10 May 2012

Kalau Haniff jadi pengerusi, lebih baik Rahim Noor, jadi timabalan dan Musa Hasan setiausahanya...


(Haniff, Rahim dan Musa dicadangkan memimpin penal siasatan Bersih 3.0)

Seorang blogger mencadangkan agar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menjadi timbalan pengerusi panel siasatan Bersih 3.0 manakala Tan Sri Musa Hassan pula setiausahanya.

 Abu Bakar Rashid melalui blognya, Penarik Beca membuat cadangan itu ekoran pengumuman kerajaan Haniff sebagai pengerusi penal siasatan itu.

"Saya hanya ingin mencadangkan agar Tan Sri Rahim Noor (jangan tak baca berita bertajuk "Journalist denies writing report labeling Nik Aziz 'kafir'") menjadi timbalan kepada Haniff dalam panel menyiasat peristiwa yang berlaku ketika perhimpunan aman Bersih 3.0 itu.

"Saya juga ingin mencadangkan Tan Sri Musa Hassan sebagai setiausaha panel itu," cadang beliau dalam blognya.


Secara sarcastik, beliau juga mencadangkan, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan juga adalah calon yang sangat tidak memihak untuk menganggotai panel itu.

Seorang lagi calon yang sangat tidak memihak untuk menganggotai panel itu ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat, tulis beliau.

Menteri Dalam Negeri hari ini mengumumkan perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.- harakahdaily




Hanif prejudis, bagaimana boleh ketuai panel bebas?
 Sebagai mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammad Hanif Omar seharusnya dikecualikan daripada menjadi ahli panel siasatan atas sebab konflik kepentingan kerana yang dituduh dalam kes Bersih 3.0 adalah pihak polis.

“Kedua, dengan mengutuk Bersih secara terbuka, prejudis Hanif yang berat sebelah juga harus mengecualikannya daripada panel tersebut,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).

Justeru, ujarnya perlantikan Hanif sebagai ketua panel penasihat bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan itu akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan rampasan kuasa.

Menurut Guan Eng, Hanif, yang kini menjadi timbalan pengerusi Genting Malaysia Bhd, telah mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0, dan telah menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, Hanif telah menambah bahawa taktik menggunakan dalang pencetus provokasi untuk menyebabkan pertelingkahan dengan polis serta membawa kanak-kanak bersama dalam harapan mereka akan dicederakan merupakan taktik yang dipelajari oleh demonstrasi pro-komunis dahulu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Najib Razak boleh menganggap Hanif sebagai seorang individu yang “berwibawa, berpengalaman dan dihormati” yang akan memastikan panel siasatan itu bersih dan tidak berat sebelah, apabila Hanif sudah pun mengambil pendirian yang prejudis dan partisan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

“Yang tidak masuk akalnya, dakwaan rampasan kuasa oleh Najib dan Hanif itu telah mengabaikan hakikat bahawa enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing telah dilaporkan dipukul oleh polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April,” katanya.

Tambahnya, yang lebih teruknya, Hanif kini dilantik untuk mengetuai panel siasatan, lantas menimbulkan keraguan terhadap integriti, kepercayaan dan kredibiliti hasil siasatannya.

Akhirnya, kata beliau dengan mengaitkan Bersih dengan komunis, Hanif masih lagi melawan musuh zaman dahulu, serta membuatkan hasil siasatan ini satu perkara yang sudah pasti.

“Untuk sebab-sebab ini, Perdana Menteri harus menyelamatkan atau memulihkan kredibiliti dan keyakinan umum bahawa “keadilan tidak hanya dilakukan tetapi juga dilihat sebagai dilakukan” dengan menggantikan Hanif dengan seorang yang bebas, tidak terlibat dalam politik, tidak berat sebelah dan seorang yang tegak berintegriti,” ujar Guan Eng lagi.-harakahdaily


PAS tolak panel bebas, Haniff ketuai siasatan



Fears of cover-up if Hanif not replaced...

The appointment of former inspector-general of police Hanif Omar to head the independent panel to probe incidents of violence during the Bersih 3.0 rally has raised deep public concerns that the investigation will either be a whitewash of police brutality on peaceful demonstrators, a massive cover-up of the sufferings of the victims, or a pretext to justify BN's wild lies that Bersih 3.0 was a coup d'état attempt.

Hanif, who is now Genting Malaysia Bhd deputy chair, had claimed that communist sympathisers were involved in the Bersih 3.0 rally, and supported Prime Minister Najib Abdul Razak's claim that the Bersih 3.0 rally was an attempt to overthrow the government.

 
azlanHanif further stated that the tactics of using provocateurs to cause the demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they would get injured, were tactics learnt from past pro-communist demonstrations.

How can Najib consider Hanif as a "credible, experienced and respectable" individual that ensures its investigation panel is independent and unbiased, when Hanif has adopted such a prejudiced and partisan stand against the Bersih 3.0 rally as an attempt to overthrow the government?

 
What makes those claims of a coup d'etat by Najib and Hanif most ridiculous is that both ignored the fact that six local pressmen and about 12 photographers and journalists from the foreign media were reportedly assaulted during the fracas on April 28 Bersih 3.0 rally by police.

To add insult to injury, Hanif is now heading the investigation panel raising doubts about the integrity, reliability and credibility of its findings.


As a former inspector-general of police, Hanif is first and foremost disqualified from serving on the investigation panel due to conflict of interest as the police is being accused.

 
Secondly, by publicly condemning Bersih, Hanif's bias and prejudice would also disqualify him to serve on the investigation panel.

Finally, by linking Bersih to communism, Hanif is still fighting yesterday's long-concluded wars, making the outcome of these investigations a foregone conclusion.

For these reasons, the prime minister should try to salvage or restore some credibility and public confidence as well as renew faith that "justice will not only be done but be seen to be done" by replacing Hanif with an independent, apolitical, unbiased and an upright person of integrity.- Lim Guan Eng,malaysiakini.






 cheers.

No comments: