan raya di United Kingdom atau di Perancis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300,000 anak semua bangsa - tua dan muda - turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia tidak mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Perancis adalah pengundian sahih dari warga negara. 


Bukan saperti di Malaysia di mana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation didakwa telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing' akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.
 
Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.
 

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis di atas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah seperti yang sedang berlaku di Burma sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipilih - semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kisah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara - bukan pilihan raya - untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipilih.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi di tangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisme kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.

Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham - saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 - maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir - sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.- Hishamuddin Rais



Najib becomes ‘The Hunted’


On May 14, Prime Minister Najib Tun Razak had a taste of his own medicine when supporters of Bersih interrupted his speech and chanted “Bersih, Bersih” while others demanded that overseas Malaysians be allowed to vote.

If Najib wanted support, what he received instead was a sobering “Padan muka!”

The irony of it is that the prime minister suffered extreme humiliation in a country in which he is desperate to redeem his image, both among Malaysians and the international community.

On one side of the English Channel, it is Bersih which haunts Najib. On the other side of the water, it is the French and the opening salvos of the Scorpene trial.

Najib should realise that in Britain, the British prime minister and his ministers occasionally get booed and heckled. Freedom of expression frightens the person who thinks he is above the law or who abuses his power.

For years, social activists, human rights defenders, the opposition and ordinary people have been harassed by people who are allegedly linked to Umno.

The police, mainstream media, judiciary and other public institutions have acted as agents of the state and never in the interests of the people. The government fails to censure those who commit acts of aggression.

Najib now knows what it feels like to be hounded. Not all crowds behave like the Umno rent-a-mob who clap at his every word and kiss his hand.

The prime minister allowed things to slide under his rule, and his lack of leadership has undermined the rule of law. Did he condemn the people who threatened Bersih’s S Ambiga at her home?


Was there any censure, when last August, Umno senator Ezam Mohd Nor threatened to burn down the offices of Malaysiakini and The Malaysian Insider? They were silent when in January, the organisers and participants of the Anything But Umno (ABU) and Hindraf ceramah in Shah Alam, were attacked.

There was no criticism when last February, Umno Youth and Perkasa members attacked anti-Lynas protesters at the Speakers’ Corner in Penang.

In all these acts of thuggery the police merely looked on as observers instead of protecting the public and their property.

Proham, the human rights watchdog, expressed “deep regret” over the people who disrupted Najib’s speech. What has Proham to say about the above acts of disturbance?

The Malaysian High Commissioner to Britain, Zakaria Sulong, hired the O2 Arena, or “The Dome”, as it is commonly known, for “An Evening with the PM” session. Coaches transported students from all over Britain for the event involving cultural performances, free food and drink.

One person who went said, “If not for the promise of a fat ang pow, very few people would have turned up.”

Another complained, “I came for the makan, all I got was a dry sandwich.”

‘Can you stop it?’

Minutes after Najib opened his speech, the chants of “Bersih, Bersih” distracted Najib and he was forced to acknowledge the Bersih supporters.

Despite his cries of “Can you stop it?” the chants increased in tempo and frequency: “Bersih. Bersih” were followed by “We want to vote.”

“Can you please stop it?” the prime minister pleaded, his voice getting shriller. When faced with a public show of opposition, Najib was clearly shaken.

The whole arena was watching the spectacle, and enjoying it. Finally Najib managed a desperate: “You can talk with me later.”

In any press conference, Najib does not like to be asked sensitive questions. He mumbles, “No comment” before terminating the interview abruptly and walking out. In this seemingly hostile crowd in London, the prime minister cannot deploy tear gas or water cannon.

A Malaysian at the O2 event said, “When Najib and the High Commissioner went onto the stage, the only clapping came from where the High Commission staff were seated.

“When Rosmah [Mansor] joined them on the stage, hardly anyone clapped. Not many students clapped when Najib stood on the podium.”


Despite Najib’s promise to a Bersih supporter that he would meet him after the event, that meeting did not take place. This is like many of Najib’s other promises which have failed to materialise.

So great was Najib’s fear of being embarrassed for a second time that night, a member of his entourage lied and said that the prime minister had cancelled going to the launch of a new Malaysian restaurant in Paddington.

The red herring was presumably to deter Bersih protesters from turning up at the restaurant, where 50 Malaysian businessmen and bankers, were waiting to enjoy a sumptuous dinner with him, in more relaxed surroundings.


Clearly, ordinary Malaysians waiting at the O2 were rebuffed by Najib.

Najib’s plan to “get close” to Malaysians in London backfired. Instead of being warmly received, he was hounded by Bersih supporters.

Instead of the promised evening, mingling with the prime minister, only a handful of Malaysians managed to be photographed with him as he scurried to the exit, prior to being whisked away.


Despite his talk of engaging with Malaysians, Najib, who does not tolerate dissent, has set the machinery of government against the student body in the United Kingdom.

Students were photographed at the event by Special Branch officers and each government scholar identified and matched to his sponsor. Now, many fear that their scholarships will be revoked.

Hopefully, this culture of fear is something which many young Malaysians will take into consideration when they vote in future elections.

If Malaysians want further food for thought, they should question how much this and other frivolous events in London have cost the Malaysian taxpayer.

The government is morally bankrupt and lacks conviction when tackling corruption and cronyism. Before long, the nation will be bankrupt if it continues to be mismanaged by an Umno government. - Mariam Mokhtar, FMT.






cheers.

No comments: